TAKAFUL, SEDEKAH KELAS PERTAMA

Heading

Heading

19 May 2019

Berita Harian

Ramadan ialah ‘medan tempur’ melatih individu agar tekun melaksanakan ibadat seperti berpuasa, zakat, tadarus al-Quran, solat tarawih, sedekah dan memberi makan orang berpuasa.

Segala amalan baik juga melahirkan insan bertakwa kepada Allah SWT, iaitu orang yang benar benar beribadah dan menahan nafsu dengan rasa takut. Antara amalan yang digalakkan untuk diperbanyakkan kerana dijanjikan ganjaran berlipat ganda ialah bersedekah.

Bersedekah lambang kesyukuran atas rezeki dikurniakan dan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

Hakikatnya, harta dimiliki bukan dimiliki seseorang kerana harta sebenar adalah apa yang memberikan nilai dan ganjaran pahala berganda.

Nabi SAW bersabda: Apabila mati anak Adam, terputus amalannya kecuali tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dan anak soleh mendoakan ibu bapanya.

Berdasarkan hadis itu, antara amalan berkekalan dan menjadi harta setelah mati adalah menerusi sikap suka bersedekah yang boleh dilakukan menerusi penyertaan takaful.

Memang benar untuk mengumpul harta bukan mudah, tetapi hati perlu dipujuk untuk berkongsi dan berkorban dengan orang lain demi keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Sebenarnya harta yang diderma dan disedekah, ialah bahagian kita yang akan kekal hingga akhirat. Mana-mana wang dalam simpanan bank atau di tangan, belum tentu menjadi milik kita sepenuhnya.

 

Bantu orang lain

Ramai tidak menyedari pelan takaful antara pelan sedekah yang dikategorikan sebagai Sedekah Kelas Pertama.

Sekiranya peserta menyertai perlindungan takaful, mereka bukan sahaja menabung untuk tabungan perlindungan diri, keluarga dan harta, bahkan untuk tabungan sedekah yang akan digunakan bagi membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

Sumbangan peserta adalah atas dasar konsep tabaru’, iaitu pemberian tanpa mengharapkan balasan.  Konsep ini memberikan kelebihan kepada takaful kerana peserta mengerjakan amalan kebaikan dengan menderma kepada mereka memerlukan.

Heading

Heading