24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist

Heading

Heading

Heading

 

 
24-Jam Operasi Pusat Panggilan Bebas Tol 1-800-88-1186

Peserta boleh menghubungi pusat panggilan kami yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun.

 
24-Jam Servis Tunda Kemalangan & Kerosakan
Kemalangan:Peserta akan disediakan dengan servis penundaan PERCUMA 24 jam ke balai polis untuk membuat laporan polis dan seterusnya ke bengkel panel rasmi Takaful IKHLAS terdekat dengan jarak tidak melebihi 100km* dari lokasi kemalangan.
Kerosakan:Peserta akan disediakan dengan servis penundaan PERCUMA 24 jam ke bengkel pilihan peserta, dengan jarak tidak melebihi 100 km* dari lokasi kerosakan.

*Untuk jarak melebih 100 km, kadar tambahan sebanyak RM2.00 / km akan dikenakan dan ditanggung oleh peserta.

 
24-Jam Bantuan Sisi Jalan

Bantuan sisi jalan disediakan sehingga maksimum RM300 merangkumi perkhidmatan seperti berikut:

  • Perkhidmatan “jump start” dan Perkhidmatan Penukaran Bateri Kereta
    *Kos bateri baru ditanggung oleh peserta.
  • Perkhidmatan Penukaran tayar kereta pancit.
    *Kos tayar baharu ditanggung oleh peserta.
  • Perkhidmatan penghantaran minyak petrol
    *Kos minyak petrol ditanggung oleh peserta.
 
Penghantaran Maklumat Kecemasan

Kami akan menghantar mesej segera (panggilan atau teks mesej) kepada ahli keluarga, kawan-kawan atau rakan perniagaan anda semasa kecemasan secara PERCUMA, atas permintaan peserta.

 
Perkhidmatan Tukang Kunci

Jika kereta anda terkunci, kami akan menguruskan seorang tukang kunci untuk membantu dan membuka kunci kereta anda dengan PERCUMA.

 

Sekiranya kunci tidak dapat di buka, kami akan menguruskan penundaan kereta anda ke Panel Takaful IKHLAS yang berhampiran atau bengkel pilihan anda sehingga Had Maksimum RM300.00 setiap kejadian (perjalanan pergi dan balik)

 
Lain-lain Perkhidmatan

Kami akan mengatur kenderaan alternatif, Teksi atau kereta sewa dengan kadar istimewa bagi membantu peserta untuk :

  • Meneruskan perjalanan
  • Kembali ke kediaman
  • Kembali kepada bengkel panel Takaful IKHLAS atau bengkel pilihan peserta apabila kenderaan telah siap dibaiki.
    *Kos bagi kenderaan alternatif, teksi atau kereta sewa ditanggung oleh peserta.

Bantuan Pemindahan Kecemasan

  • Kami akan mengaturkan perkhidmatan Ambulans, Polis atau Bomba sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

Pengurusan Penginapan Hotel

  • Sekiranya kemalangan atau kerosakan berlaku pada tengah malam dan peserta memerlukan tempat penginapan. Kami akan menguruskan penginapan di hotel berhampiran untuk peserta
    *Kos bagi penginapan di hotel ditanggung oleh peserta.
HAD GEOGRAFIK
Perkhidmatan Bantuan IKHLAS boleh digunakan di Malaysia dan Singapura dan wilayah Thailand Selatan dan Brunei dalam jarak 25km dari sempadan Malaysia sahaja.
Hubungi talian 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist di 1800-88-1186 atau gunakan Aplikasi Mobile 24-Hour Bantuan IKHLAS Road Assist untuk bantuan.

Heading

Heading