24 Hours Bantuan IKHLAS Road Assist

Heading

Heading

Pelan Komprehensif Motor Takaful memberi perkhidmatan Bantuan Jalanraya 24 Jam. Hanya dail 1-800-88-1186 untuk bantuan sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan jalan raya.

 
24 Jam Operasi Pusat Panggilan

Peserta boleh menghubungi pusat panggilan kami yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun.

 
24 Jam Servis Tunda Kemalangan & Kerosakan
Kemalangan:Peserta akan disediakan dengan servis penundaan PERCUMA 24 jam ke bengkel panel rasmi Takaful IKHLAS terdekat dengan jarak tidak melebihi 100 km* dari lokasi kemalangan.
Kerosakan:Peserta akan disediakan dengan servis penundaan PERCUMA 24 jam ke bengkel panel rasmi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) terdekat dengan jarak tidak melebihi 100 km* dari lokasi kerosakan.

*Untuk jarak melebihi 100 km, kadar tambahan sebanyak RM1.50 / km akan dikenakan.

 
Bantuan Sisi Jalan

Bantuan sisi jalan dikenakan sehingga maksimum RM200 merangkumi perkhidmatan seperti berikut:

  • Perkhidmatan Jumpstart
  • Perkhidmatan tayar pancit
 
Servis Penghantaran Bateri

Peserta akan disediakan dengan perkhidmatan penghantaran bateri sehingga maksimum RM200.

*Kos bateri baru ditanggung oleh peserta.

 

 
Bantuan Perjalanan Alternatif

Kami akan menyediakan pengangkutan alternatif bagi peserta untuk meneruskan perjalanan mereka jika kerja kerosakan dan / atau kerja pembaikan tidak dapat diselesaikan.

 
Bantuan Pemindahan Kecemasan

Sekiranya berlaku kemalangan, perkhidmatan ambulans atau pengangkutan lain akan disediakan untuk menghantar peserta ke pusat rawatan atau hospital perubatan awam / swasta terdekat.

 
PERCUMA! Khidmat Ambulans Antara Negeri

Perkhidmatan ambulans secara percuma antara negeri akan disediakan kepada peserta sehingga maksimum RM200.

Heading

Heading