TAKAFUL IKHLAS LANCAR DUA PRODUK BAHARU SEMPENA MINGGU SAHAM DIGITAL

Heading

Heading

19 Nov 2020

Kuala Lumpur, 19 November 2020 – Takaful Ikhlas Family Berhad, anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad hari ini telah melancarkan dua produk perlindungan baharu iaitu IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku di majlis perasmian Minggu Saham Digital (MSD) 2020. Pelancaran produk-produk ini turut disaksikan oleh YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.

Produk IKHLAS Bersama merupakan pelan perlindungan semua-dalam-satu dan mampu milik untuk setiap lapisan masyarakat. Produk ini menyediakan perlindungan asas untuk kematian yang boleh ditambah dengan aneka pilihan perlindungan komprehensif tambahan (rider), dimana pelanggan dapat ‘pilih dan padan’ mengikut keperluan masing-masing. Perlindungan tambahan yang komprehensif ini diantaranya merangkumi perlindungan penyakit kritikal, hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD), kemasukan ke hospital (dengan kad perubatan), pendapatan harian jika dimasukkan ke hospital, pengecualian sumbangan dan perlindungan berkaitan kemalangan.

Manakala IKHLAS Dariku pula adalah produk perlindungan yang menumpukan kepada pemberian Hibah. Selain memberikan jaminan kepada orang yang tersayang, IKHLAS Dariku juga memberikan Manfaat Kematian Tambahan dimana waris akan diberikan bayaran tambahan sebanyak 100% daripada amaun perlindungan asas untuk kematian akibat kanser, tambahan 200% daripada amaun perlindungan asas untuk kematian akibat kemalangan dan tambahan 300% daripada amaun perlindungan asas sekiranya peserta meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji atau umrah.

Page 2 of 3 IKHLAS Dariku juga memberikan Ganjaran Tunai kepada pelanggan untuk peristiwa-peristiwa penting seperti perkahwinan, kelahiran anak, pembelian rumah baharu, menunaikan ibadat haji dan melancong ke lima negara yang berbeza.

“Produk IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku ini direka buat semua lapisan masyarakat bagi memudahkan mereka memiliki pelan perlindungan takaful yang lebih komprehensif dan fleksibel iaitu semua-dalam-satu, serta kekal relevan dalam pasaran yang kompetitif,” kata Nor Azman Zainal, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad.

“Ciri unik IKHLAS Bersama dan IKHLAS Dariku adalah dimana kedua-dua produk ini mempunyai faedah istimewa yang disebut Accelerated Death Expense (ADE). Dengan ADE, waris terdekat akan menerima sehingga RM20,000 daripada amaun perlindungan serta-merta sekiranya peserta meninggal dunia. Ini bertujuan untuk mengurangkan bebanan kewangan keluarga disebabkan kematian insan yang tersayang”, tambah Nor Azman lagi.

Selaras dengan objektif MSD iaitu memperkasakan literasi kewangan melalui platform digital yang mudah untuk dilayari, Takaful IKHLAS juga turut memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kepentingan perlindungan takaful, hibah dan wakaf melalui dua program bual bicara yang akan disiarkan secara langsung di laman media sosial, Facebook. Program- program tersebut iaitu, BICARA IKHLAS: Capai Bahagia Melalui Hibah dan Wakaf bersama Imam Muda Asyraf pada 20 November 2020 dan IKHLAS Bersama Anda: Sembang Takaful bersama Encik Nor Azman Zainal, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad pada 22 November 2020. Kedua-dua program ini akan bersiaran secara langsung di Facebook MSD.

Sempena MSD juga, Takaful IKHLAS ingin menjemput orang ramai mendaftar sebagai Perunding Takaful bagi menjana pendapatan sampingan secara profesional. Bagi 100

Page 3 of 3 pendaftar terawal yang lulus sebagai Perunding Takaful IKHLAS akan menerima “Welcome Kit” daripada Takaful IKHLAS. Takaful IKHLAS telah mengatur pelbagai aktiviti dan promosi menarik sepanjang berlangsungnya MSD pada 18 hingga 24 November ini. Orang ramai yang mendapatkan produk-produk Takaful IKHLAS sepanjang tempoh MSD akan layak menyertai Cabutan Rezeki IKHLAS dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik seperti Apple 10.9-inch iPad Air, Dyson Pure Cool Air Purifier Tower Fan dan Apple Watch SE GPS. Terdapat juga Kuiz Facebook IKHLAS dan Kuiz Harian di Instagram Takaful IKHLAS di mana orang ramai hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah bagi memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti Takaful IKHLAS sempena MSD, layari laman- laman media sosial rasmi Takaful IKHLAS iaitu @takafulikhlas.official di Instagram dan @TakafulIKHLAS di Facebook atau laman sesawang www.takaful-ikhlas.com.my

Heading

Heading