Pengenalan

Heading

Heading

  • Di Takaful IKHLAS, pelanggan adalah keutamaan dalam setiap perkara yang kami lakukan. Objektif kami adalah bagi menjadi penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan Islam pilihan. Kami dipandu oleh satu set prinsip bagi membangunkan perniagaan dan mencapai misi kami. Kami percayakan integriti yang membuatkan kami kekal beretika dan profesional dalam semua urus niaga kami demi manfaat masyarakat secara keseluruhan. Kami komited dalam menghasilkan produk yang bernilai tambah dan perkhidmatan berkualiti melalui kakitangan yang cekap, rangkaian pengagihan yang berkesan dan penggunaan teknologi yang efisien yang menyokong pengurusan perniagaan yang cemerlang, serta inovasi dalam persekitaran yang kreatif, dinamik dan agresif. Perolehan perniagaan dipacu oleh pemahaman yang jelas terhadap keperluan pasaran dan pertumbuhan yang teratur.

  • Nilai Teras (IQRA) kami merangkumi seluruh organisasi. Prinsip-prinsip ini memandu kami supaya berjaya dalam perniagaan, dan membantu kami dengan baik ke masa depan dari operasi perniagaan seharian kepada pembangunan produk dan perkhidmatan pelanggan.

  • Dasar Berkualiti kami adalah bagi mewujudkan Institusi Kewangan Islam yang dinamik dan progresif; dengan melibatkan semua kakitangan dalam mempertingkatkan semua aktiviti secara berterusan bagi memenuhi atau melampaui jangkaan para pelanggan.

  • Visi dan misi Syarikat telah dipertimbangkan dengan teliti. Budaya dan tingkah laku yang betul telah diterapkan ke semua warga kerja demi menyokong usaha syarikat dalam memacu pencapaian visi dan misi. Dengan kerjasama semua, kita akan dapat mencapai tujuan ini melalui amalan Nilai Teras (IQRA).

  • Kami menganggap tadbir urus Syariah sebagai keutamaan yang paling penting dan strategik. Kami telah melantik sepasukan ahli profesional yang berkelayakan bagi memastikan bimbingan dan nasihat yang diterima daripada Jawatankuasa Syariah dilaksanakan dengan telus dan jelas tujuannya. Struktur dan proses yang sesuai telah dilaksanakan bagi mengkaji tadbir urus keperluan Syariah secara berkala.

  • Kami juga percaya dengan pembangunan jalinan yang berterusan bersama para pelanggan. Oleh itu, kami berjanji untuk memberikan pengalaman yang sebaik mungkin kepada pelanggan dan juga masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat kami.

  • Kami komited di dalam usaha untuk memberikan kemudahan yang berterusan kepada pelanggan. Jadi, ambillah langkah pertama ke arah kebebasan kewangan bersama kami hari ini.

Heading

Heading