IKHLAS Motor Takaful Covid-19 Relief bantu masyarakat dengan perlindungan berpatutan

Heading

Heading

25 Jun 2021

KUALA LUMPUR: Bagi membantu masyarakat mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan kompetitif dan berpatutan, Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad melancarkan inisiatif IKHLAS Motor Takaful COVID-19 Relief pada Khamis.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, inisiatif itu untuk membantu masyarakat terjejas pendapatan akibat COVID-19 khususnya golongan B40 dan M40.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif IKHLAS Motor Takaful COVID-19 Relief ini, masyarakat boleh mendapatkan produk-produk takaful motor kami.

“Ia adalah IKHLAS Private Car Comprehensive Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dan secara tidak langsung dapat mengurangkan jumlah keseluruhan sumbangan kepada perlindungan Takaful Motor,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Eddy Azly menambah, tawaran tersebut terhad sehingga 31 Julai ini dan turut menyediakan saluran dalam talian bagi memudahkan pelanggan mendapatkan produk dengan lebih cepat, mudah dan selamat.

“Ambillah peluang mendapatkan perlindungan takaful motor dengan kadar sumbangan asas yang lebih rendah dalam tempoh terhad ini.

“Inisiatif ini turut menawarkan manfaat tambahan COVID-19 Relief #weprotecteveryone iaitu elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif tersebut, orang ramai boleh melayari www.takaful-ikhlas.com.my atau emel salamikhlas@takaful-ikhlas.com.my dan ejen berdaftar serta cawangan Takaful IKHLAS berhampiran.

-- ASTRO AWANI

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading