Takaful IKHLAS lancer IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief

Heading

Heading

25 Jun 2021

Kuala Lumpur: Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful Ikhlas) melancarkan inisiatif Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief bagi membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan yang kompetitif dan berpatutan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eddy Azly Abidin berkata, Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief adalah inisiatif untuk membantu masyarakat yang pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19, khususnya golongan B40 dan M40.

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief ini, masyarakat boleh mendapatkan produk takaful motor iaitu Ikhlas Private Car Comprehensive Takaful dan Ikhlas Private Car Comprehensive Plus Takaful dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah.

"Secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah keseluruhan sumbangan kepada perlindungan Takaful Motor pelanggan.

"Tawaran Ikhlas Motor Takaful Covid-19 Relief ini adalah terhad sehingga 31 Julai 2021.

"Kami turut menyediakan saluran dalam talian bagi memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan produk ini dengan urusan yang lebih cepat, mudah dan selamat.

"Ambillah peluang mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dalam tempoh terhad ini," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, inisiatif itu turut menawarkan manfaat tambahan Covid-19 Relief #weprotecteveryone iaitu elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Turut ditawarkan juga Ikhlas Waqf & Endowment (IWE) yang diberikan secara percuma kepada peserta.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, boleh melayari www.takaful-ikhlas.com.my atau e-mel kepada salamikhlas@takaful-ikhlas.com.my dan ejen berdaftar.

-- HARIAN METRO

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading