TAKAFUL IKHLAS BERI PENDEDAHAN KEPENTINGAN PERLINDUNGAN TAKAFUL DI MSAM 2018 BATU PAHAT

Heading

Heading

19 Apr 2018

Batu Pahat, 19 April 2018 –Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), memberikan sokongan padunya sebagai syarikat pelaburan dan pempamer kepada Permodalan Nasional Berhad  di pameran pendidikan kewangan bersepadu, Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM): Pelaburan 360 PNB di Stadium Batu Pahat, Johor, mulai 19  hingga 25 April ini.

Pada tahun ini, Takaful IKHLAS sekali lagi menyediakan perkhidmatan perlindungan takaful dan menjadi Rakan Utama di MSAM 2018. Para pengunjung boleh mendapatkan kad perubatan, pelan pendidikan, pelan perlindungan terhadap kematian dan hilang upaya serta pelbagai lagi produk perkhidmatan dan perlindungan  dengan kadar sumbangan mampu milik di ruang pameran Takaful IKHLAS.

“Takaful IKHLAS menyertai Minggu Saham Amanah Malaysia yang  merupakan pusat sehenti yang unik dengan menawarkan peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat mengenai produk dan perkhidmatan kewangan, menjalankan transaksi kewangan, mengetahui inisiatif dan peluang baharu dalam pengurusan perniagaan dan kewangan serta membuat pertanyaan atau mendapatkan nasihat,” kata Datuk Hj. Ab Latiff bin Hj. Abu Bakar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Berhad.

“Warga kerja dan ejen-ejen Takaful IKHLAS  akan memainkan peranan masing-masing semasa MSAM 2018 dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi menimbulkan kesedaran masyarakat di Batu Pahat mengenai kepentingan perlindungan takaful agar mereka dapat mengurus kewangan dan merancang masa depan dengan baik,” jelas Datuk Hj Ab Latiff.

Takaful IKHLAS secara tidak langsung terlibat di dalam program seperti siaran langsung Tanyalah Ustaz Edisi MSAM 2018, Majlis Doa Selamat dan Pertandingan Cendekiawan Muda untuk pelajar sekolah menengah.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Takaful IKHLAS juga  mengadakan pelbagai aktiviti di ruang pamerannya seperti  Beramah Mesra bersama Omar & Hana serta Kuiz IKHLAS @ MSAM 2018 yang menawarkan barangan elektrik atau baucar tunai tiga kali sehari di ruang pameran Takaful IKHLAS.

Takaful IKHLAS juga akan mengadakan Cabutan Rezeki IKHLAS @ MSAM 2018 yang menyediakan produk unit ASNB yang bernilai RM5,500, RM 4,500 dan RM3,500 sebagai hadiah peraduan tersebut untuk pelanggan yang  menyertai sijil (polisi) perlindungan Takaful IKHLAS di MSAM 2018. 

Penduduk di Batu Pahat serta kawasan berhampiran dijemput untuk beramai-ramai berkunjung ke ruang pameran Takaful IKHLAS di MSAM 2018 dari 19 hingga 25 April 2018 bertempat di Stadium Batu Pahat, Johor.

 

Mengenai Takaful Ikhlas Berhad

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam.

Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.  Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur. Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.

Heading

Heading