Struktur Korporat Baru

Heading

Heading

Pelanggan yang dihargai,

Dengan sukacitanya kami mengumumkan struktur korporat baharu kami berkuatkuasa hari ini, 30 November 2018.

Takaful Ikhlas Berhad kini dikenali dengan nama baharu Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS Family) dan menguruskan perniagaan takaful keluarga. Perniagaan takaful amnya akan diuruskan oleh entiti baru, Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS General). Langkah ini dirangka untuk membawa  pendekatan yang lebih fokus dan terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada anda.

Para pelanggan yang dihargai, kami memberi jaminan bahawa semua terma dan syarat sijil dan faedah takaful anda dikekalkan. Bagi memudahkan urusan anda bersama kami, kesemua nombor telefon dan lokasi cawangan kami juga dikekalkan.

Dengan perkembangan ini, kami berharap dapat membawa jenama IKHLAS ke tahap yang lebih tinggi dengan sokongan berterusan daripada anda.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai struktur korporat baharu ini, anda boleh melayari laman web kami di www.takaful-ikhlas.com.my, atau menghantar emel kepada kami di ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my. Sebagai alternatif, sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan kami di 03-2723 9696 untuk maklumat lanjut.

Sila klik disini untuk melihat Soalan-Soalan Lazim (FAQ) / disini untuk iklan.

 

Terima kasih.

 

Pihak Pengurusan Takaful IKHLAS

Heading

Heading