Takaful Ikhlas, Adabi dan Komuniti Cuci Masjid Bekerjasama Mengagihkan 1,000 Bubur Lambuk Di Masjid Jamek Al-Hikmah, Rawang

Heading

Heading

16 Jun 2017

 

RAWANG, 16 Jun 2017 Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad (MNRB) dengan kerjasama ADABI dan Komuniti Cuci Masjid hari ini bergotong-royong memasak dan mengedarkan bubur lambuk kepada penduduk di sekitar Masjid Kampung Gombak, Kuang, Rawang, dan Masjid Jamek Al-Hikmah, Kg Setia, Rawang bagi tujuan mendekati masyarakat setempat dan memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Lebih 1,000 bekas bubur lambuk diedarkan oleh Hj. Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob, Ketua Pegawai Komersial Keluarga, Takaful ikhlas Berhad bersama Azatul Izan Mohamed Nordin, Pengurus Pemasaran, Adabi Consumer Industries Sdn Bhd, Malaysia sebagai juadah berbuka puasa.Turut hadir mengagihkan bubur lambuk ini  ialah Hj Hashnoel Murshim, Pengerusi Komuniti Cuci Masjid.

Memasak dan pengagihan bubur lambuk ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program Ramadan “Jom ke Masjid” yang dianjurkan di bawah jenama IKHLAS untuk Komuniti. Program ini merangkumi aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk, penambahbaikan masjid, majlis iftar dan moreh, serta sumbangan duit raya kepada kanak-kanak asnaf. Manakala, aktiviti pembersihan masjid akan diadakan selepas bulan Ramadan.

Melalui program ini Takaful IKHLAS juga telah mengadakan tazkirah berkaitan dengan wasiat, hibah dan wakaf yang diadakan di Masjid Kampung Gombak, Kuang, Rawang dan Masjid Jamek Al-Hikmah, Kg Setia Rawang. Tazkirah ini adalah sebahagian daripada usaha Takaful IKHLAS untuk memberikan kefahaman serta mendidik masyarakat tentang kepentingan pengurusan harta mengikut syariah. Selain merapatkan ukhuwah di antara Takaful IKHLAS dengan kariah masjid yang terlibat, program ini dapat mengimarahkan sambutan bulan Ramadan yang telah pun memasuki hari ke 21.

Sebagai sebuah organisasi korporat yang perihatin, tanggungjawab sosial korporat  merupakan salah satu elemen penting dan cukup sinonim dalam organisasi kami.  Takaful IKHLAS sentiasa memastikan aktiviti-aktiviti CSR yang diterapkan adalah mampan dan bermakna  bagi menyumbang bakti kepada komuniti di negara ini yang telah banyak membantu kepada pertumbuhan Takaful IKHLAS.

BUBUR LAMBUK ADABI SEMPENA RAMADHAN 2017

Konsep program bubur lambuk ini dijalankan pada tiap-tiap tahun seperti sebelum ini. Dan ini adalah acara tahunan yang dijalankan oleh pihak Adabi sepanjang bulan Ramadhan bersama badan-badan korporat terpilih.

Pada tahun ini Adabi mengambil peluang untuk bekerjasama dengan Takaful Ikhlas Berhad. Program bubur lambuk ini juga adalah satu langkah yang bijak kerana ianya akan mengekalkan penjenamaan Adabi itu sendiri di kalangan masyarakat dan pengguna setia Adabi.

Bubur lambuk yang dimasak menggunakan seratus peratus bahan-bahan dan produk Adabi sendiri. Sebanyak 3 periuk bubur lambuk akan dimasak dengan pengagihan lebih 1000 bekas bubur lambuk. Selain daripada program memasak bubur lambuk, Adabi turut menyumbangkan barang keperluan makanan kepada rumah kanak-kanank asnaf.

Secara keseluruhannya, program ini dapat memberi satu impak yang baik kepada kedua-dua belah pihak antara Adabi dan Takaful Ikhlas, justeru dapat menarik golongan masyarakat terutamanya generasi muda mengenali cara membuat bubur lambuk dan menghargai makanan tempatan kita.


Mengenai Takaful Ikhlas Berhad

Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities) dan pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad dan pelbagai skim unit Amanah Saham PNB. Pada 5 Mei 2014, Syarikat menukar statusnya menjadi syarikat awam.

Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat wilayah yang beroperasi di Kuala Lumpur, Selangor, Kelantan, Johor, Kedah, Sarawak, Melaka, Sabah, Pahang, Perak, Terengganu, Putrajaya dan Negeri Sembilan.  Pejabat Korporat Takaful IKHLAS pula terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur.

Kini, Takaful IKHLAS mempunyai lebih 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.


Mengenai ADABI

Adabi Consumer Industries Sdn Bhd. (ACISB) adalah syarikat induk dan pemain utama Adabi Kumpulan. Ia memberi inspirasi menghasilkan dan memasarkan produk di bawah jenama Adabi. ACISB diuruskan dan dikendalikan secara profesional, dorongan produk sepenuhnya dan memberikan penekanan yang sama kepada kedua-dua Penyelidikan & Pembangunan serta Jualan & Pemasaran.

Ia mempunyai organisasi yang kuat dan kakitangan penyelidikan kreatif, yang semuanya berdedikasi untuk mewujudkan penghasilan produk baru dan produk makanan yang inovatif. Syarikat bertumbuh dengan pesat, daripada 25 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM2 juta pada tahun 1984, kini berkembang kepada lebih daripada 552 kakitangan dan jualan tahunan sebanyak RM200 juta boleh dikaitkan dengan kejayaan pelbagai produk baru ia telah diperkenalkan melalui dekad.

Pengenalan kepada produk baru secara berkesan disokong oleh jualan yang dinamik dan pasukan pengurusan pemasaran dan promosi media massa yang berterusan ke atas jenama Adabi. Hari ini, kesedaran jenama Adabi berdiri setanding dengan jenama produk makanan antarabangsa terkenal yang lain yang dijual di Malaysia.

Heading

Heading