Perniagaan

Heading

Heading

IKHLAS SME Protect Takaful menyediakan perlindungan yang penting untuk perniagaan kecil & sederhana. Ia bukan sahaja membantu melindungi aset perniagaan, tetapi juga menyediakan jaringan keselamatan kewangan.

Produk ini menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (TPD) sama ada disebabkan atas sebab kemalangan atau semula jadi bagi Orang yang diinsuranskan (pekerja atau ahli), iaitu pemengang Sijil Takaful Master.

Bersedialah untuk melayari e-IKHLAS baharu dengan menggunakan computer dan telefon pintar anda.

Rider Boleh Pilih yang ditawarkan:

  • Rider Hilang Upaya Kekal Menyeluruh
  • Rider Penyakit Kritikal Dipercepat
  • Rider Hilang Upaya dan Kematian akibat Kemalangan
  • Rider Manfaat Hospital
  • Rider Hilang Upaya Separa Kekal
  • Rider Perbelanjaan Kematian Mengejut

Pelan ini menyediakan perlindungan menyeluruh perbelanjaan perubatan disebabkan oleh:

  • Manfaat Rawatan Hospital dan Penjagaan Pembedahan Berkumpulan
  • Manfaat Penjagaan Pakar bagi Pesakit Luar Berkumpulan; dan
  • Manfaat Penjagaan Pengamal Perubatan Umum bagi Pesakit Luar Berkumpulan

Ini merupakan Pelan Takaful Berkumpulan, yang diwujudkan untuk menyediakan perlindungan sekiranya berlaku Kematian, Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD), Hilang Upaya Separa & Kekal (PPD) dan Penyakit Kritikal. Pelan ini juga mempunyai elemen simpanan dengan begitu banyak manfaat lain seperti Manfaat Hospital, Manfaat Perbelanjaan Kematian Mengejut, Manfaat Pembayaran Balik Rawatan Perubatan Pesakit Luar serta Manfaat Hilang Upaya dan Kemalangan Utama.

Kebakaran boleh memusnahkan premis dan harta anda. Pulihkan keadaan dengan IKHLAS Fire Takaful.

Di tapak pembinaan, keselamatan adalah amat penting. Walaupun kemalangan boleh dicegah, namun apabila ianya terjadi, anda memerlukan perlindungan secukupnya.

Takaful IKHLAS menyediakan pelan takaful pilihan untuk memberi perlindungan bagi membantu para usahawan kekal fokus untuk merangsang pertumbuhan ekonomi Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).

IKHLAS Niaga menawarkan 4 pakej yang kompak untuk perniagaan anda:

IKHLAS Retail NIAGA menawarkan perlindungan yang komprehensif kepada industri-industri kecil sederhana (IKS) dan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), termasuk kedai runcit, pasar mini, tukang jahit, bengkel-bengkel kecil dan kontraktor-kontraktor, dan yang seumpamanya.

Kini, nikmati potongan 10% ke atas sumbangan standard kami untuk perlindungan kecurian, wang, pecahan kaca, liabiliti awam dan liabiliti majikan.

IKHLAS Commercial NIAGA menawarkan perlindungan yang komprehensif kepada industri-industri kecil sederhana (IKS) dan pengusaha-pengusaha industri kecil dan sederhana, termasuk pengendali restoran-restoran, pemborong-pemborong, rumah-rumah kedai, dan yang seumpamanya.

Kini, nikmati potongan 10% ke atas sumbangan standard kami untuk perlindungan kecurian, wang, pecahan kaca, liabiliti awam dan liabiliti majikan.

IKHLAS Office NIAGA menawarkan perlindungan yang komprehensif kepada industri-industri kecil sederhana (IKS) dan usahawan yang menjalankan aktiviti berasaskan pengurusan pentadbiran pejabat.

IKHLAS Clinic NIAGA memberikan perlindungan yang komprehensif kepada pegawai perubatan, doktor atau pengamal perubatan yang mengusahakan klinik, klinik pergigian atau pusat pembedahan, dan yang seumpamanya.

 

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading