TAKAFUL IKHLAS TAWAR MANFAAT TUNDAAN BANJIR PERCUMA DENGAN LANGGANAN TAKAFUL MOTOR

Heading

Heading

4 Mar 2022

Kuala Lumpur, 4 Mac 2022 – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad kini menawarkan manfaat penundaan kenderaan akibat banjir secara percuma kepada pelanggan yang melanggan pelan perlindungan motor IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful.

Perkhidmatan tundaan percuma akibat banjir ini merupakan manfaat tambahan kepada 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist iaitu perkhidmatan sisi jalan yang diberikan secara automatik kepada pemegang sijil IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful. 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist menyediakan servis 24-jam tunda kemalangan dan kerosakan dan juga 24 jam bantuan sisi jalan serta khidmat penyampaian maklumat kecemasan, perkhidmatan tukang kunci dan bantuan menghubungi kenderaan ganti seperti teksi atau kereta sewa dengan kadar istimewa.

“Kami di Takaful IKHLAS sentiasa peka dengan keperluan pelanggan terutamanya pada waktu kritikal seperti musim banjir. Kita dapat saksikan bahawa ramai rakyat Malaysia yang terkesan akibat impak musibah banjir yang melanda negara pada hujung tahun lepas. Justeru itu, bermula hujung Januari lalu, kami di Takaful IKHLAS turut menawarkan khidmat tundaan percuma akibat banjir kepada pemegang sijil pelan perlindungan motor kami iaitu IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful,” kata Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful IKHLAS.

“Kita semua maklum bahawa bencana banjir yang melanda membawa kerosakan dan kerugian kepada mereka yang terbabit. Bersandarkan prinsip “Kami Melindungi Semua” dan “IKHLAS Cares”, kami tidak mengenakan sebarang sumbangan tambahan kepada peserta Takaful Motor yang mendapatkan servis tundaan kenderaan. Kami berharap ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh mereka,” jelas Dato’ Rudy lagi.

Baru-baru ini, Takaful IKHLAS juga telah memperkenalkan platform maya Virtual Interactive Process (VIP) yang dapat membantu mempercepatkan proses tuntutan 300,000 pesertanya. Dengan VIP, tuntutan berkaitan kerosakan dan kemusnahan harta benda serta kenderaan tidak melebihi RM10,000 boleh diproses melalui platform maya itu dan para pelanggan boleh menerima bayaran tuntutan dalam masa tiga hari.

Produk dan perkhidmatan yang tuntutannya dikendalikan melalui platform VIP ialah IKHLAS Houseowner/ Householder Takaful, IKHLAS Home Protect Takaful, IKHLAS Fire Protect Takaful dengan perlindungan tambahan banjir, IKHLAS Fire Material Damage dengan perlindungan tambahan banjir, IKHLAS Commercial Vehicle Takaful – dengan perlindungan tambahan banjir, IKHLAS Motorcycle Takaful – dengan perlindungan tambahan banjir, IKHLAS Private Car Takaful - dengan perlindungan tambahan banjir dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful - dengan perlindungan tambahan banjir.

“Takaful IKHLAS kekal komited membantu meringankan beban kewangan para pelanggan kami yang terkesan akibat banjir. Sehingga 20 Februari 2022, sebanyak 3,669 kes tuntutan berjaya diselesaikan di mana jumlah tanggungan tuntutan adalah sebanyak RM30 juta. Ini sejajar dengan aspirasi syarikat yang berazam meringankan beban peserta yang ditimpa musibah dan membantu mereka bangkit semula secepat yang mungkin” ujar Dato’ Rudy lagi.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist, pelanggan boleh melayari laman web www.takaful-ikhlas.com.my. Pelanggan juga boleh menghubungi mana-mana ejen takaful am Takaful IKHLAS atau berkunjung ke cawangan Takaful IKHLAS yang berdekatan.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading