TAKAFUL IKHLAS LANCAR IKHLASWAQF DAN ENDOWMENT

Heading

Heading

23 Apr 2019

Kosmo

KUALA LUMPUR - Takaful Ikhlas Bhd. (Takaful Ikhlas) melancarkan Ikhlas Waqf dan Endowment (IWE), inisiatif kemasyarakatan yang menggalakkan sumbangan sosial berterusan oleh pemegang polisi perlindungan kepada masyarakat.

Ketua Pegawai Eksekutif, Takaful Ikhlas General Bhd., Eddy Azly Abidin berkata, IWE ini  diberikan secara percuma kepada peserta yang menyertai pelan-pelan perlindungan individu takaful am Takaful Ikhlas.

"Bermula 1 April ini, syarikat memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowmen kepada institusi yang diiktiraf  dan dipilih Takaful Ikhlas bagi setiap sijil takaful am individu.

"Takaful Ikhlas menyediakan IWE sebagai platform untuk peserta membantu masyarakat melalui peruntukan wakaf atau endowmen apabila peserta meninggal dunia akibat kemalangan," katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Menurut Eddy, IWE merupakan satu nilai tambah yang unik dan bakal diteruskan dalam meningkatkan posisi jenama Takaful Ikhlas agar mampu berdaya saing dan memberi lebih daripada perlindungan takaful.

"Dengan adanya wakaf atau endowmen ini, ia menjadikan perlindungan yang ditawarkan oleh Takaful Ikhlas lebih lengkap dan komprehensif.

Antara produk individu takaful am menawarkan IWE adalah Ikhlas Takaful Kenderaan, kediaman atau kemalangan peribadi.  "Peserta juga boleh menambah jumlah wakaf atau endowmen dengan menyertai pelan perlindungan kemalangan peribadi dan memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada manfaat kematian kepada institusi wakaf atau endowmen yang dipilih oleh Takaful Ikhlas," ujarnya.

Takaful Ikhlas mempunyai sebanyak 13 pejabat wilayah dan hampir dua juta pemegang sijil dan juga lebih 5,000 orang ejen berdaftar Untuk maklumat lanjut, sila layari www.takafulikhlas.com.my.

Heading

Heading