Produk ini sendiri merupakan rider, maka boleh dilampirkan pada:
IKHLAS Premier Investment-Linked Takaful Plus (ILT)
IKHLAS Savings Prime Takaful (tradisional)
IKHLAS Wanita Elegance Takaful (tradisional)
PERLINDUNGAN DARIPADA KETIDAKTENTUAN HIDUP
Melindungi anda daripada ketidaktentuan hidup. Tiada sesiapa suka memikirkan kemungkinan menghidap penyakit kritikal kerana kita sentiasa menganggap hal ini tidak akan berlaku pada kita. IKHLAS Critical Illness Secure Takaful Rider memberi perlindungan dan ketenangan jiwa buat anda dan keluarga sekiranya anda didiagnosis dengan penyakit kritikal.
Rider ini diwujudkan untuk memberi perlindungan disebabkan kehilangan sumber pendapatan sekiranya anda menghidap mana-mana penyakit kritikal seperti yang dinyatakan dalam Rider. Pelan Rider ini hanya boleh didapati apabila dilampirkan pada Pelan Asas.