IKHLAS Basic Term Takaful

Heading

Heading

IKHLAS Basic Term Takaful
Perlindungan untuk Orang yang Tersayang
Apakah manfaat yang ditawarkan?
 

Manfaat kematian/TPD

 

Pampasan berganda
-apabila berlaku TPD/kematian mengejut

 

Manfaat jangkitan denggi

 

Prepakej dan terdapat dalam 5 pelan

 

Produk tanpa komisen

 

Pengunderaitan mudah
- hanya 7 soalan mengenai Gaya Hidup dan Kesihatan

TPD: Hilang upaya menyeluruh dan kekal
Siapakah yang layak memohon?
 

Berumur antara 17 - 55 tahun

Pengiraan umur: umur pada tarikh lahir akan datang
Bagaimana anda boleh memohon?
 
Hitung Jurang perlindungan anda
 

Hitung jumlah perlindungan anda di sini

Ringkasan

Di dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari dari keadaan yang sukar dan penuh dugaan. Kematian dan kepayahan dari Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) boleh memberi kesan kepada emosi dan semangat kita untuk meneruskan kehidupan, terutamanya jika ia melibatkan ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan kita.

Di samping itu, wabak seperti denggi juga semakin meningkat di mana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengklasifikasikan 2015 sebagai tahun penularan wabak denggi yang besar di seluruh dunia. Sehingga 9 Julai 2016, angka kematian akibat denggi telah mencapai 134 kes di seluruh negara1.

Dan, di dalam urusan seharian, kita tidak boleh mengelak daripada menggunakan jalan raya. Perjalanan melalui jalan raya menjadi mencabar dengan bilangan kenderaan yang telah meningkat sebanyak 17% di antara tahun 2011 dan 20142. Kita bukan sahaja terdedah kepada kemalangan jalan raya namun kita juga terdedah kepada kemalangan dan kecederaan lain.

Untuk itu, kami menawarkan pelan IKHLAS Basic Term Takaful agar dapat melindungi keadaan yang tidak terduga ini dan sebarang ketidaktentuan dalam menguruskan sara hidup anda dan orang yang tersayang. Ini akan memastikan tanggungjawab kewangan anda dilindungi, walaupun pada saat-saat yang sukar.

1 Sumber: Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan CPRC, Kementerian Kesihatan Malaysia
2 Sumber: Laman sesawang rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia
 

Heading

Heading