24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

TAKAFUL IKHLAS AGROBANK PERKENAL AGRO-MABRUR-i

25 Jan 2018

KUALA LUMPUR - Takaful Ikhlas Berhad (Takaful Ikhlas) dengan kerjasama Agrobank memperkenalkan Agro Mabrur-i, produk di bawah Skim Perlindungan Tenang yang antara lain menyediakan kad perlindungan dan pembayaran tuntutan dalam tempoh 24 jam bagi perbelanjaan serta merta kematian.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Datuk Ab Latiff Abu Bakar berkata, Agro Mabrur-i adalah produk takaful keluarga yang ditaja jamin Takaful Ikhlas dan ditawarkan khas kepada pelanggan Agrobank dan umum.

“Produk mampu milik ini menawarkan manfaat sehingga RM13,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat semula jadi dan manfaat sehingga RM26,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan,”