Piagam Lembaga

Heading

Heading

INFO KORPORAT

Piagam Lembaga ini (“Piagam”) diwujudkan supaya Pengarah lebih jelas tentang peranan Lembaga Pengarah (“Lembaga”), keperluan para Pengarah dalam melaksanakan peranan mereka dan menjalankan tugas mereka kepada Syarikat, dan amalan operasi Lembaga.

Dalam memenuhi tanggungjawab yang dinyatakan dalam Piagam ini, ahli Lembaga diharapkan untuk melaksanakan tugas dengan berintegriti, jujur dan profesional mengikut undang-undang dalam menunaikan kepentingan pemegang saham, pelanggan, pekerja, komuniti dan pihak berkepentingan lain.

Perlu diingat bahawa Piagam ini berfungsi sebagai rujukan kepada ahli Lembaga dalam melaksanakan tanggungjawab mereka. Peruntukan yang terkandung dalam Piagam ini tidak mengambil tempat atau menggantikan undang-undang Malaysia atau rangka kerja pengawalseliaan yang terpakai.

Piagam tersebut bunyinya seperti berikut: -

 

1.0 Pengenalan

Lembaga bertanggungjawab terhadap pengawasan dan pemantauan pengurusan perniagaan dan hal ehwal Syarikat. Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan nilai pihak berkepentingan.
 

2.0 Tanggungjawab Lembaga

Lembaga Pengarah bertanggungjawab memimpin dan mengawal Syarikat secara berkesan dan bertanggungjawab. Setiap Pengarah mempunyai kewajipan undang-undang untuk bertindak demi kepentingan terbaik Syarikat dan pihak berkepentingan. Tanggungjawab utama Lembaga Pengarah ialah:


2.1 Penetapan Strategi

Peranan utama Lembaga adalah untuk mengkaji semula dan meluluskan pelan strategik atau perniagaan, objektif kewangan, modal utama dan bajet operasi dan dasar perkara yang dicadangkan oleh Pasukan Pengurusan Kanan.

Lembaga akan memantau prestasi pengurusan dalam pelaksanaan strategi yang diguna pakai dan memberi arahan dan nasihat yang sesuai sekiranya perlu untuk memastikan objektif Syarikat tercapai.


2.2 Pengurusan Syarikat

Lembaga Pengarah mesti menyelia prestasi pengurusan, memastikan Syarikat dikendalikan dengan baik.


2.3 Pengurusan Risiko

Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan risiko utama dikenal pasti dan pelan tindakan mitigasi yang mencukupi disediakan. Kedua-duanya kemudiannya dilaporkan dan dibincangkan antara Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga dengan kerap.


2.4 Perancangan Penggantian

Lembaga Pengarah bertanggungjawab memastikan calon-calon bagi jawatan Presiden & CEO peranan utama lain adalah berkaliber tinggi.
Lembaga Pengarah hendaklah mempunyai strategi perancangan penggantian dalam menggantikan pengurusan kanan, jika perlu.


2.5 Integriti Kawalan Dalaman

Lembaga hendaklah mengkaji semula kelayakan dan integriti sistem kawalan dalaman Syarikat dengan kerap dan memastikan terdapat rangka kerja yang berkesan dan memuaskan bagi pelaporan kawalan kewangan dalaman dan pematuhan peraturan. Di samping itu, Lembaga diharapkan untuk mewujudkan dan memastikan keberkesanan fungsi Jawatankuasa Audit dan Jabatan Audit Dalaman.
 

3.0 Perkara Terpelihara bagi Lembaga

Perkara-perkara dengan kepentingan strategik kepada Syarikat, yang dibincangkan dan dipertimbangkan di peringkat Lembaga, termasuklah perkara-perkara berikut:

3.1 Strategi perniagaan dan operasi;

3.2 Pengambilalihan dan pelupusan aset;

3.3 Rancangan baharu atau perubahan pada rancangan Perniagaan semasa;

3.4 Transaksi pihak berkaitan yang bersifat material;

3.5 Tahap kuasa untuk fungsi teras Syarikat, termasuklah: -

Urusan perbankan yang merangkumi pembukaan akaun bank, had kuasa kewangan dan pelantikan penandatangan cek;
Garis Panduan pelaburan; dan
Garis Panduan pengunderaitan.

 
3.6 Dasar korporat berkenaan pelaburan (termasuk penggunaan derivatif) dan pengurusan risiko;

3.7 Penyumberan luar fungsi perniagaan teras;

3.8 Pelantikan penasihat bebas profesional seperti bank saudagar, peguam cara, akauntan pelapor, juruaudit, penasihat cukai, aktuari dan lain-lain;

3.9 Bonus kakitangan dan kenaikan tahunan;

3.10 Skim Perkhidmatan dan Perjanjian Kolektif;

3.11 Bajet Tahunan; dan

3.12 Pengecapan Meterai Umum dan Meterai Saham Syarikat.
 

4.0 Komposisi
4.1 Komposisi Lembaga

  • Lembaga hendaklah terdiri daripada bilangan Pengarah yang akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Pengarah, mengikut Artikel Persatuan Syarikat dan undang-undang yang terpakai.
  • Artikel Persatuan Pertubuhan Syarikat memperuntukkan bahawa sehingga ditentukan oleh mesyuarat umum, jumlah Pengarah hendaklah tidak kurang daripada lima (5) atau lebih daripada sepuluh (10).

4.2 Pengarah Bebas

  • Lembaga mesti mempunyai majoriti pengarah bebas sepanjang masa.
  • Kebebasan Pengarah dinilai oleh Jawatankuasa Pencalonan/Lembaga mengikut keperluan Bank Negara Malaysia (“BNM”) dan Dasar Syarikat berkenaan Pengarah Bebas.
  • Sebagai prinsip am, tempoh Pengarah Bebas hendaklah sehingga maksimum sembilan (9) tahun (tidak termasuk tahun pelantikan) kecuali bawah keadaan luar biasa seperti yang diluluskan oleh BNM.

Menurut Dokumen Dasar BNM berkenaan Tadbir Urus Korporat, sesuatu institusi kewangan mesti mendapatkan kelulusan BNM terlebih dahulu sebelum penyingkiran atau peletakan jawatan seseorang pengarah bebas berkuatkuasa.

 

5.0 Pelantikan Pengarah

5.1 Jawatankuasa Pencalonan bertanggungjawab mencadangkan calon untuk dilantik dalam Lembaga Pengarah.

5.2 Dalam menjalankan penilaian, Jawatankuasa Pencalonan hendaklah memberi pertimbangan terhadap kemahiran, perspektif dan pengalaman yang boleh dibawa oleh calon ke dalam bilik lembaga.

5.3 Jawatankuasa Pencalonan juga mesti melaksanakan penilaian yang teliti dan menyeluruh (spt. latar belakang, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman) calon mengikut Dasar dan Prosedur Sesuai dan Wajar Syarikat (Fit & Proper Policy).

Dasar Sesuai & Wajar menggariskan kriteria berikut untuk menilai kesesuaian calon bagi pelantikan: -

  • Kejujuran yang tidak diragui, integriti dan reputasi peribadi, iaitu calon mesti mempunyai kualiti peribadi seperti kejujuran, integriti, ketekunan, kebebasan fikiran, keadilan dan kelakuan beretika.
  • Kecekapan dan keupayaan, iaitu calon mesti mempunyai kemahiran, pengalaman, keupayaan dan komitmen untuk melaksanakan peranan.
  • Integriti kewangan, iaitu calon mesti mempunyai kekukuhan kewangan dan mampu menguruskan hutangnya atau urusan kewangan secara berhemat.

5.4 Setelah dilantik, Pengarah akan menerima Surat Pelantikan beserta dengan dokumen yang relevan. Satu orientasi dalaman juga akan dianjurkan oleh Pengurusan yang dimulakan oleh Setiausaha Syarikat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh pelantikan.

5.5 Sebagai Pengarah institusi kewangan, Pengarah dikehendaki menghadiri program Pendidikan Pengarah Institusi Kewangan (“FIDE”) dan menghabiskannya dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh pelantikan. Sekiranya Pengarah itu telah menghabiskan program ini di institusi kewangan yang lain sebelum ini, Pengarah itu hendaklah menyediakan satu salinan sijil FIDE kepada Setiausaha Syarikat.

5.6 Seseorang Pengarah baharu dikehendaki meluangkan masa yang mencukupi untuk mengurus mesyuarat/urusan Syarikat sebelum menerima pelantikan sebagai Lembaga Pengarah.

5.7 Bagi memastikan Pengarah itu idak mempunyai komitmen masa yang bertindan yang boleh menjejaskan keupayaan Pengarah untuk menunaikan kewajipannya dengan berkesan, Pengarah hendaklah memberitahu Pengerusi sebelum menerima apa-apa Jawatan Pengarah baharu dan menyatakan tempoh masa yang dijangka diluangkan bagi pelantikan baharu.

 

6.0 Pemilihan Semula, Persaraan dan Peletakan Jawatan Pengarah

6.1 Menurut Artikel Persatuan Syarikat, sekurang-kurangnya satu pertiga daripada semua Pengarah perlu bersara mengikut giliran setiap tahun dan layak dilantik semula dalam mesyuarat agung tahunan.

6.2 Pengarah yang bakal bersara setiap tahun hendaklah mereka yang paling lama berkhidmat sejak pelantikan atau pilihan raya lepas tetapi antara mereka yang menjadi pengarah pada hari yang sama, orang yang bersara hendaklah (kecuali mereka bersetuju dalam kalangan mereka) ditentukan oleh lot.
 

7.0 Penilaian Keberkesanan Lembaga

7.1 Penilaian tahunan berkenaan keberkesanan Lembaga dan ahli Lembaga Pengarah masing-masing diwujudkan dan ditubuhkan dengan matlamat untuk menilai keberkesanan Lembaga dan pengarah perseorangan. hal ini bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan Lembaga serta menarik perhatian Lembaga pada bidang utama yang perlu ditangani atau diperbaik.
7.2 Penilaian adalah berdasarkan gabungan penilaian diri dan rakan sebaya yang dilakukan melalui soal selidik yang disesuaikan. Laporan ringkas mengenai keputusan tersebut akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pencalonan dan Lembaga untuk membolehkan mereka mengenal pasti bidang penambahbaikan dan melaksanakan langkah yang sesuai.

 

8.0 Tanggungjawab Pengarah

Pengarah bertanggungjawab untuk:-
8.1 Mengekalkan kerahsiaan dalam pertimbangan Lembaga dan semua maklumat sulit yang diterima melainkan pendedahan telah diberi kuasa oleh Lembaga atau dikehendaki oleh undang-undang.

8.2 Melaksanakan penghakiman bebas apabila membuat keputusan dan bertindak secara tegas demi kepentingan Syarikat dan pemegang saham secara amnya dan bukan demi kepentingan mana-mana satu pemegang saham atau sekumpulan pemegang saham.

8.3 Dapatkan nasihat bebas profesional dengan perbelanjaan Syarikat, apabila diperlukan. Pengarah mesti memastikan bahawa kos adalah munasabah dan mesti berbincang dengan Pengerusi sebelum nasihat diperoleh.

8.4 Mendedahkan secara bertulis kepada Lembaga tentang apa-apa konflik kepentingan atau kewajipan yang sebenar atau mungkin yang munasabah, dianggap wujud sebaik sahaja keadaan timbul, dan selainnya mengambil tindakan yang perlu dan munasabah untuk menyelesaikan atau mengelakkan sebarang konflik kepentingan atau kewajipan yang sebenar atau mungkin.

