24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

TAWAR PELAN TAKAFUL MAMPU MILIK DI PASARAN

20 Dec 2017

KUALA LUMPUR - Takaful Ikhlas Bhd. (Takaful IKHLAS) dengan kerjasama Agrobank memperkenalkan Agro Mabrur-i, sebuah produk di bawah Skim Perlindungan Tenang yang menyediakan kad perlindungan dan pembayaran tuntutan dalam tempoh 24 jam bagi perbelanjaan serta-merta kematian.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas, Ab. Latiff Abu Bakar berkata, produk takaful keluarga yang ditaja jamin oleh pihaknya itu ditawarkan kepada pelanggan Agrobank dan masyarakat umum pada harga mampu milik.

"Pakej Perlindungan Tenang yang dilancarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada bulan lalu memberikan alternative kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, termasuk syarikat kecil, untuk mendapatkan perlindungan takaful.

"Oleh itu, rangkaian cawangan Agrobank di seluruh negara merupakan saluran terbaik bagi memasarkan produk ini kepada golongan sasar," katanya menerusi satu kenyataan bersama kedua-dua pihak di sini semalam.

Produk Agro Mabrur-i menawarkan manfaat sehingga RM13,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat semulajadi dan manfaat sehingga RM26,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan dengan sumbangan serendah RM75 setahun.

Sementara bagi penyertaan berkelompok untuk persatuan atau syarikat pula, pelan yang ditawarkan adalah serendah RM40 setahun dengan nilai perlindungan RM5,000 untuk penyertaan minimum 20 orang.

Manfaat lain pelan Agro Mabrur-i adalah badal haji berjumlah RM3,500; wakaf (RM500), perbelanjaan serta-merta kematian (RM1,000).

Bagi pelanggan bukan Islam, manfaat badal haji dan wakaf dibayar sebagai tambahan kepada manfaat perbelanjaan serta-merta kematian.