TAKAFUL IKHLAS MEMPERKENALKAN DUA PRODUK KELUARGA BAHARU, IKHLAS BERSAMA DAN IKHLAS DARIKU

Heading

Heading

17 Jun 2020

Kuala Lumpur, 17 Jun 2020 – Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), telah melancarkan dua produk baharu, IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku yang menawarkan plan komprehensif dan tempoh perlindungan yang fleksibel kepada pelanggan. Produk-produk ini adalah bagi memenuhi segmen pasaran yang berbeza, selaras  dengan visi Kumpulan MNRB, "We Protect Everyone" (Kami Melindungi Anda).

IKHLAS Bersama menawarkan perlindungan semua-dalam-satu dan mampu milik untuk setiap lapisan masyarakat sehingga umur 70 tahun. Produk ini menyediakan perlindungan asas untuk kematian yang boleh ditambah dengan aneka pilihan perlindungan komprehensif tambahan (rider), di mana pelanggan dapat ‘pilih dan padan’ rider mengikut keperluan masing-masing. Perlindungan tambahan yang komprehensif ini merangkumi perlindungan penyakit kritikal, hilang upaya kekal (TPD), kemasukan ke hospital (dengan kad perubatan), pendapatan harian jika dimasukkan ke hospital, pengecualian sumbangan dan perlindungan berkaitan kemalangan.

Manakala IKHLAS Dariku adalah merupakan pemberian Hibah sebagai hadiah kepada orang tersayang. Selain memberi jaminan dan memastikan masa depan mereka terpelihara, IKHLAS Dariku juga merangkumi Manfaat Kematian Tambahan di mana orang yang tersayang akan dibayar tambahan 100% daripada amaun perlindungan sekiranya kematian akibat kanser, tambahan 200% daripada amaun perlindungan untuk kematian akibat kemalangan dan tambahan 300% daripada amaun perlindungan sekiranya peserta meninggal dunia semasa menunaikan ibadat Haji atau Umrah.

IKHLAS Dariku juga menyediakan Ganjaran Tunai kepada pelanggan untuk peristiwa - peristiwa penting seperti perkahwinan, kelahiran anak, pembelian rumah baharu, menunaikan ibadat Haji serta melancong ke lima negara yang berbeza.

"Kami merangka produk IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku ini berpandukan permintaan para pelanggan. Hasilnya adalah produk-produk yang komprehensif dan fleksibel serta dapat disesuaikan mengikut keperluan khusus pelanggan kami,” kata Mohd Din Merican, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad.

 

"Uniknya IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku ialah kedua-dua produk ini didatangkan dengan faedah istimewa yang dinamakan Accelerated Death Expense (ADE). Dengan ADE, sehingga RM20,000 daripada amaun perlindungan asas akan dibayar dengan segera kepada waris, sekiranya peserta meninggal dunia. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan keluarga apabila berlakunya kematian. Kami berharap agar rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat akan mengambil peluang ini untuk mendapatkan produk terbaharu kami,” tambah Mohd Din.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku, sila layari www.takaful-ikhlas.com.my atau hubungi mana-mana ejen Takaful IKHLAS.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading