Tuntutan Motor

Heading

Heading

 
Bagaimana membuat tuntutan
  • Prosedur Tuntutan Motor
    Cara-cara mudah untuk membuat tuntutan kemalangan kenderaan

    Langkah 1

    Ambil gambar kerosakan kenderaan di tempat kejadian.

    Langkah 2

    Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

    Langkah 3

    Memaklumkan kepada Takaful IKHLAS dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2723 9999 (waktu pejabat) atau pergi ke cawangan yang berdekatan. Jika kenderaan masih boleh di pandu, sila hantar kenderaan ke bengkel panel yang berhampiran, atau pun sila hubungi nombor talian bebas kami 1-800-88-1186 (24jam/7hari) untuk perkhidmatan penundaan.

    Langkah 4

    Serahkan dokumen-dokumen berikut kepada pihak bengkel: -

    • Borang Laporan Kemalangan Kenderaan

    • Laporan Polis

    • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan

    • Salinan Lesen Memandu dan Kad Pengenalan Pihak Peserta dan Pemandu

    • Salinan Sijil Takaful atau Nota Perlindungan

    Langkah 5

    Pihak bengkel atau Takaful IKHLAS akan menghubungi anda dari masa kesemasa untuk tujuan makluman berkenaan tuntutan tersebut.

  • Prosedur Kecurian Kenderaan Bermotor

    Langkah 1

    Membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam.

    Langkah 2

    Memaklumkan kepada Takaful Ikhlas Berhad dalam tempoh 14 hari dari tarikh kehilangan kenderaan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan kami di talian 03-2723 9999 (waktu pejabat) atau pergi ke cawangan yang berdekatan.

    Langkah 3

    Serahkan dokumen-dokumen berikut kepada pihak Takaful Ikhlas Berhad: -

    • Borang Tuntutan yang telah Dilengkapkan

    • Laporan Polis Yang Asal

    • Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan

    • Salinan Sijil Takaful

    • Salinan Kad Pengenalan dan Lesen Memandu Peserta dan Pemandu

  • Prosedur Kerosakan Cermin Kereta
    Cara-cara mudah untuk membuat tuntutan kemalangan kenderaan

    Langkah 1

    Hantar kenderaan anda ke Bengkel atau panel kami untuk pembaikan atau penggantian.

    Bengkel atau Panel kami akan mengendalikan proses tuntutan dengan mengambil gambar kerosakkan dan melakukan pembaikan atau penggantian.

    Langkah 2

    Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

    • Borang Tuntutan Cermin Kereta yang telah Dilengkapkan.

    • Laporan Polis (Jika Ada)

    • Gambar-gambar Sebelum dan Selepas Pembaikan

    • Resit Pembaikan Asal

    • Salinan Buku/Penyata Bank ( E-Payment)

  • Prosedur Kemalangan Melibatkan Kecederaan/Kerosakan Kenderaan Pihak Ketiga

    Langkah 1

    Laporkan kejadian kepada polis dalam tempoh 24 jam.

    Langkah 2

    Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan kami di 03-27239696 atau pejabat cawangan kami yang terdekat untuk memaklumkan kemalangan. Kami akan menghantar borang laporan kemalangan melalui pos atau anda sendiri boleh mengambil laporan kemalangan di Pusat Khidmat Pelanggan di ibu pejabat atau cawangan yang berdekatan ataupun memuat turun borang yang disediakan dalam laman ini.

    Langkah 3

    Sila unjurkan kepada kami sekirannya pihak Tuan menerima sebarang surat atau saman dari peguam pihak ketiga.

Heading

Heading