Mengenai Kami

Heading

Heading

Takaful IKHLAS mula mengukir nama didalam industri Takaful pada 18 September 2002 melalui Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. dan kemudian statusnya ditukar kepada Berhad pada 5 Mei 2014. Takaful IKHLAS terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan  prinsip dan hukum Syariah.

Pada 30 November 2018, Takaful Ikhlas Berhad telah mengumumkan penukaran lesen takaful kompositnya kepada dua entiti untuk menguruskan perniagaan takaful keluarga dan am secara berasingan. Penukaran ini adalah selaras dengan keperluan perundangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam, 2013 (IFSA).

Takaful Ikhlas Berhad dikenali dengan nama baharu Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS Family) yang  menguruskan perniagaan takaful keluarga. Perniagaan takaful amnya akan  diuruskan oleh entiti baru, Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS General).

Takaful IKHLAS menyediakan produk keluarga dan takaful am yang komprehensif. Saluran pengedarannya terdiri daripada ejen yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dan terlatih, broker, institusi kewangan, pemegang francais motor dan koperasi.

Takaful IKHLAS mempunyai 13 pejabat cawangan dan kini mempunyai hampir 2 juta pemegang sijil (polisi) berdaftar dan juga lebih 5,000 orang ejen.

Takaful IKHLAS Family dan Takaful IKHLAS General merupakan anak-anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad.

 

Heading

Heading