Lembaga Pengarah

Heading

Heading

Takaful Ikhlas Family Berhad
Takaful Ikhlas General Berhad

Datuk Johar Che Mat

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah

Datuk Johar Che Mat

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah

DATUK JOHAR CHE MAT, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif sejak 3 Januari 2019 dan telah ditetapkan semula sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah berkuatkuasa 1 Julai 2019. Beliau merupakan ahli Jawantankuasa Audit, Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Pencalonan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Beliau mempunyai pengalaman selama tiga puluh empat tahun (34) tahun dalam industri perbankan. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1975 sebagai Pegawai di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1976, beliau menyertai Malayan Banking Berhad (Maybank) dan telah berkhidmat dalam pelbagai bahagian termasuk jawatan-jawatan utama sebagai Pengurus/Pengurus Kanan merangkumi transaksi perbankan (operasi), kewangan runcit, pemasaran runcit dan perbankan swasta. Bermula dari tahun 1993 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Pengurus Serantau bagi cawangan Maybank di Selangor dan Negeri Sembilan. Pada tahun 1996, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Perbankan Komersial dan kemudiannya berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kanan, Perbankan Korporat dan Bahagian Perbankan Perusahaan pada tahun 2000. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif Kanan, Perkhidmatan Kewangan Runcit dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Maybank dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. Pada tahun 2012, beliau diberi jawatan sebagai wakil Lembaga Pengarah bagi Amanah Raya Berhad. Beliau juga merupakan Pengarah di MBSB Bank Berhad, Dagang NeXchange Berhad, Ping Petroleum Ltd dan Motordata Research Consortium Sdn. Bhd. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah di Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS General) pada 30 November 2018 dan kemudiannya telah ditetapkan semula sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah di Takaful IKHLAS General berkuatkuasa 1 Julai 2019 lanjutan dari pelantikan beliau sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif di MNRB Holdings Berhad pada tarikh yang sama. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/ Pengarah di Malaysian Reinsurance (Dubai) Ltd berkuatkuasa 5 Januari 2020.

Zaharudin Daud

Pengarah Bukan Bebas Eksekutif

Zaharudin Daud

Pengarah Bukan Bebas Eksekutif

ZAHARUDIN DAUD, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengarah Bukan Bebas Eksekutif sejak 23 November 2020. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Pencalonan. Beliau juga merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad (“MNRB”). Beliau memperoleh Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan dari Institut Teknologi Mara dan juga Institut Insurans Berkanun Bersekutu (ACII) sejak tahun 1992. Beliau memulakan kerjayanya di syarikat Broker Insurans dan mempunyai pengalaman di dalam pelbagai bidang termasuk Jualan dan Pemasaran, Operasi, Pengunderaitan Runcit dan Rekaan Produk selama tiga puluh (30) tahun di dalam dunia perniagaan Insurans Am. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) sehingga 2018, dan pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah ISM Insurance Services Malaysia Berhad sehingga Ogos 2020. Pada awal tahun 2010, beliau telah ditugaskan ke Singapura sebagai Pegawai Utama di Etiqa Singapura sebelum kembali ke Malaysia dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Insurans Berhad pada September 2014. Sebelum menyertai Kumpulan MNRB, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful Am Berhad daripada Januari 2018 sehingga Ogos 2020. Beliau juga telah dilantik menjadi Pengarah Malaysian Reinsurance Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad berkuatkuasa 23 November 2020. Juga merupakan Pengarah di syarikat bersekutu, Motordata Research Consortium Sdn. Bhd. Pada 21 Januari 2021, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Malaysian Re (Dubai) Ltd.

George Oommen

George Oommen

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

George Oommen

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

GEORGE OOMMEN, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 Mei 2018. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah serta ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Imbuhan. Beliau adalah Akauntan Bertauliah dengan Institut Akauntan Malaysia. Beliau juga merupakan Akauntan yang disahkan oleh Persatuan Akauntan Bertauliah United Kingdom dan Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman selama tiga puluh enam (36) tahun dalam industri insurans. Beliau memulakan karier pada tahun 1981 apabila menyertai American International Assurance Company Ltd sebagai Akauntan. Pada tahun 1999, beliau menyertai AIG Lippo Life Insurance Company, Indonesia sebagai Naib Presiden-Pengarah. Beliau kemudian menyertai Tata AIG Life Insurance Company, India, pada tahun 2001, sebagai Pengarah Urusan. Menyertai ACE INA Holdings Inc, India sebagai Ketua Negara / Ketua Pegawai Eksekutif pada tahun 2001. Pada tahun 2003, beliau menyertai ACE Life, Kaherah, Mesir sebagai Pengerusi / Pengarah Urusan. Pada tahun 2005, beliau menyertai Pejabat Perwakilan ACE India, India sebagai Ketua Negara / Ketua Pegawai Eksekutif. Pada tahun 2006, beliau menyertai Signtech International Sdn Bhd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau kemudiannya menyertai Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC), United Arab Emirates (UAE) pada tahun 2007 di mana beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif, Pembangunan Perniagaan. Pada tahun 2010, beliau menyertai Assicurazioni Generali S.p.A MENA Dubai, UAE sebagai Ketua Pegawai Eksekutif & Ketua Perwakilan. Beliau juga merupakan Pengarah MNRB Holdings Berhad dan Malaysian Re (Dubai) Ltd. Pada 7 Januari 2019, beliau dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah di Malaysian Reinsurance Berhad.

Woon Tai Hai

Pengarah Bebas Bukan Esekutif

Woon Tai Hai

Pengarah Bebas Bukan Esekutif

WOON TAI HAI, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 September 2019. Beliau merupakan Pengerusi Jawantankuasa Pelaburan dan Ahli Jawantankuasa Audit serta ahli Jawantankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Pascasiswazah Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Teknologi Sydney, Australia dan Sarjana Muda Sains dari Universiti New South Wales, Australia. Beliau mempunyai lebih daripada tiga puluh lima (35) tahun pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan Pengurusan Risiko. Setelah menamatkan pengajian, beliau menghabiskan sebelas (11) tahun bekerja di Industri Perkhidmatan Kewangan di Australia termasuk Lloyd's Bank NZA dan Commonwealth Bank of Australia sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 1993. Beliau kemudiannya berkhidmat selama empat (4) tahun di sebuah syarikat Penyedia dan Penyelesaian Sistem yang besar yang memberi tumpuan kepada sektor Perbankan dan Kewangan Malaysia. Pada tahun 1998, beliau menyertai KPMG Malaysia sebagai Pengarah dan telah memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Penerangan dan Ketua Pegawai Pengetahuan sebelum beliau bersara pada tahun 2013. Sepanjang 16 tahun berkhidmat dengan KPMG, beliau telah dimasukkan ke dalam Perkongsian dan mengetuai pasukan dari pelbagai bidang (termasuk pasukan serantau) untuk membantu syarikat-syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana, Kementerian-Kementerian Kerajaan serta Agensi-Agensi Kerajaan dan juga pelanggan-pelanggan tempatan. Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di BDO Consulting, dimana beliau telah berkhidmat sebagai Perunding Pengurusan untuk para pelanggan berkaitan IT dan peningkatan operasi, dan berjaya membangunkan rangka kerja Big Data Analytics untuk sebuah agensi Kerajaan tempatan yang utama. Pada tahun 2017, beliau telah memilih untuk bersara awal untuk berkecimpung dalam bidang lain. Pada tahun 2018, beliau telah dilantik sebagai Penasihat, Ahli Jawatankuasa dan Ahli Lembaga Pengarah masing-masing kepada Persatuan Industri Kebangsaan, Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dan Majlis Perniagaan. Di samping itu, beliau juga membantu audit CyberSecurity dan penglibatan pematuhan bagi sebuah syarikat automotif; dan menjadi pemudahcara satu siri bengkel CyberSecurity untuk pengamal industri. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengarah Takaful Ikhlas General Berhad berkuatkuasa 1 Oktober 2019.

Noor Rida Hamzah

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Noor Rida Hamzah

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

NOOR RIDA HAMZAH, Wanita, warganegara Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 Oktober 2019. Beliau merupakan Pengerusi Jawantankuasa Imbuhan serta ahli Jawantankuasa Audit, Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Pencalonan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Perakaunan dan Kewangan dari Politeknik Liverpool (kini dikenali sebagai Liverpool John Moores University) pada tahun 1984. Beliau merupakan ahli bersekutu Institut Cukai Berkanun, Malaysia. Setelah kembali ke Malaysia, beliau memulakan kerjaya dalam bidang percukaian di Arthur Andersen pada tahun 1985. Beliau kemudiannya menyertai BP Malaysia pada tahun 1995 di mana beliau bertugas sebagai Pengurus Cukai Nasional dan bertanggungjawab atas hal-hal berkaitan cukai di BP Group. Beliau menyertai semula Arthur Andersen pada tahun 1997 dan dilantik sebagai rakan kongsi cukai pada tahun 2001. Pada tahun 2002, beliau menyertai Ernst & Young dan berkhidmat sebagai rakan kongsi bahagian percukaian sehingga bersara pada tahun 2011. Kini, beliau merupakan seorang Pengarah Goodwill Upstream Sdn. Bhd. dan Linfox Transport (Malaysia) Sdn. Bhd. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah MNRB Holdings Berhad dari 1 Januari 2017 sehingga 30 September 2019.

Shareen Ooi Bee Hong, K.M.N

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Shareen Ooi Bee Hong, K.M.N

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

SHAREEN OOI BEE HONG, K.M.N, Wanita, warganegara Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 Oktober 2019. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah dan Jawantankuasa Imbuhan. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sains Gunaan, Bern Switzerland dan Diploma Pemasaran dari Institut Pemasaran, Malaysia. Sebagai seorang yang berorientasikan hasil, beliau terkenal dengan rekod prestasi jualan dan pemasarannya yang dibuktikan melalui lebih daripada tiga puluh (30) tahun pengalaman dalam bidang jualan dan pemasaran. Beliau sertai Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) pada Mei 1985 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengurus Besar Pemasaran, Sistem Televisyen Malaysia Berhad pada tahun 2000 dimana beliau telah memperluas peranannya dalam menerajui empat (4) rangkaian televisyen (TV3, ntv7, 8TV & TV9) di bawah Rangkaian TV Media Prima (MPTV) sebagai Pengurus Besar Kumpulan pada tahun 2005. Prestasi cemerlangnya dan sumbangannya yang besar kepada MPTV menyaksikannya dalam peranan yang lebih mencabar sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan, Media Prima Berhad yang mengetuai pemasaran pelbagai platform dan pelbagai kandungan. Antara sumbangan utama beliau ialah beliau telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Jawatankuasa Industri Bersama Televisyen Audience Research (JICTAR), ahli majlis Persatuan Pengiklanan Malaysia (MAA), Biro Audit Sirkulasi (ABC) dan Persatuan Ahli- Ahli Majlis Pengiklanan Bertauliah (4A).

Datuk Johar Che Mat

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah

Datuk Johar Che Mat

Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah

DATUK JOHAR CHE MAT, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif sejak 3 Januari 2019 dan telah ditetapkan semula sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah berkuatkuasa 1 Julai 2019. Beliau merupakan ahli Jawantankuasa Audit, Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Pencalonan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1975. Beliau mempunyai pengalaman selama tiga puluh empat tahun (34) tahun dalam industri perbankan. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 1975 sebagai Pegawai di Jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1976, beliau menyertai Malayan Banking Berhad (Maybank) dan telah berkhidmat dalam pelbagai bahagian termasuk jawatan-jawatan utama sebagai Pengurus/Pengurus Kanan merangkumi transaksi perbankan (operasi), kewangan runcit, pemasaran runcit dan perbankan swasta. Bermula dari tahun 1993 hingga 1995, beliau dilantik sebagai Pengurus Serantau bagi cawangan Maybank di Selangor dan Negeri Sembilan. Pada tahun 1996, beliau dilantik sebagai Pengurus Besar, Bahagian Perbankan Komersial dan kemudiannya berkhidmat sebagai Pengurus Besar Kanan, Perbankan Korporat dan Bahagian Perbankan Perusahaan pada tahun 2000. Pada tahun 2002, beliau dilantik sebagai Naib Presiden Eksekutif Kanan, Perkhidmatan Kewangan Runcit dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Maybank dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. Pada tahun 2012, beliau diberi jawatan sebagai wakil Lembaga Pengarah bagi Amanah Raya Berhad. Beliau juga merupakan Pengarah di MBSB Bank Berhad, Dagang NeXchange Berhad, Ping Petroleum Ltd dan Motordata Research Consortium Sdn. Bhd. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah di Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS Family) pada 3 Januari 2019 dan kemudiannya telah ditetapkan semula sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/Pengarah di Takaful IKHLAS Family berkuatkuasa 1 Julai 2019 lanjutan dari pelantikan beliau sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif di MNRB Holdings Berhad pada tarikh yang sama. Beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif/ Pengarah di Malaysian Reinsurance (Dubai) Ltd berkuatkuasa 5 Januari 2020.

Zaharudin Daud

Pengarah Bukan Bebas Eksekutif

Zaharudin Daud

Pengarah Bukan Bebas Eksekutif

ZAHARUDIN DAUD, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengarah Bukan Bebas Eksekutif sejak 23 November 2020. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Pelaburan dan Jawatankuasa Pencalonan. Beliau juga merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB Holdings Berhad (“MNRB”). Beliau memperoleh Diploma Lanjutan Pengajian Perniagaan dari Institut Teknologi Mara dan juga Institut Insurans Berkanun Bersekutu (ACII) sejak tahun 1992. Beliau memulakan kerjayanya di syarikat Broker Insurans dan mempunyai pengalaman di dalam pelbagai bidang termasuk Jualan dan Pemasaran, Operasi, Pengunderaitan Runcit dan Rekaan Produk selama tiga puluh (30) tahun di dalam dunia perniagaan Insurans Am. Beliau juga adalah ahli Jawatankuasa Pengurusan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) sehingga 2018, dan pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah ISM Insurance Services Malaysia Berhad sehingga Ogos 2020. Pada awal tahun 2010, beliau telah ditugaskan ke Singapura sebagai Pegawai Utama di Etiqa Singapura sebelum kembali ke Malaysia dan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Etiqa Insurans Berhad pada September 2014. Sebelum menyertai Kumpulan MNRB, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Takaful Am Berhad daripada Januari 2018 sehingga Ogos 2020. Beliau juga telah dilantik menjadi Pengarah Malaysian Reinsurance Berhad dan Takaful Ikhlas General Berhad berkuatkuasa 23 November 2020. Juga merupakan Pengarah di syarikat bersekutu, Motordata Research Consortium Sdn. Bhd. Pada 21 Januari 2021, beliau telah dilantik menjadi Pengarah Malaysian Re (Dubai) Ltd.

Rosinah Mohd Salleh

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Rosinah Mohd Salleh

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

ROSINAH MOHD SALLEH, Perempuan, warganegara Malaysia, Pengarah sejak syarikat ditubuhkan. Beliau kemudiannya ditetapkan semula sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuatkuasa 30 November 2018. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah serta ahli Jawatankuasa Pencalonan & Imbuhan. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang- Undang dari University of Kent di Canterbury, England pada tahun 1992 dan diterima sebagai Barrister-at-Law di Lincoln Inn pada 1993. Pada tahun 2000, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan Industri Antarabangsa) dari Universiti of Applied Sciences, Esslingen, Jerman. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1994 apabila beliau menyertai Nik Saghir & Ismail, sebuah firma undang-undang korporat sebagai Peguam Korporat. Pada tahun 2001, beliau menyertai RHB Banking Group sebagai Pengurus Undang-Undang. Pada tahun 2004, beliau menyertai Ng & Shum, sebuah firma undang-undang di Guangzhou, China sebagai Peguam. Pada tahun 2007, beliau menyertai Azmi & Associates, sebuah firma undang-undang korporat di Kuala Lumpur sebagai Peguam Kanan. Pada tahun 2011, beliau menyertai TUV Rheinland Jepun Ltd di Yokohama, Jepun sebagai Penyelaras di Jabatan Pensijilan Produk. Dari 2012 sehingga kini 14 September 2019, beliau merupakan Rakan Kongsi di Azmi & Associates di Kuala Lumpur. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah MNRB Holdings Berhad dari 1 Januari 2017 sehingga 30 September 2019.

Arul Sothy Mylvaganam

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Arul Sothy Mylvaganam

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

ARUL SOTHY MYLVAGANAM, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 Oktober 2019. Beliau merupakan Pengerusi Jawantankuasa Audit dan ahli Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah. Beliau merupakan Felo bagi Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun, United Kingdom. Beliau juga merupakan Akauntan Bertauliah dengan Institut Akauntan Malaysia, Felo bagi Institut Akauntan Awam Bertauliah, Australia dan Perancang Kewangan Bertauliah di bawah Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia. Beliau telah menamatkan artikelnya di London dan memperoleh pengalaman komersial di beberapa syarikat di United Kingdom. Beliau juga telah berkhidmat di Ernst & Young sebagai Pengurus Kanan Audit sebelum dilantik sebagai Pengurus Besar dan Ketua Pegawai Kewangan Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn. Bhd. Kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PNB Commercial Sdn. Bhd.,yang merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad sebelum memulakan syarikat perundingan kewangannya sendiri. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Malaysian Reinsurance Berhad dari 1 Jun 2016 sehingga 30 September 2019 dan Pengarah MNRB Holdings Berhad dari 1 Januari 2017 sehingga 30 September 2019. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah MBSB Bank Berhad pada 5 Mei 2020.

Woon Tai Hai

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Woon Tai Hai

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

WOON TAI HAI, seorang Lelaki, warganegara Malaysia; merupakan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 October 2019. Beliau merupakan ahli Jawatankuasa Audit dan Jawantankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Ijazah Pascasiswazah Perakaunan dan Kewangan dari Universiti Teknologi Sydney, Australia dan Sarjana Muda Sains dari Universiti New South Wales, Australia. Beliau mempunyai lebih daripada tiga puluh lima (35) tahun pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan Pengurusan Risiko. Setelah menamatkan pengajian, beliau menghabiskan sebelas (11) tahun bekerja di Industri Perkhidmatan Kewangan di Australia termasuk Lloyd's Bank NZA dan Commonwealth Bank of Australia sebelum kembali ke Malaysia pada tahun 1993. Beliau kemudiannya berkhidmat selama empat (4) tahun di sebuah syarikat Penyedia dan Penyelesaian Sistem yang besar yang memberi tumpuan kepada sektor Perbankan dan Kewangan Malaysia. Pada tahun 1998, beliau menyertai KPMG Malaysia sebagai Pengarah dan telah memegang pelbagai jawatan termasuk Ketua Pegawai Penerangan dan Ketua Pegawai Pengetahuan sebelum beliau bersara pada tahun 2013. Sepanjang enam belas tahun (16) tahun berkhidmat dengan KPMG, beliau telah dimasukkan ke dalam Perkongsian dan mengetuai pasukan dari pelbagai bidang (termasuk pasukan serantau) untuk membantu syarikat-syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana, Kementerian- Kementerian Kerajaan serta Agensi-Agensi Kerajaan dan juga pelanggan-pelanggan tempatan. Selepas bersara, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di BDO Consulting, dimana beliau telah berkhidmat sebagai Perunding Pengurusan untuk para pelanggan berkaitan IT dan peningkatan operasi, dan berjaya membangunkan rangka kerja Big Data Analytics untuk sebuah agensi Kerajaan tempatan yang utama. Pada tahun 2017, beliau telah memilih untuk bersara awal untuk berkecimpung dalam bidang lain. Pada tahun 2018, beliau telah dilantik sebagai Penasihat, Ahli Jawatankuasa dan Ahli Lembaga Pengarah masing-masing kepada Persatuan Industri Kebangsaan, Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) dan Majlis Perniagaan. Di samping itu, beliau juga membantu audit CyberSecurity dan penglibatan pematuhan bagi sebuah syarikat automotif; dan menjadi pemudahcara satu siri bengkel CyberSecurity untuk pengamal industri. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengarah Takaful Ikhlas Family Berhad (dahulu dikenali sebagai Takaful Ikhlas Berhad) berkuatkuasa 1 September 2019.

Dato’ Amirudin Abdul Halim

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Dato’ Amirudin Abdul Halim

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

DATO’ AMIRUDIN ABDUL HALIM, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 April 2021. Beliau merupakan ahli Jawantankuasa Audit dan ahli Jawantankuasa Pengurusan Risiko Lembaga Pengarah. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Kewangan dari St. Louis University, Missouri, Amerika Syarikat dan juga merupakan graduan Diploma dalam bidang Pengajian Perniagaan dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Beliau juga telah menjalani Program Pengurusan Lanjutan dari Wharton Business School, Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai bank di Mayban Finance Berhad pada tahun 1988, sebagai Pembantu Pengurus Cawangan Alor Setar dan telah berkhidmat di dalam pelbagai bahagian bersama Kumpulan Maybank.

Setelah itu, beliau berkhidmat dengan Affin Bank Berhad dari tahun 2009 hingga 2016 sebagai Pengarah Perbankan Perniagaan sehingga dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Eksekutif, Perbankan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi (Perniagaan) di Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dari tahun 2017 sehingga 2019.

Beliau mempunyai pengalaman selama lebih tiga puluh tahun (30) tahun di dalam industri perbankan yang merangkumi lebih dua puluh (20) tahun pengalaman dalam bidang pengurusan kanan di dalam sepuluh (10) bank utama di Malaysia. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah di Bank Simpanan Nasional Berhad.

Wan Zamri Wan Ismail

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

Wan Zamri Wan Ismail

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif

WAN ZAMRI WAN ISMAIL, Lelaki, warganegara Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif sejak 1 Oktober 2021. Beliau adalah Ahli Bersekutu Institut Insurans Malaysia, memperoleh Sarjana Sains dalam Perbankan Islam dan Kewangan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”). Beliau mempunyai pengalaman selama lebih empat puluh (40) tahun di dalam industri Insurans, Reinsurans, Takaful dan Retakaful.

Beliau memulakan kerjayanya dengan Mayban-Phoenix Assurance Berhad, Malaysian National Reinsurance Berhad dan Trust International Insurance Berhad dari 1978 hingga 1986. Beliau kemudian dilantik sebagai Pengurus Cawangan yang pertama Syarikat Takaful Malaysia Berhad di negeri Kelantan sehingga 1997, sebelum menyertai Asean Retakaful International (Labuan) Ltd sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga tahun 2004.

Kemudian, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan Syarikat Takaful Indonesia dari tahun 2004 hingga 2007 dan kemudian, berkhidmat di Dar Al Takaful Plc, Dubai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sehingga 2010. Pada tahun 2016, beliau menyertai Noor Takaful Nigeria Plc sebagai Pengarah Urusan sehingga 2017. Pada tahun 2018 beliau telah dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di Noor Takaful Nigeria Plc sehingga kini.

Sepanjang kerjanya, beliau telah membentangkan kertas kerja di persidangan dan bengkel antarabangsa mengenai takaful dan retakaful di Malaysia, Indonesia, Singapura, Rusia, Brunei, UAE, Thailand, Australia, Bangladesh, Sri Lanka, Nigeria, Gambia, United Kingdom, Mesir, dan Amerika Syarikat.

Kini beliau adalah pelatih sambilan di Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia dan Institut Insurans Malaysia.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading