Pelan perlindungan baharu Takaful Ikhlas

Heading

Heading

20 Jul 2021

KUALA LUMPUR: MNRB Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Takaful Ikhlas General Bhd (Takaful IKHLAS) memperkenalkan Bantuan IKHLAS Supreme Takaful.

Ia adalah pelan perlindungan komprehensif untuk peserta takaful individu yang menyertai pelan IKHLAS Comprehensive Private Car Takaful dan IKHLAS Private Car Comprehensive Plus Takaful.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Bhd, Eddy Azly Abidin, berkata Bantuan IKHLAS Supreme Takaful dilengkapi dengan pelbagai manfaat istimewa, mengutamakan keselamatan serta memberi ketenangan dan keselesaan kepada peserta.

Beliau berkata, pelan itu menawarkan faedah tambahan yang komprehensif yang merangkumi manfaat kemalangan diri, program bantuan kereta dan elaun kesulitan dengan sumbangan takaful yang berpatutan.

"Dengan sumbangan takaful yang sangat berpatutan, individu boleh menikmati pelbagai manfaat sebagai pelengkap kepada perlindungan takaful motor yang disediakan oleh Takaful IKHLAS.

"Terdapat empat pelan pilihan dan peserta boleh memilih untuk menyertai pelan Silver, Gold, Platinum atau Premium berdasarkan keperluan dan kemampuan," katanya dalam satu kenyataan.

Eddy berkata, Bantuan IKHLAS Supreme Takaful menyediakan perlindungan manfaat kemalangan diri bagi pemandu dan penumpang.

Beliau berkata, manfaat kemalangan diri ini juga meliputi perbelanjaan perubatan dan hospital.

Katanya, sekiranya berlaku kematian atau hilang keupayaan kekal akibat kemalangan, penuntut atau waris akan menerima manfaat kemalangan diri sehingga RM100,000 dan manfaat digandakan sehingga RM200,000 sekiranya kemalangan berlaku ketika cuti umum negara.

Selain itu, jelasnya, Bantuan IKHLAS Supreme Takaful turut menyediakan Program Bantuan IKHLAS Road Assist yang merangkumi perkhidmatan bantuan tunda 24 jam tanpa had akibat kemalangan dan kerosakan di jalan raya, perbelanjaan teksi, penginapan hotel serta manfaat kemalangan diri 24 jam di seluruh dunia.

"Bantuan IKHLAS Supreme Takaful turut dilengkapi dengan manfaat elaun kesulitan seperti bantuan kad kredit Islamik, bantuan pembiayaan pinjaman kereta Islamik, elaun untuk kerosakan atau kehilangan kereta," katanya.

Bantuan IKHLAS Supreme Takaful tersedia bermula 1 Julai lalu di semua cawangan Takaful IKHLAS, ejen-ejen berdaftar serta e-mel kepada salamikhlas@takaful-ikhlas.com.my.

-- BERITA HARIAN

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading