Sektor Awam / LPPSA

Heading

Heading

  • MRTT untuk Sektor Awam (LPPSA)

    Produk apakah ini?

    Produk ini menyediakan perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) kepada Orang Yang Dilindungi yang membuat pinjaman perumahan daripada Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

    Apakah perlindungan-perlindungan / manfaat-manfaat yang ditawarkan?

    • Manfaat Kematian
      Sekiranya Orang Yang Dilindungi meninggal dunia semasa Sijil Takaful Individu masih berkuatkuasa, Amaun Perlindungan semasa, dibayar dari Dana Risiko, dan baki di dalam Dana Peserta Individu (PIF), jika ada, akan dibayar secara sekali gus. Amaun Perlindungan yang akan dibayar adalah Amaun Perlindungan semasa pada tarikh kematian.

    • Manfaat Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK)
      Sekiranya Orang Yang Dilindungi mengalami HUMK semasa Sijil Takaful Individu masih berkuatkuasa, Amaun Perlindungan semasa, dibayar dari Dana Risiko, dan baki di dalam Dana Individu Peserta (PIF), jika ada, akan dibayar secara sekali gus. Amaun Perlindungan yang akan dibayar adalah Amaun Perlindungan semasa pada tarikh HUMK berkuatkuasa.

       

      Nota: Sila baca Sijil Takaful Individu untuk butiran Manfaat Takaful.

  • LTF untuk Sektor Awam (LPPSA)

    Produk apakah ini?

    Produk ini memberikan perlindungan ke atas kerugian atau kerosakan bangunan disebabkan oleh kebakaran, kilat, atau peril yang dilindungi. Tempoh perlindungan Takaful ini adalah tertakluk kepada jangka masa pembiayaan yang dipersetujui di antara Peserta Takaful dengan pembiaya iaitu Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

    Produk ini dipakejkan bersama IKHLAS Mortgage Reducing Term Takaful for LPPSA.

    Apakah perlindungan-perlindungan/manfaat-manfaat yang ditawarkan?

    Sijil Takaful ini melindungi :

    Kerugian atau kerosakan terhadap bangunan akibat faktor –faktor (peril) di bawah:

    (a) Kebakaran dan Kilat

    (b) Letupan - domestik

  • Apakah konsep-konsep Shariah yang diguna pakai?

    Tabarru’bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta-peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks pihak Syarikat, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.

    Wakalahmerujuk kepada kontrak di mana satu pihak, sebagai prinsipal (muwakkil) membenarkan pihak lain sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan tugas tertentu dalam hal-hal yang boleh diwakilkan, dengan atau tanpa mengenakan bayaran. Di dalam konteks pihak Syarikat, kami dilantik sebagai ejen (wakil) untuk melaksanakan Perniagaan Takaful dan yuran Wakalah (Ujrah) akan dibayar kepada pihak Syarikat.

    Nota: “pihak Syarikat” merujuk kepada Takaful IKHLAS.

  • FAQ

    Soalan-Soalan Yang Selalu Ditanya

    • Siapakah Takaful IKHLAS?
      Takaful IKHLAS adalah syarikat Takaful yang ke-empat dalam industri Takaful di negara ini. Ia merupakan anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad yang telah disenaraikan dalam papan utama Bursa Malaysia dan merupakan anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

    • Adakah Takaful IKHLAS sama dengan lain-lain pengendali Takaful?
      Ya, kami beroperasi berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Apa yang membezakan kami adalah dari segi model yang digunakan oleh setiap pengendali Takaful, di mana kami menggunakan Model Wakalah.

    • Apakah yang membezakan Takaful IKHLAS, pengendali Takaful dengan ”Syarikat Insurans Konvensional”?
      Insurans Konvensional berdasarkan faktor komersil sahaja, dipenuhi dengan unsur- unsur Riba, Gharar (ketidaktentuan) dan Maisir (perjudian).

      Elemen-elemen ini bertentangan dengan prinsip Syariah sama sekali. Takaful beroperasi berlandaskan prinsip mengumpulkan dana (’pooling resources’) diatas asas tabarru’ untuk membantu mereka yang ditimpa musibah. Ianya menggalakkan sikap bantu-membantu dan perkongsian tanggungjawab di kalangan para peserta. Caruman atau sumbangan yang diterima kemudiannya dilaburkan dan keuntungan bersih (jika ada) akan dipulangkan semula apabila polisi peserta telah matang, penamatan atau serahan sijil awal sekiranya tiada tuntutan dibuat.

    IKHLAS TAKAFUL GADAI JANJI

    • Apakah IKHLAS Takaful Gadai Janji?
      Ia menyediakan perlindungan kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh kepada seluruh kakitangan awam yang memperolehi pembiayaan/pembiayaan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Apabila musibah menimpa, IKHLAS Takaful Gadai Janji akan menjelaskan baki pembiayaan (mengikut jadual penyusutan perlindungan) di samping dapat meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.

    • Adakah peserta yang ingin menyertai IKHLAS Takaful Gadai Janji memerlukan pemeriksaan perubatan?
      Penerimaan adalah automatik tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan bagi pembiayaan tidak melebihi RM750,000.00 (tidak termasuk sumbangan takaful) atau mana-mana had yang ditentukan kemudian.

    • Bilakah sijil IKHLAS Takaful Gadai Janji mula berkuatkuasa?
      Sijil IKHLAS Takaful Gadai Janji mula berkuatkuasa mulai tarikh pembiayaan diluluskan.

    • Berapa lamakah tuntutan IKHLAS Takaful Gadai Janji diproses?
      Tuntutan sepenuhnya dalam masa empat belas (14) hari bekerja setelah menerima dokumen lengkap.

    IKHLAS TAKAFUL KEBAKARAN

    • Apakah perlindungan-perlindungan yang boleh dituntut oleh peserta?
      Perlindungan boleh dituntut oleh peserta apabila hartabenda mereka musnah atau rosak disebabkan oleh perkara-perkara berikut:-
      1)  Kebakaran, dipanah petir dan letupan tong gas domestik;

    • Adakah jumlah perlindungan peserta mencukupi untuk melindungi hartabenda peserta?
      Kebiasaannya, jumlah perlindungan yang diambil haruslah bersamaan dengan kos untuk membina semula hartabenda yang musnah ditolak dengan harga tanah. Apabila peserta membuat penambahan pada kediaman mereka, kos penambahan tersebut mestilah dimaklumkan kepada pihak LPPSA.

    • Bagaimanakah cara-cara peserta untuk membuat tuntutan?
      Apabila hartabenda peserta musnah atau rosak akibat kebakaran dan peril-peril tambahan seperti yang telah dinyatakan, peserta mestilah memaklumkan dengan serta-merta kepada pihak LPPSA dengan mengisi borang yang berkaitan.

    • Berapa lamakah tuntutan akan dibuat?
      Tuntutan akan dibuat dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas Takaful IKHLAS menerima dokumen tuntutan yang lengkap.

     

    “Berikanlah perlindungan yang sewajarnya kepada pembiayaan hartanah anda
    - bertindaklah secara proaktif dalam menghadapi perkara yang tidak diduga.”

  • Hubungi Kami

    Perlukan bantuan?

    Heading

    Lengkapkan borang di bawah

     

    •  

      Hubungi Kami

    •  

      Emel Kami

    •  

      Lokasi Cawangan

    •  

      Laman LPPSA

Heading

Heading