24 HOURS BANTUAN IKHLAS

1-800-88-1186

General Line: 03 27239999
Fax: 03 27239998
IKHLAS Care: 03 27239696
Salam IKHLAS: 03 27239696
Email: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
 complaints@takaful-ikhlas.com.my

Produk Berinovatif & Perkhidmatan Berkualiti

Kami bertekad untuk menyediakan perlindungan Takaful Keluarga dan Takaful Am secara komprehensif. Kami memberikan penekanan utama terhadap inovasi produk yang menawarkan ciri-ciri kelainan bagi memastikan penerimaan pasaran.

Produk perlindungan Keluarga kami memberi tumpuan terhadap simpanan atau pelan berkaitan dengan pelaburan serta pelan perlindungan gadai janji. Perlindungan Am pula menawarkan pelan-pelan berinovatif untuk melindungi harta seperti kenderaan, bangunan dan aset-aset lain. Dalam tempoh jangka panjang, kami akan terus memperluaskan rangkaian produk kami bagi memenuhi keperluan dan keinginan para pelanggan yang sentiasa berubah.

Pelan-pelan ini diunderait bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pelanggan; dari golongan berpendapatan sederhana hinggalah golongan berpendapatan rendah yang meliputi pasaran luar bandar, sebagai memenuhi sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami.

Dalam pada itu, perkhidmatan kami disokong oleh teknologi canggih yang direka bagi memastikan maklumat yang tepat dan menepati masa. Ini akan membantu mempertingkatkan kecekapan dan tahap profesionalisme kami semasa berurusan dengan para pelanggan, di samping memberi nilai tambah dalam perkhidmatan kepada semua pihak yang berkepentingan.

Antara perkhidmatan sokongan yang disediakan oleh Takaful IKHLAS adalah:

  1. Sistem "Point of Sales" (I-POS)
    Sistem ini memberikan hubungan terus kepada sebut harga dan ilustrasi jualan, yang boleh ditukarkan menjadi polisi (sijil). Ia juga menyediakan Analisis Keperluan Kewangan, pengunderaitan dan kelulusan secara “online”.

     

  2. e-IKHLAS
    Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Syarikat untuk memperkenalkan saluran transaksi baru, Takaful IKHLAS telah memperkenalkan e-IKHLAS. Saluran ini bukan sahaja membantu pelanggan untuk membeli produk mereka secara “online”, tetapi juga untuk membolehkan ejen-ejen untuk mengeluarkan nota perlindungan dalam talian untuk Takaful bukan motor seperti kebakaran, perjalanan kemalangan peribadi, empunya rumah / isi rumah dan lain-lain.

     

  3. Sistem Anggaran Tuntutan Elektronik
    Sistem secara elektronik ini berupaya menghantar maklumat mengenai anggaran tuntutan di antara Takaful IKHLAS, pembaikpulih kenderaan dan penyelaras tuntutan luaran. Semua tuntutan pampasan akan diluluskan dalam tempoh 24 jam.

     

  4. BANTUAN IKHLAS, 24 Jam Bantuan Kerosakan Di Jalanraya
    Perkhidmatan ini menawarkan bantuan 24 jam, 365 hari setahun kepada para peserta sekiranya berlaku kemalangan atau kerosakan kenderaan. Sekiranya diminta, pusat panggilan akan menghantar kemudahan menunda, bagi membolehkan kenderaan anda dihantar ke panel bengkel kenderaan yang berhampiran.

     

  5. e-Nota Lindungan
    Perkhidmatan ini dihubungkan secara elektronik kepada Sistem Insurans JPJ. Ia memudahkan urusan memperbaharui dan mengeluarkan nota lindungan insurans dan cakera cukai jalan dengan menyediakan pusat perkhidmatan setempat. Ini merupakan sebahagian daripada hasrat kami dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan kepada para peserta kami.