TAKAFUL IKHLAS SEMARAKKAN KEGEMBIRAAN RAMADAN DENGAN PENGAGIHAN MANGKUK TINGKAT PELBAGAI WARNA MELALUI PROGRAM MANGKUK TINGKAT IKHLAS

Heading

Heading

15 May 2019

Kuala Lumpur, 15 Mei 2019 - Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Takaful IKHLAS telah mengagihkan juadah berbuka puasa yang disediakan dalam mangkuk tingkat  kepada Institut Jantung Negara (IJN) dan Maahad Nur Taqwa Lidirasah, Kedah melalui program Mangkuk Tingkat IKHLAS. Program ini adalah sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab korporat Takaful IKHLAS di bawah jenama IKHLAS Untuk Komuniti.

Encik Eddy Azly Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad telah menyampaikan sejumlah 150 unit mangkuk tingkat berisi lauk pauk dan kuih-muih kepada Dato’ Seri Dr. Mohd Azhari Yakub, Ketua Pegawai Eksekutif IJN untuk diedarkan kepada kakitangan IJN sebagai juadah  berbuka puasa mereka.

“Program Mangkuk Tingkat IKHLAS telah dianjurkan pada tahun ini sebagai tanda penghargaan kami kepada Doktor, Jururawat dan Pembantu Perubatan IJN yang telah bekerja keras setiap hari bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan para pesakit. Ini adalah salah satu cara untuk kami mengucapkan terima kasih kepada mereka“ kata Encik Eddy Azly Abidin.

Program sebegini juga membolehkan Takaful IKHLAS untuk mendekati masyarakat terutama golongan yang kurang bernasib baik. Selain IJN, Takaful IKHLAS juga berkongsi kegembiraan Ramadan bersama anak-anak yatim dan fakir Maahad Nur Taqwa Lidirasah Islamiah dengan mengedarkan 50 unit mangkuk tingkat berisi juadah berbuka puasa kepada mereka.

Program Mangkuk Tingkat IKHLAS ini telah dianjurkan bersama Islamic Aid Malaysia (IAM).

Heading

Heading