TAKAFUL IKHLAS PERKENAL IWE SEBAGAI PLATFORM PESERTA BANTU MASYARAKAT

Heading

Heading

22 Apr 2019

New Sabah Times Bahasa (KK)

SUNGAI PETANI: Takaful IKHLAS memperkenalkan “IKHLAS Waqf & Endowment” (IWE) sebagai platform untuk peserta membantu masyarakat menerusi peruntukan wakaf atau endowmen setelah mereka meninggal dunia akibat kemalangan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Generai Berhad Eddy Azly Abidin berkata IWE mula diperkenalkan pada April lepas dan ia merupakan satu inisiatif kemasyarakatan yang menggalakkan sumbangan sosial berterusan daripada peserta kepada masyarakat.

Beliau berkata peserta yang menyertai atau memperbaharui pelan perlindungan individu produk takaful am seperti IKHLAS Takaful Kenderaan, IKHLAS Takaful Kediaman atau IKHLAS Takaf. Kemalangan peribadi akan menerima manfaat IWE secara percuma.

"Peserta yang meninggal dunia akibat kemalangan ini akan diperuntukkan RM1,000 oleh syarikat untuk sumbangan wakaf atau endowmen atas nama peserta terbabit bagi setiap sijil produk takaful am yang dikeluarkan oleh Takaful IKHLAS. Jika peserta tersebut menyertai tiga pelan takaful am, maka jumlah wang yang akan disalurkan adalah sebanyak RM3,000,"katanya.

Eddy Azly berkata demikian pada siding media bersempena pelancaran IWE pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2019 yang disempurnakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir di sini keimarin. –Bernama

Heading

Heading