2.1 | Kami akan berusaha membantu pelanggan mendapatkan produk yang betul yang memenuhi keperluan mereka. | - Kakitangan dan ejen yang berpengetahuan dan beretika serta bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
- Kakitangan dan pihak pengantara dilatih dengan baik mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
- Dalam usaha kami untuk memahami keperluan pelanggan, kakitangan jualan dan ejen kami komited untuk:
- Mendengar dengan penuh perhatian kepada pelanggan.
- Menyedari dan memahami keperluan dan pilihan pelanggan dengan baik.
- Meminta maklumat dan dokumen yang diperlukan bagi menasihati pelanggan dengan sewajarnya berpandukan Kod Amalan Industri Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
- Menawarkan pilihan produk dan perkhidmatan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan dan kemahuan pelanggan.
- Sebarang pilihan yang diberikan kepada pelanggan perlu diterangkan dan ianya perlulah menyeluruh, telus dan benar. Termasuklah dalam berkongsi/menggunakan maklumat pelanggan untuk tujuan pemasaran dan penyelidikan.
Nota: Pengendalian maklumat pelanggan dikawal selia oleh Dokumen Polisi Bank Negara Malaysia berkenaan Pengurusan Maklumat Pelanggan dan Pendedahan yang Dibenarkan dan pengendali insurans / takaful hendaklah beroperasi dengan sewajarnya. |