8.5 Berterusan mendidik diri untuk mengekalkan kedalaman dan keluasan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

8.6 Memastikan piawaian tadbir urus korporat yang tinggi diguna pakai.

 

9.0 Tanggungjawab Pengarah

9.1 Pengerusi, yang akan menjadi Pengarah Bukan Eksekutif, menjalankan peranan kepimpinan mengikut tatatertib Lembaga dan kaitannya dengan pemegang saham dan orang berkepentingan yang lain.

9.2 Beliau mengekalkan hubungan profesional yang rapat dengan Presiden & CEO dan pasukan pengurusannya.

9.3 Beliau mempengerusikan mesyuarat Lembaga, serta mesyuarat umum pemegang saham, dan melibatkan dirinya dengan ketertiban dan keberkesanan Lembaga dan proses yang baik.

9.4 Pengerusi bertindak sebagai pemudah cara dalam mesyuarat Lembaga dan memastikan bahawa tiada ahli Lembaga, sama ada eksekutif atau bukan eksekutif, menguasai perbincangan.

9.5 Pengerusi juga hendaklah menggalakkan semua Pengarah mengambil bahagian dalam hal ehwal Lembaga dan diberi peluang yang mencukupi untuk menyatakan pendapat mereka.

9.6 Peranan utama Pengerusi adalah: -

  • Memastikan wujudnya lembaga yang seimbang, yang terdiri daripada Pengarah Eksekutif, Bukan Eksekutif dan Bebas;
  • Memastikan penyertaan penuh Pengarah Eksekutif, Bukan Eksekutif dan Bebas dalam proses dan aktiviti membuat keputusan Lembaga;
  • Memudah cara sumbangan yang berkesan oleh Pengarah Bukan Eksekutif dan Bebas dan membina ikatan dan amanah yang kukuh antara mereka dan Pengarah Eksekutif;
  • Memastikan bahawa seluruh Lembaga memainkan peranan yang sepenuhnya dan membina dalam membangunkan dan menentukan strategi Syarikat dan objektif perniagaan dan komersil secara keseluruhan;
  • Secara amnya mengetuai Lembaga dan khususnya semasa mesyuarat Lembaga dan mesyuarat agung dengan berkesan;
  • Menetapkan agenda untuk dibentangkan dalam perbincangan, berunding dengan Presiden & CEO dan Setiausaha Syarikat, dengan mengambil kira isu-isu penting yang dihadapi oleh Syarikat dengan menekankan strategi, bukan isu rutin; dan
  • Memastikan komunikasi yang berkesan antara Syarikat dan pemegang saham, pengurusan dan pihak berkepentingan yang lain.

 

10.0 Tanggungjawab Presiden & CEO

10.1 Peranan Presiden & CEO penting untuk prestasi Syarikat. Dia dikehendaki menyediakan kepimpinan, visi strategik, penghakiman dan kebijaksanaan perniagaan peringkat tinggi, dan keupayaan menepati sasaran pencapaian segera tanpa mengabaikan peluang pertumbuhan jangka panjang untuk Syarikat.

10.2 Presiden & KeCEOc hendaklah tempat kediaman utamanya atau satu-satunya di Malaysia dan menumpukan keseluruhan masa profesionalnya untuk berkhidmat pada Syarikat.

10.3 Peranan utama Presiden & CEO, antara lain, termasuklah: -

  • Membangunkan hala tuju strategik Syarikat;
  • Memastikan strategi dan dasar korporat Syarikat dilaksanakan dengan berkesan;
  • Memastikan bahawa keputusan Lembaga dilaksanakan dan arahan Lembaga diberi maklum balas;
  • Memberi arahan dalam pelaksanaan pelan perniagaan jangka pendek dan panjang;
  • Memberi kepimpinan yang kukuh; spt. menyampaikan visi, falsafah pengurusan dan strategi perniagaan kepada pekerja dengan berkesan;
  • Memastikan Lembaga dimaklumkan sepenuhnya berkenaan semua aspek penting dalam operasi Syarikat dan memastikan maklumat yang mencukupi diagihkan kepada ahli Lembaga; dan
  • Memastikan hal ehwal perniagaan harian Syarikat dikendalikan dengan berkesan.

