TAKAFUL IKHLAS SUNTIK KEGEMBIRAAN KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN MELALUI PROGRAM MANGKUK TINGKAT IKHLAS

Heading

Heading

7 May 2021

Kuala Lumpur, 6 Mei 2021 – Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB), dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) telah mengagihkan juadah Aidilfitri yang disediakan dalam mangkuk tingkat kepada petugas-petugas di Institut Kanser Negara (IKN) semalam.

Sebanyak 200 mangkuk tingkat yang berisi juadah tradisi seperti kuih bahulu, aneka biskut raya dan kek telah diagihkan kepada petugas IKN melalui program Mangkuk Tingkat IKHLAS.

“Program Mangkuk Tingkat IKHLAS ini adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada Doktor, Jururawat, Pembantu Perubatan serta kakitangan sokongan IKN yang telah bekerja keras setiap hari demi menjaga kesihatan dan kesejahteraan para pesakit. Ini merupakan salah satu cara kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka, “the unsung hero”, kata Eddy Azly Abidin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad.

“Melalui program Mangkuk Tingkat IKHLAS ini, Takaful IKHLAS dapat menyalurkan dana hasil sumbangan daripada sebahagian peserta Takaful IKHLAS kepada petugas barisan hadapan. Kami berharap sumbangan ini dapat merealisasikan hasrat para peserta Takaful IKHLAS agar kami menyalurkan sumbangan tersebut untuk tujuan kebajikan. Semoga sumbangan ini dapat menceriakan para petugas barisan hadapan yang tidak jemu berbakti serta dapat menyuntik kegembiraan dikalangan mereka sempena menyambut kedatangan Aidilfitri”, tambah Eddy Azly lagi.

Program Mangkuk Tingkat IKHLAS ini adalah salah satu daripada aktiviti dibawah IKHLAS Barakah House yang merupakan inisiatif pengumpulan dana patuh syariah yang bertujuan untuk menjana pembangunan dan kelestarian masyarakat yang positif melalui bantuan kewangan dan aktiviti-aktiviti yang merangkumi penglibatan masyarakat dengan lima (5) fokus utama iaitu pemerkasaan bidang pendidikan, ekonomi, masyarakat, kesihatan dan juga alam sekitar.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading