TAKAFUL IKHLAS DAN ANDALUSIA JALIN KERJASAMA STRATEGIK

Heading

Heading

1 Apr 2022

Kuala Lumpur, 1 April 2022 – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS ), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad dan agensi pelancongan tempatan, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia Travel & Tours) telah menjalin kerjasama strategik bermula 7 Februari 2022 bagi tujuan melengkapkan peserta haji dan umrah dengan perlindungan takaful yang menyeluruh sepanjang tempoh ibadah.

Kerjasama ini menyokong inisiatif Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dalam memudahkan ziarah umrah di samping memastikan kebolehlaksanaan dan kesinambungan rakyat Malaysia untuk melaksanakan aktiviti umrah.

Melalui kerjasama strategik ini, Takaful IKHLAS akan menyediakan produk dan khidmat takaful kepada peserta umrah yang berdaftar dengan Andalusia Travel & Tours. Produk dan khidmat takaful daripada Takaful IKHLAS akan diedarkan melalui Andalusia Tijarah, iaitu unit pengurusan takaful bagi Andalusia Travel & Tours yang mempunyai 40 cawangan di serata negara.

“Kami menyokong sepenuhnya usaha Andalusia Travel & Tours dalam memberikan khidmat penyediaan pakej umrah kepada rakyat Malaysia. Kami berbesar hati menjadi pengendali takaful eksklusif untuk bekerjasama dengan Andalusia Travel & Tours dalam membantu menyediakan pelbagai perlindungan takaful kepada rakyat Malaysia yang ingin menunaikan ibadah umrah serta melancong bersama Andalusia Travel & Tours,” kata Dato’ Rudy Rodzila Che Lamin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad.

Dalam pada itu, Tuan Haji Ibrahim bin Mat Sin, Pengasas Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd berkata, “Kami selaku peneraju umrah terunggul tempatan, berbesar hati kerana Takaful IKHLASmenyediakan pelan perlindungan yang ekstensif untuk memenuhi pelbagai keperluan jemaah umrah. Ini membuktikan bahawa Takaful IKHLAS sangat peka kepada masalah peserta umrah yang memerlukan perlindungan tambahan termasuk perbelanjaan perubatan dan kos kuarantin bagi mereka yang positif COVID-19 sebaik sahaja pulang ke tanah air".

Gabungan kekuatan kerjasama ini serta pembangunan industri umrah dan pelancongan yang memberangsangkan dapat memberikan impak yang positif kepada Takaful IKHLAS dan Andalusia Travel & Tours.

Kerjasama ini dijangka mampu meningkatkan pendapatan Takaful IKHLAS sebanyak RM9 juta setahun selain memperkukuhkan jenama Takaful IKHLAS sebagai pengendali takaful yang dipercayai dalam menyediakan perlindungan kepada peserta umrah. Selain itu, kerjasama ini juga dijangka dapat melebarkan penguasaan pasaran Takaful IKHLAS dalam segmen takaful perjalanan.

Bagi Andalusia Travel & Tours pula, kerjasama ini dapat memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran penyediaan pakej dan pengaturan perjalanan umrah yang menyediakan perlindungan takaful yang komprehensif kepada pelanggannya. Selain itu jalinan kerjasama ini juga turut dapat membantu meningkatkan pasaran sedia ada Andalusia Travel & Tours iaitu daripada 30,000 pelanggan kepada lebih 50,000 pelanggan setiap tahun.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading