Takaful IKHLAS perkenal pelan perlindungan Bantuan IKHLAS Supreme Takaful

Heading

Heading

16 Jul 2021

KUALA LUMPUR, 16 Julai -- Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful Ikhlas) telah memperkenalkan Bantuan IKHLAS Supreme Takaful, pelan perlindungan komprehensif bagi peserta takaful individu yang menyertai pelan IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Comprehensive Plus Takaful. 

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Eddy Azly Abidin berkata pelan itu menawarkan faedah tambahan yang komprehensif, merangkumi manfaat kemalangan diri, program bantuan kereta dan elaun kesulitan dengan sumbangan takaful yang berpatutan. 

“Terdapat empat pelan pilihan dan peserta boleh memilih untuk menyertai pelan Silver, Gold, Platinum atau Premium berdasarkan keperluan dan kemampuan peserta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelan itu menyediakan perlindungan manfaat kemalangan diri bagi pemandu dan penumpang serta meliputi perbelanjaan perubatan dan hospital. 

“Sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal akibat kemalangan, penuntut atau waris akan menerima manfaat kemalangan diri sehingga RM100,000 dan manfaat digandakan sehingga RM200,000 sekiranya kemalangan berlaku ketika cuti umum Malaysia,” katanya. 

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful turut dilengkapi dengan manfaat elaun kesulitan seperti bantuan kad kredit Islamik, bantuan pembiayaan pinjaman kereta Islamik, elaun bagi kerosakan atau kehilangan kereta dan banyak lagi. 

Sementara itu, pelan itu turut menyediakan program Bantuan IKHLAS Road Assist yang merangkumi perkhidmatan bantuan tunda 24 jam tanpa had akibat kemalangan dan kerosakan di jalan raya, perbelanjaan teksi, penginapan hotel serta manfaat kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan tersebut, layari www.takaful-ikhlas.com.my

-- BERNAMA

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading