TAKAFUL IKHLAS EDAR MANGKUK TINGKAT SEMPENA RAMADAN

Heading

Heading

21 May 2019

Kosmo

BERAMAL. Takaful Ikhlas mengagihkan juadah berbuka puasa yang diberikan dalam mangkuk tingkat kepada pegawai dan kakitangan Institut Jantung Negara (UN) serta pelajar dan guru Maahad NurTaqwa Lidirasah, Kedah baru-baru ini.

Program Mangkuk Tingkat Ikhlas yang diadakan dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia itu merupakan sebahagian daripada aktiviti tanggungjawab korporat Takaful Ikhlas di bawah jenama Ikhlas Untuk Komuniti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Bhd., Eddy Azly Abidin menyampaikan sejumlah 150 unit mangkuk tingkat berisi lauk pauk dan kuih muih kepada Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Datuk Seri Dr. Mohd Azhari Yakub untuk diedarkan kepada kakitangan manakala Maahad Nur Taqwa Lidirasah menerima 50 unit mangkuk tingkat.

Heading

Heading