 

11.0 Pengarah Eksekutif

Tidak boleh melebihi satu (1) Pengarah Eksekutif dalam Lembaga kecuali diluluskan oleh BNM secara bertulis.
 

12.0 Etika

12.1 Ahli Lembaga Pengarah hendaklah menjalankan tanggungjawab secara objektif, jujur ​​dan dengan niat baik, dan bertindak demi kepentingan yang terbaik buat Syarikat.

12.2 Pengarah Syarikat diharapkan menjaga kelakuan mengikut standard integriti peribadi dan profesional yang tertinggi.

12.3 Pengarah juga diharapkan untuk menetapkan piawaian kod etika keseluruhan Syarikat dan memastikan tingkah laku etika dan pematuhan undang-undang dan peraturan ditepati.

12.4 Pengarah diharapkan untuk mematuhi Dasar Konflik Kepentingan dan mesti memastikan Lembaga duberi nasihat, secara berterusan, berkenaan sebarang kepentingan ada potensi bertentangan dengan Syarikat.

12.5 Pengarah diharapkan bertindak mengikut undang-undang, Srtikel persatuan Syarikat dan Kod Kelakuan dan Etika Syarikat yang terpakai.

 

13.0 Struktur dan Prosedur Lembaga

13.1 Peranan Lembaga

Peranan Lembaga hendaklah, antara lain, seperti berikut: -

  • Membincangkan matlamat dan hala tuju strategik Syarikat dan memantau pelaksanaan matlamat dan strategi tersebut;
  • Memantau prestasi kewangan Syarikat termasuklah mengguna pakai bajet tahunan dan meluluskan penyata kewangan Syarikat;
  • Meluluskan dan memantau kemajuan perbelanjaan modal, pengambilalihan pengurusan modal dan divestitur;
  • Melantik Pengarah baharu dalam Lembaga mengikut Akta dan Artikel Persatuan yang berkenaan;
  • Memulakan dan mengguna pakai, komitmen, tindakan dan rancangan Perniagaan;
  • Memulakan dan mengguna pakai perubahan dalam prinsip dan amalan perakaunan;
  • Memberi nasihat dan syor kepada Presiden & CEO;
  • Mengarah dan mengkaji semula tindakan mana-mana Jawatankuasa Lembaga dan Presiden & CEO;
  • Memberi cadangan kepada pemegang saham;
  • Memerlukan kehadiran Juruaudit Syarikat, sama ada dengan kehadiran pengurusan atau tidak;
  • Bertindak bagi semua perkara korporat yang tidak memerlukan kelulusan pemegang saham; dan
  • Menentukan dasar dividen dan mengisytiharkan dividen kepada pemegang saham.

 

14.0 Jawatankuasa Lembaga

14.1 Lembaga boleh menugaskan perkara kepada jawatankuasa Lembaga untuk menyelia dan menangani perkara yang memerlukan kajian semula terperinci atau pertimbangan yang mendalam.

14.2 Jawatankuasa yang ditubuhkan dan perihal fungsi adalah seperti berikut: -

  • Jawatankuasa Audit

Objektif utama Jawatankuasa Audit adalah memperuntukkan jaminan tambahan kepada Lembaga dengan melaksanakan kajian semula kewangan, operasi serta kawalan dan prosedur pentadbiran secara objektif dan bebas. Jawatankuasa Audit membantu Lembaga dalam menubuhkankan dan mengekalkan kawalan dalaman untuk bidang risiko serta melindungi aset.

Jawatankuasa Audit melaporkan kepada Lembaga setiap suku kewangan berkenaan kerja yang dijalankan, pertimbangan utama dan keputusan yang diambil atas perkara yang ditugaskan.

  • Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga (RMCB)

Objektif utama RMCB adalah menyelia pengurusan risiko utama dalam Syarikat dan memastikan proses pengurusan risiko dilaksanakan dan berfungsi dengan berkesan.

Laporan RMCB kepada Lembaga setiap suku kewangan berkenaan kerja yang dijalankan, perbincangan utama dan keputusan yang diambil atas perkara yang ditugaskan.

  • Jawatankuasa Pencalonan 

Objektif utama Jawatankuasa Pencalonan adalah menyokong dan menasihati Lembaga dalam memenuhi tanggungjawab mereka bagi memastikan Lembaga dan pengurusan utama Syarikat terdiri daripada individu dengan pelbagai kelayakan, kemahiran dan pengalaman yang sesuai. Jawatankuasa Pencalonan melaporkan kepada Lembaga selepas setiap mesyuarat berkenaan kerja yang dijalankan, perbincangan utama dan keputusan yang diambil atas perkara yang ditugaskan.

  • Jawatankuasa Imbuhan 

Untuk menyokong Lembaga menyelia kerangka dan operasi sistem imbuhan Syarikat secara aktif.
Jawatankuasa Imbuhan melaporkan kepada Lembaga selepas setiap mesyuarat berkenaan kerja yang dijalankan, perbincangan utama dan keputusan yang diambil atas perkara yang ditugaskan.

  • Jawatankuasa Pelaburan 

Objektif utama Jawatankuasa Pelaburan adalah membantu dan memberi nasihat kepada Lembaga dalam merumuskan matlamat dan sasaran pelaburan, peruntukan aset dan menetapkan garis panduan pelaburan untuk sekuriti, instrumen pasaran wang dan kelas aset lain sekiranya perlu.
Jawatankuasa Pelaburan melaporkan kepada Lembaga setiap suku kewangan berkenaan kerja yang dijalankan, perbincangan utama dan keputusan yang diambil atas perkara yang ditugaskan.


14.3 Dari semasa ke semasa, Lembaga boleh mewujudkan jawatankuasa ad hoc untuk memeriksa isu-isu tertentu bagi pihak Lembaga.

14.4 Kewujudan Jawatankuasa Lembaga tidak mengurangkan tanggungjawab utama Lembaga terhadap fungsi dan tugas Jawatankuasa Lembaga.
 

 

15.0 Mesyuarat Lembaga


15.1 Lembaga hendaklah bermesyuarat mengikut jadual yang ditetapkan setiap tahun oleh Lembaga, dan pada masa-masa lain yang ditentukan oleh Lembaga.

15.2 Seseorang Pengarah mesti menghadiri sekurang-kurangnya 75% mesyuarat Lembaga yang diadakan pada tahun kewangan dan tidak boleh melantik orang lain untuk menghadiri atau mengambil bahagian dalam mesyuarat Lembaga bagi pihaknya.

15.3 Ahli Lembaga boleh mencadangkan item agenda melalui komunikasi dengan Setiausaha Syarikat.

15.4 Mengikut budi bicara Lembaga, ahli pengurusan dan orang lain boleh menghadiri mesyuarat Lembaga.

15.5 Pengarah diharapkan bersedia sepenuhnya bagi setiap mesyuarat Lembaga, yang memerlukan mereka, sekurang-kurangnya, membaca bahan yang disediakan kepada mereka sebelum mesyuarat.

15.6 Dalam mesyuarat Lembaga, setiap Pengarah diharapkan mengambil peranan aktif dalam perbincangan dan membuat keputusan. Untuk memudahkan hal ini, Pengerusi bertanggungjawab memupuk suasana yang kondusif bagi menggalakkan perbincangan dan perdebatan terbuka.

15.7 Pelantikan atau penyingkiran Setiausaha Syarikat bagi Lembaga hendaklah menjadi hak mutlak Lembaga.

15.8 Kuorum hendaklah terdiri daripada separuh daripada ahli Lembaga yang hadir secara fizikal atau melalui persidangan video atau kemudahan telekomunikasi.
 

16.0. Akses

Lembaga Pengarah hendaklah mempunyai akses tidak terhad kepada pihak pengurusan dan maklumat yang berkaitan dengan Syarikat, termasuk daripada juruaudit dan perunding Syarikat.
 

17.0 Nasihat Profesional Bebas

17.1 Lembaga secara kolektif dan setiap Pengarah secara perseorangan boleh menggunakan, dengan perbelanjaan Syarikat, nasihat profesional bebas yang dianggap perlu untuk memenuhi tugas dan tanggungjawabnya yang berkaitan.

17.2 Ahli Lembaga perseorangan yang meminta nasihat sedemikian hendaklah mendapatkan kelulusan Pengerusi (yang mungkin tidak ditahan dengan tidak munasabah) dan nasihat itu akan disediakan kepada semua ahli Lembaga seperti yang sewajarnya.

 

18.0. Imbuhan

18.1 Imbuhan Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif kedua-duanya dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Imbuhan dan dicadangkan kepada Lembaga bagi kelulusan.

18.2 Pengarah Bukan Eksekutif akan dibayar fi asas sebagai imbuhan biasa dan mereka juga akan dibayar sejumlah wang berdasarkan tanggungjawab mereka dalam jawatankuasa Lembaga dan atas kehadiran dalam mesyuarat. Fi yang tertakluk pada kelulusan pemegang saham hendaklah ditetapkan secara sekaligus dan bukan mengikut komisen atau peratusan keuntungan/perolehan.
 

19.0 Indemnifikasi serta Insuran Pengarah dan Pegawai

Semasa menjalankan tugas Pengarah, Pengarah mungkin terdedah pada perbuatan salah tertentu seperti membuat kesilapan, salah nyata, pernyataan yang mengelirukan, peninggalan, pengabaian atau pelanggaran tugas yang dilakukan atau dicuba atau didakwa dibuat. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Syarikat akan memperuntukkan ahli Lembaga dan akan membayar premium untuk indemniti dan perlindungan insurans sedemikian semasa bertindak dalam kapasiti mereka sebagai Pengarah: dengan syarat bahawa perbuatan yang salah itu berlaku dengan niat yang baik dan bukan akibat ketidakjujuran, penipuan, perdagangan orang dalam dan tingkah laku yang berniat jahat. Perlindungan insurans tidak akan membayar denda, penalti dan/atau liabiliti yang timbul daripada pelanggaran kontrak yang disengajakan.
 

20.0 Kajian Piagam Lembaga

Piagam Lembaga hendaklah dikaji semula secara berkala.
Sebarang kemas kini pada prinsip dan amalan yang dinyatakan dalam Piagam Lembaga ini akan disediakan dalam laman web korporat.

 

 

Bertarikh: June 13, 2017

 

 

KOD ETIKA PENGARAH

Ahli Lembaga dikehendaki mematuhi Kod Etika Pengarah seperti berikut:

  1. Pematuhan pada Kod Etika dan Piagam Lembaga ini sepanjang masa.
  2. Mengamati standard tadbir urus korporat yang tinggi sepanjang masa.
  3. Mematuhi prinsip integriti, objektif, akauntabiliti, keterbukaan, kejujuran dan kepimpinan.
  4. Bertindak dengan niat yang baik dan demi kepentingan Syarikat.
  5. Tidak menyalahgunakan maklumat yang diperoleh semasa menjalankan tugas untuk keuntungan peribadi atau tujuan politik, atau berusaha menggunakan peluang perkhidmatan ini sebagai Pengarah untuk mempromosikan kepentingan peribadi mereka atau orang-orang yang berkaitan, firma, perniagaan atau organisasi lain.
  6. Mendokong akauntabiliti sepanjang masa. Ini termasuklah memastikan sumber Syarikat dilindungi dengan sebaiknya dan Syarikat melaksanakan operasinya secara ekonomi, cekap dan berkesan sepanjang masa.
  7. Perisytiharan kepentingan peribadi, profesional atau perniagaan yang mungkin bertentangan dengan tanggungjawab Pengarah. Garis panduan tentang perisytiharan dan pendaftaran kepentingan disediakan di dalam bahagian yang bertajuk “Pengisytiharan Kepentingan” di bawah.
  8. Ikuti garis panduan penerimaan hadiah dan keraian seperti yang dinyatakan di dalam bahagian yang bertajuk “Garis Panduan Penerimaan Hadiah” di bawah.

 

Perisytiharan Kepentingan

Tertakluk pada keperluan mana-mana Akta, kaedah atau peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa dan sebagai tambahan pada keperluan mandatori sedemikian, ahli Lembaga dikehendaki memaklumkan perubahan Setiausaha Syarikat dalam perkara berikut:

  1. Pemegangan saham di dalam Syarikat dan syarikat berkaitan, sama ada secara langsung atau tidak langsung; dan
  2. Jawatan Pengarah atau kepentingan dalam mana-mana syarikat lain.

Di samping itu, ahli Lembaga yang mempunyai kepentingan material, sama ada secara langsung atau melalui pasangan, suami atau saudara terdekat, dalam perkara yang dipertimbangkan oleh, atau mungkin dipertimbangkan oleh Lembaga harus mengisytiharkan kepentingan itu.

Pengisytiharan sedemikian harus menerangkan kepentingan dengan jelas dan menyatakan sama ada hal ini membawa manfaat kewangan secara langsung atau tidak.

 

Kepentingan berkaitan dalam konteks ini adalah seperti berikut: -

  1. Ketua Pengarah Eksekutif dan Bukan Eksekutif, pemegangan saham yang penting dalam, atau pekerjaan oleh, syarikat awam atau swasta yang berkemungkinan atau mungkin berusaha untuk menjalankan perniagaan dengan Syarikat.
  2. Pemilikan atau pemilikan sebahagian, atau pekerjaan oleh, perniagaan atau perundingan yang berkemungkinan atau mungkin berusaha untuk melakukan perniagaan dengan Syarikat.

 

Daftar Pihak Berkaitan

Kod ini memerlukan Daftar Pihak Berkaitan ditubuhkan secara formal. Daftar itu hendaklah merangkumi butir-butir berkenaan semua Pengarah dan kepentingan lain yang berkaitan, diisytiharkan oleh Ahli Lembaga dan kakitangan pengurusan utama Syarikat.

Daftar ini hendaklah dikemas kini oleh Setiausaha Syarikat.

 

Kelakuan dalam Mesyuarat

Mana-mana Ahli Lembaga yang mempunyai kepentingan dalam sesuatu perkara yang dipertimbangkan oleh Lembaga hendaklah mengisytiharkan kepentingan sedemikian dalam mana-mana mesyuarat apabila perkara itu sedang dibincangkan, sama ada atau tidak kepentingan itu telah direkodkan dalam daftar atau tidak. Ahli Lembaga Pengarah yang berkenaan harus menarik diri daripada mesyuarat semasa perbincangan atau keputusan yang berkaitan diadakan.
 

Keahlian Jawatankuasa

Ahli Lembaga tidak boleh menerima jawatan dalam jawatankuasa Lembaga atau kumpulan kerja apabila konflik kepentingan berkemungkinan timbul, tanpa terlebih dahulu mengisytiharkan kepentingan tersebut.

 

Garis Panduan Penerimaan Hadiah

Berikut merupakan garis panduan berkenaan penerimaan hadiah:

  1. Kelakuan individu tidak boleh mendatangkan kecurigaan berkenaan apa-apa konflik antara kedudukan mereka sebagai ahli Lembaga dan apa-apa kepentingan peribadi;
  2. Ahli-ahli Lembaga yang bertindak sedemikian tidak boleh memberi tanggapan bahawa mereka telah dipengaruhi oleh manfaat untuk menyelebelahi atau tidak menyelebelahi mana-mana orang atau organisasi yang mempunyai urusan dengan Syarikat;
  3. Ahli Lembaga tidak boleh menerima apa-apa manfaat sebagai dorongan atau ganjaran untuk mengambil apa-apa tindakan (atau tidak mengambil apa-apa tindakan secara khusus) dalam kapasiti rasmi mereka sebagai Ahli Lembaga; dan
  4. Hadiah selain daripada nilai token secara amnya hendaklah ditolak

 

 

Bertarikh: June 13, 2017

 

Heading

Heading