TAKAFUL IKHLAS SERTAI RACE FOR COVER ANJURAN PERSATUAN TAKAFUL MALAYSIA DENGAN MEMPROMOSI IKHLASLINK SECURE TAKAFUL

Heading

Heading

11 Dec 2018

Kuala Lumpur, 11 Disember  2018 – Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS Family), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) merupakan salah satu pengendali takaful yang menyertai Race for Cover Towards Takaful 2020 (RFCTT 2020), yang dianjurkan oleh Persatuan Takaful Malaysia pada Julai 2018 sehingga Disember 2018 untuk meningkatkan kesedaran tentang perlindungan takaful keluarga kepada masyarakat  Malaysia.

Dalam tempoh penganjuran Race to Cover, Takaful IKHLAS mempromosikan produk IKHLASlink Secure Takaful, iaitu pelan perlindungan menyeluruh yang boleh disesuaikan bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup setiap pelanggan. Perlindungan ini adalah penyelesaian yang bersesuaian untuk mereka yang masih mencari pelan perlindungan, pelan pintar yang mampu membantu pelanggan memaksimumkan pulangan wang.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad, Encik Mohd Din Merican berkata, “IKHLASlink Secure Takaful ialah pelan takaful komprehensif yang berkaitan dengan pelaburan di mana sumbangan takaful adalah berkala dengan menggabungkan yang terbaik dari kedua-duanya iaitu perlindungan dan pelaburan.”

“Pelan ini juga menawarkan pakej holistik dengan rider-rider pilihan yang melindungi bidang kesihatan utama seperti penyakit kritikal, kemalangan peribadi, kemasukan ke hospital dan manfaat pembedahan. Pelanggan boleh menyertai pelan perlindungan ini dengan sumbangan takaful bulanan serendah RM 80 sebulan bagi menikmati pakej ini secara menyeluruh,” tambah beliau lagi.

Perlindungan IKHLASlink Secure Takaful ini juga merangkumi perlindungan kematian dan ilat kekal serta menyeluruh (TPD) bagi memastikan pelanggan sentiasa dilindungi setiap masa. Perlindungan ini juga menyediakan rangkaian manfaat pilihan yang komprehensif, seperti penyakit kritikal, kemalangan, bil hospital dan pembedahan serta pengecualian sumbangan takaful bagi memastikan kesinambungan perlindungan para pelanggan. Melalui perlindungan ini pelanggan boleh melabur dalam portfolio pelaburan untuk mendapat pulangan  yang tinggi. 

Heading

Heading