TAKAFUL IKHLAS AGIH SUMBANGAN RAMADAN KEPADA 300 KELUARGA ASNAF DAN MUALAF MELALUI PROGRAM IKHLAS BARAKAH BOX

Heading

Heading

27 Apr 2021

Kuala Lumpur, 27 April 2021 – Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), dengan kerjasama Persatuan Inspirasi Mualaf telah menceriakan 300 keluarga asnaf dan mualaf yang terpilih di sekitar Lembah Klang melalui program IKHLAS Barakah Box sempena bulan Ramadan.

IKHLAS Barakah Box merupakan program pengagihan sumbangan bekalan asas makanan seperti beras, tepung, gula, susu, bihun, mee segera dan telur kepada keluarga asnaf dan mualaf yang memerlukan dan terkesan dengan wabak COVID-19. Para penerima IKHLAS Barakah Box adalah daripada keluarga asnaf dan mualaf yang terpilih daripada Persatuan Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, PPR Kota Damansara dan PPR Bukit Jalil. Pengagihan sumbangan ini akan dijalankan secara berperingkat disepanjang bulan Ramadan ini.

Majlis pengagihan sumbangan IKHLAS Barakah Box ini telah berlangsung di Surau Al-Ihsaniah PPR, Lembah Subang 1. Pada majlis tersebut, Takaful IKHLAS yang diwakili oleh Nor Azman Zainal, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad, telah menyampaikan sumbangan IKHLAS Barakah Box kepada penerima terpilih daripada PPR Lembah Subang 1. Turut hadir adalah Muhammad Roger James Arnold, Pengerusi Persatuan Inspirasi Mualaf, sukarelawan Persatuan Inspirasi Mualaf dan kakitangan Takaful IKHLAS.

“Kami berharap agar sumbangan IKHLAS Barakah Box dapat membantu dan memberikan keceriaan kepada para penerima dan keluarga mereka ketika berada di bulan Ramadan ini. Kami juga berharap agar program IKHLAS Barakah Box ini dapat memupuk nilai prihatin serta kasih sayang kepada masyarakat setempat”, kata Nor Azman Zainal.

“Melalui program IKHLAS Barakah Box, Takaful IKHLAS dapat menyalurkan sebahagian daripada dana IKHLAS Barakah House untuk membantu meringankan beban masyarakat dan komuniti setempat kerana kami percaya “dalam rezeki kita ada rezeki orang lain”, tambah Nor Azman Zainal lagi.

Program IKHLAS Barakah Box ini adalah salah satu daripada aktiviti dibawah IKHLAS Barakah House yang merupakan satu inisiatif pengumpulan dana patuh syariah yang bertujuan untuk menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang merangkumi penglibatan masyarakat dengan lima (5) fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan juga alam sekitar.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading