TAKAFUL IKHLAS SERAH ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Heading

Heading

4 Dec 2021

Kuala Lumpur, 4 Disember 2021 –Takaful Ikhlas Family Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad telah menyampaikan bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 berjumlah RM446,835.00 kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Penyerahan zakat perniagaan Takaful IKHLAS ini disempurnakan oleh Encik Zaharudin Daud, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB kepada Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee, Pengerusi PPZ-MAIWP disaksikan oleh YB. Senator Tuan Haji Idris Bin Haji Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama. Majlis ini turut dihadiri oleh Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Abdul Hakim Amir bin Osman, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP dan Encik Mohd Nizam Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

“Setiap tahun, Takaful IKHLAS melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab syarikat untuk berkongsi keuntungan pendapatan yang diperolehi dengan golongan yang memerlukan. Sumbangan zakat ini juga merupakan salah satu cara untuk kami menerapkan semangat saling tolong-menolong diantara syarikat korporat dan masyarakat, selaras dengan sistem takaful yang berteraskan konsep kerjasama dan tanggungjawab diantara peserta,” jelas Zaharudin.

“Takaful IKHLAS yakin pembayaran zakat kepada PPZ-MAIWP dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan. Pembayaran ini juga dapat dimanfaat sepenuhnya oleh PPZ-MAIWP dalam menjana pembangunan kelestarian masyarakat yang positif melalui program-program yang dilaksanakan oleh PPZ- MAIWP,” tambah Zaharudin lagi.

Sumbangan zakat ini juga sejajar dengan konsep “value of giving” yang diterapkan oleh Takaful IKHLAS dalam operasi hariannya. Melalui “value of giving”, Takaful IKHLAS juga dapat berkongsi konsep ini kepada pelanggan yang menyertai pelan perlindungan yang disediakan, dimana mereka bukan sahaja melindungi diri dan insan tersayang, malahan dapat turut membantu komuniti yang memerlukan melalui sumbangan perlindungan takaful. Takaful IKHLAS yakin “Value of Giving” ini bukan sahaja dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat tetapi juga dapat memupuk masyarakat yang prihatin antara satu sama lain.

Takaful IKHLAS juga turut menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021 kepada beberapa Majlis Agama Islam di negeri yang lain termasuk sumbangan zakat sebanyak RM123,704.40 kepada Majlis Agama Islam Melaka dan RM174,185.60 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu. Takaful IKHLAS telah memperuntukkan sebanyak RM744,725.00 bagi serahan zakat kepada institusi-institusi zakat dan juga golongan asnaf di beberapa buah negeri. Jumlah serahan zakat kepada PPZ-MAIWP adalah yang terbesar.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading