TAWAR IWE KEPADA PEMEGANG POLISI TAKAFUL

Heading

Heading

22 Apr 2019

Harian Metro

Sungai Petani: Pemegang polisi pelan perlindungan Takaful Ikhlas kini bukan saja dilindungi, malah berpeluang membantu masyarakat menerusi IKHLAS Waqf dan Endowment (IWE) yang dilancarkan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019.

Pelancaran disempurnakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad, Eddy Azly Abidin berkata, IWE diberikan secara percuma kepada peserta yang menyertai pelan perlindungan individu takaful am Takaful Ikhlas.

“Bermula 1 April lalu, pihak syarikat memperuntukkan RM1,000 di atas nama peserta untuk sumbangan wakaf atau endowment kepada institusi yang diiktiraf dan dipilih bagi setiap sijil takaful am individu.

“Ia sebagai platform untuk peserta membantu masyarakat melalui peruntukan wakaf atau endowment apabila peserta meninggal dunia akibat kemalangan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurutnya, IWE adalah suatu nilai tambah unik yang akan terus meningkatkan posisi jenama Takaful Ikhlas dan memberi lebih daripada perlindungan takaful.

“Dengan adanya wakaf atau endowment ini, ia menjadikan perlindungan yang ditawarkan Takaful Ikhlas lebih lengkap dan komprehensif , ” katanya .

Eddy berkata, antara produk individu takaful am yang menawarkan IWE adalah IKHLAS Takaful kenderaan, IKHLAS Takaful Kediaman atau IKHLAS Takaful Kemalangan Peribadi.

Katanya, pemegang polisi juga boleh menambah jumlah wakaf atau endowment dengan menyertai pelan perlindungan Kemalangan Peribadi yang memperuntukkan sehingga 30 peratus daripada manfaat kematian kepada institusi wakaf atau endowment terpilih.

Sementara itu, menyentuh mengenai aktiviti disediakan sepanjang MSAM 2019 beliau berkata, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik ditawarkan kepada pengunjung di ruang pameran Takaful Ikhlas.

“Pengunjung yang menyertai pelan perlindungan takaful keluarga pada MSAM 2019 layak menyertai Cabutan Rezeki Ikhlas dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu produk unit Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bernilai RM5,500, RM4,500 atau RM3,500.

“Pengunjung yang menyertai pelan perlinduperlindungan takaful am Takaful Ikhlas pula berpeluang memenangi hadiah utama iaitu perlindungan kemalangan peribadi Takaful Ikhlas dengan jumlah perlindungan RM500,000, RM300,000 atau RM200,000,” katanya.

Heading

Heading