TAKAFUL IKHLAS LANCAR MANFAAT “IKHLAS WAQF & ENDOWMENT” UNTUK PELAN-PELAN INDIVIDU PERLINDUNGAN TAKAFUL AM

Heading

Heading

21 Apr 2019

Sungai Petani, 21 April 2019 – Takaful IKHLAS hari ini melancarkan “IKHLAS Waqf & Endowment” (IWE), inisiatif kemasyarakatan yang menggalakkan sumbangan sosial yang berterusan oleh peserta kepada masyarakat.  Pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2019 (MSAM 2019) di Sungai Petani, Kedah.

Turut hadir semasa pelancaran tersebut ialah Pengerusi Takaful IKHLAS, Datuk Johar Che Mat, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful Ikhlas General Berhad, Encik Eddy Azly Abidin.

“IWE ini diberikan secara percuma kepada peserta yang menyertai pelan-pelan perlindungan individu takaful am Takaful IKHLAS.  Pihak Syarikat akan memperuntukan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf dan dipilih oleh Takaful IKHLAS bagi setiap sijil takaful am individu bermula 1 April 2019. Takaful IKHLAS menyediakan IWE sebagai platform untuk peserta membantu masyarakat melalui peruntukan wakaf atau endowmen apabila peserta meninggal dunia akibat kemalangan,” kata Eddy Azly Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful Ikhlas General Berhad.

“IWE adalah suatu nilai tambah yang unik yang akan terus meningkatkan posisi jenama Takaful IKHLAS agar,dapat berdaya-saing dan memberi lebih daripada perlindungan takaful.  Dengan adanya wakaf atau endowmen ini, ia menjadikan perlindungan yang ditawarkan oleh Takaful IKHLAS lebih lengkap dan komprehensif,” tambah Eddy Azly lagi.

Antara produk-produk individu takaful am yang menawarkan IWE adalah IKHLAS Takaful Kenderaan, IKHLAS Takaful Kediaman atau IKHLAS Takaful Kemalangan Peribadi, Peserta juga boleh menambah jumlah wakaf atau endowmen dengan menyertai pelan perlindungan Kemalangan Peribadi dan memperuntukkan sehingga 30% daripada manfaat kematian kepada institutsi wakaf atau endowmen yang dipilih oleh Takaful IKHLAS.

Takaful IKHLAS akan berada di Amanjaya Mall, Sg Petani, Kedah sempena MSAM 2019 mulai 19 hingga 25 April 2019. Pelbagai aktiviti dan hadiah-hadiah menarik ditawarkan kepada para pengunjung di ruang pameran Takaful IKHLAS.

Takaful IKHLAS menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah.  Ia menawarkan produk-produk takaful keluarga dan takaful am yang komprehensif. Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah dan hampir 2 juta pemegang sijil dan juga lebih 5,000 orang ejen berdaftar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.takaful-ikhlas.com.my.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful Ikhlas General Berhad,
Encik Eddy Azly Abidin berkongsi informasi mengenai IKHLAS Wakaf Endowmen (IWE) kepada
YAB Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah. Pelancaran IWE
ini telah diadakann bersempenadengan Minggu Saham Amanah Malaysia 2019
(MSAM 2019) di Sungai Petani, Kedah.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading