Takaful IKHLAS bantu dapatkan perlindungan berpatutan

Heading

Heading

25 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS) melancarkan inisiatif IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief bagi membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan yang kompetitif dan berpatutan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Eddy Azly Abidin, berkata IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief adalah inisiatif untuk membantu masyarakat yang pendapatannya terjejas akibat pandemik COVID-19, khususnya golongan B40 dan M40.

Beliau berkata, sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif itu, masyarakat boleh mendapatkan produk takaful motor, 'IKHLAS Private Car Comprehensive Takaful' dan 'IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful' dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah.

Katanya, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan jumlah keseluruhan sumbangan kepada perlindungan Takaful Motor.

"Tawaran IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief ini adalah terhad sehingga 31 Julai 2021. Kami turut menyediakan saluran atas talian bagi memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan produk ini dengan urusan yang lebih cepat, mudah dan selamat.

"Ambillah peluang mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dalam tempoh terhad ini," katanya dalam satu kenyataan.

nisiatif itu juga menawarkan manfaat tambahan COVID-19 Relief #weprotecteveryone iaitu elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Turut ditawarkan adalah IKHLAS Waqf & Endowment (IWE) yang diberikan secara percuma kepada peserta.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif berkenaan, boleh layari www.takaful-ikhlas.com.my atau e-mel kepada salamikhlas@takaful-ikhlas.com.my dan ejen berdaftar serta cawangan Takaful IKHLAS yang berdekatan.

Takaful IKHLAS menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan prinsip Syariah dan mempunyai 13 pejabat wilayah dan hampir dua juta peserta takaful berdaftar dan lebih 5,000 ejen.

Ia adalah anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Bhd.

-- BERITA HARIAN

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading