Kumpulan Pengurusan Kanan

Heading

Heading

Takaful Ikhlas Family Berhad
Takaful Ikhlas General Berhad

Nor Azman Zainal

Nor Azman Zainal

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad

Nor Azman Zainal

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Family Berhad

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari City University, London dan mempunyai pengalaman lebih daripada 23 tahun bersama beberapa institusi kewangan multinasional seperti HSBC, Prudential PLC, AIA and ING (Aetna Universal Life).

Sebelum menyertai Takaful Ikhlas Family Berhad, beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Prudential BSN Takaful Berhad.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas Family Berhad sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif berkuatkuasa 1 September 2020.

Cheah Sze Chuen

Naib Presiden Kanan & Ketua Perkhidmatan Aktuari

Cheah Sze Chuen

Naib Presiden Kanan & Ketua Perkhidmatan Aktuari

Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari daripada Cass Business School, London. Beliau berpengalaman sebagai Aktuari di Legal and General Assurance Society (Syarikat di United Kingdom) sekitar 2008 hingga 2015 dalam pelbagai peranan termasuk penilaian dan penetapan harga dan beliau merupakan “Fellow di Institute of Actuaries dari Institute and Faculty of Actuaries”.

Penglibatannya yang meluas dalam industri takaful bermula pada bulan Januari 2015, setelah beliau kembali ke Malaysia bagi mengendali Pengurusan Risiko Kewangan di salah sebuah pengendali Takaful tempatan.

Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Pengurusan Risiko di mana beliau mengetuai pasukan bahagian risiko bagi meningkatkan kualiti kawalan dan kesedaran risiko dalam Syarikat, serta meningkatkan keupayaan pasukan pengurusan risiko untuk memberikan sokongan yang sewajarnya untuk inisiatif perniagaan.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas Berhad pada 25 September 2017 sebagai Ketua Perkhidmatan Aktuari dan kini adalah Naib Presiden Kanan & Ketua Perkhidmatan Aktuari Takaful Ikhlas Keluarga Berhad berkuatkuasa 30 November 2018.

Lee Kok Seong

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Informasi

Lee Kok Seong

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Informasi

Berkelulusan Sarjana Sains Strategik Teknologi Maklumat Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom pada tahun 2008. Beliau mempunyai lebih 27 tahun pengalaman bekerja dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di mana 18 tahun pengalaman adalah dari industri insurans konvensional dan takaful.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas Berhad pada 11 Ogos 2015 sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Informasi. Beliau kini dipertanggungjawabkan untuk memimpin Sistem & Perkhidmatan Maklumat untuk memberikan Perkhidmatan Teknologi yang dinamik dan efisyen untuk menyokong pembangunan penyelesaian yang sejajar dengan strategi perniagaan Takaful Ikhlas Berhad.

Beliau kini adalah Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Informasi Takaful Ikhlas Keluarga Berhad berkuatkuasa 30 November 2018.

Mohd Jafni Abd Jalil

Mohd Jafni Abd Jalil

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Komersil

Mohd Jafni Abd Jalil

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Komersil

Berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1996 dengan salah sebuah syarikat insurans hayat tempatan. Beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang Penjualan & Pemasaran di mana 16 tahun adalah di dalam industri insurans hayat & takaful keluarga.

Sebelum menyertai Takaful IKHLAS, beliau merupakan Penolong Pengurus Besar Perbankan Pengguna Bank Islam Malaysia Berhad yang menguruskan pengurusan jualan untuk pendapatan berasaskan yuran selama 6 tahun.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas Family Berhad pada 2 Julai 2019 sebagai Naib Presiden Kanan / Ketua Pegawai Komersil.

Ikhtar Ismail

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Pemasaran

Ikhtar Ismail

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Pemasaran

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari London School of Economics and Political Sciences. Kerjaya beliau bermula sebagai seorang Pelatih Pengurusan sebelum beralih ke bidang Aktuari. Beliau mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman bekerja dalam industri Takaful Keluarga, Takaful Am, Retakaful dan Insurans Hayat dan meliputi banyak bidang seperti aktuari, pembangunan produk, pemasaran, pengurusan pelanggan, pengurusan projek dan operasi insurans / takaful.

Sebelum menyertai Takaful Ikhlas Family Berhad, beliau adalah Pengarah, Pembangunan Produk untuk Prudential BSN Takaful Berhad. Beliau menyertai Takaful Ikhlas Family Berhad pada 26 Ogos 2019 sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Pemasaran.

Norhafizah Ahmad

Norhafizah Ahmad

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Kewangan

Norhafizah Ahmad

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Kewangan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Tenaga Nasional. Beliau merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) dan juga Fellow dari Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) United Kingdom.
 
Beliau memulakan kerjayanya di Ernst & Young dan kemudian menyertai syarikat insuran multinasional sebagai Ketua Kewangan. Sebelum menyertai Takaful IKHLAS, beliau merupakan Naib Presiden Kanan Kewangan untuk syarikat pegangan kewangan di Malaysia.
 
Beliau menyertai Takaful Ikhlas Family Berhad pada 3 September 2020 sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Pagawai Kewangan.

Eddy Azly Abidin

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad

Eddy Azly Abidin

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad

Berkelulusan “Associateship of Chartered Insurance Institute” dari The Chartered Insurance Institute, United Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti of Glasgow, Scotland. Beliau adalah penginsurans bertauliah dan mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman luas dalam pengunderaitan insurans am dan operasi di pelbagai bidang di dalam industri insurans termasuk 19 tahun pengalaman berkhidmat dengan sebuah anak syarikat awam yang tersenarai. Sebelum menyertai Takaful Ikhlas Berhad, beliau merupakan Pengurus Besar, Divisyen Pengunderaitan di Lonpac Insurance Bhd.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas Berhad pada 1 April 2016 sebagai Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Operasi Perniagaan – Am.  Pada 30 November 2018, beliau telah dilantik sebagai Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Am Berhad.

Asri Bin Suratman

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi Perniagaan

Asri Bin Suratman

Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi Perniagaan

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dalam jurusan Insurans dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam industri insurans am dan telah memegang pelbagai jawatan kanan di pelbagai syarikat insurans. Sebelum menyertai Takaful IKHLAS, beliau merupakan Pengurus Besar Pengunderaitan di Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad. Beliau menyertai Takaful Ikhlas General Berhad pada 17 September 2019 sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Operasi Perniagaan.

Ahmad Fariman Yunus

Naib Presiden Kanan & Ketua Pengunderaitan

Ahmad Fariman Yunus

Naib Presiden Kanan & Ketua Pengunderaitan

Berkelulusan Ijazah Sains Matematik (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman yang luas dalam pengunderaitan harta, kajian & pengurusan risiko, sistem pengunderaitan dan operasi. Sebelum menyertai Takaful Ikhlas Berhad, beliau merupakan Pengarah - Pengunderaitan Teknikal di Lonpac Insurance Bhd.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas Berhad pada 1 April 2016 sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua, Pengunderaitan – Am.

Pada 30 November 2018, beliau telah dilantik sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Pengunderaitan Takaful Ikhlas Am Berhad.

Kamarulzaman Mohd Nasir

Naib Presiden Kanan & Ketua Penyelesaian Korporat

Kamarulzaman Mohd Nasir

Naib Presiden Kanan & Ketua Penyelesaian Korporat

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Zoologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam pengunderaitan insurans dan pembangunan perniagaan dengan salah sebuah anak syarikat di sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.  Sebelum menyertai Takaful Ikhlas General Berhad, beliau merupakan Timbalan Pengurus Besar – Pembangunan Perniagaan (Agensi) di Lonpac Insurans Bhd.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas General Berhad pada 4 hb Februari 2019 sebagai Naib Presiden  Kanan & Ketua Penyelesaian Korporat.

Jeffry Shah Abdul Wahab

Naib President Kanan & Ketua Bankatakaful

Jeffry Shah Abdul Wahab

Naib President Kanan & Ketua Bankatakaful

Jeffry Shah memulakan kerjayanya pada tahun 1996 dengan Sime Insurance Brokers Sdn Bhd. Beliau memiliki lebih 20 tahun pengalaman kerjaya dalam kedua-dua industri konvensional dan takaful di Malaysia. Sebelum menyandang jawatan sekarang, beliau telah berkhidmat dengan Hong Leong MSIG Takaful Berhad sebagai Pengurus Besar, Perniagaan Takaful Am di mana beliau bertanggungjawab dalam menguruskan keseluruhan pembangunan dan operasi perniagaan Takaful Am.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas Berhad pada 1 Ogos 2016 sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Komersial - Am. Tanggungjawab utama beliau adalah untuk meningkatkan pertumbuhan Takaful IKHLAS dalam kedua-dua perniagaan Korporat & Runcit dan menyelia semua strategi pemasaran Takaful Am ke arah mencapai visi korporat Syarikat.

Pada 30 November 2018, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Komersial Takaful Ikhlas Am Berhad.

Shamsul Azman Bin Alias

Naib Presiden Kanan & Ketua Agensi

Shamsul Azman Bin Alias

Naib Presiden Kanan & Ketua Agensi

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam industri insurans setelah berkhidmat sebagai pengawal selia dan juga di dalam industri.  Beliau memulakan kerjayanya di Jabatan Penyeliaan Insurans Bank Negara Malaysia dari tahun 1987 hingga 1999. Tugas utama beliau adalah  membuat pemeriksaan di luar untuk syarikat insurans.

Beliau kemudian meninggalkan Bank Negara Malaysia pada tahun 2000 untuk berkhidmat di The American Malaysian Insurance yang dahulunya dikenali sebagai  Commerce Assurance Berhad. Pada tahun 2011, beliau meninggalkan Commerce Assurance Berhad, dan seterusnya berkhidmat di sebuah syarikat media dan di sebuah syarikat insurans broker.

Beliau menyertai Takaful Ikhlas General Berhad pada 4 Februari 2019 sebagai Naib Presiden Kanan & Ketua Agensi.

Heading

Heading