Rider

Heading

Heading

Pencarum

Jika sesuatu terjadi pada anda, tanggungjawab kewangan seharusnya tidak diletakkan pada ahli keluarga anda. IKHLASlink Payor Secure Takaful Rider melindungi keluarga anda dari beban pembayaran sekiranya berlaku sebarang kecelakaan ke atas anda.

Sekiranya kemalangan menimpa, apakah kesannya terhadap kewangan anda dan keluarga? Kami memahami situasi seumpamanya, terutamanya semasa anda dilanda kesulitan. Itulah sebabnya IKHLASlink Waiver Of Contributions Secure Takaful Rider akan menguruskan semua Sumbangan Takaful yang akan datang di bawah Sijil Takaful sekiranya anda didiagnos dengan penyakit kritikal. Pelan Rider ini hanya boleh didapati apabila dilampirkan kepada Pelan Asas.

Rider ini akan menggugurkan semua Sumbangan Takaful akan datang yang perlu dijelaskan mengikut Sijil Takaful sekiranya anda didiagnos dengan sebarang penyakit kritikal (seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful).

Rider ini akan menggugurkan semua Sumbangan Takaful akan datang yang perlu dijelaskan mengikut Sijil Takaful (termasuk rider yang dilampirkan) sekiranya Pembayar meninggal dunia, mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) dan/atau didiagnos menghidapi sebarang penyakit kritikal (seperti yang dinyatakan dalam Takaful Sijil) sebelum tempoh matang Sijil Takaful.

Melindungi anda daripada ketidaktentuan hidup. Dengan IKHLASlink Child Waiver of Contribution Secure Takaful Rider, produk ini memberikan nilai tambah kepada IKHLASlink Child Secure Takaful Rider yang telah anda langgani. Rider ini mengecualikan semua Sumbangan Takaful yang perlu dijelaskan pada masa hadapan dengan adanya potongan unit jaminan yang boleh diperbaharui pada rider ini.

Tambah Nilai

Melindungi anda daripada ketidaktentuan hidup. IKHLASlink Regular Top-Up Secure Takaful Rider merupakan rider pembayaran Sumbangan Takaful yang dilampirkan kepada pelan Takaful yang berkaitan pelaburan. Ini merupakan rider yang memberikan anda pilihan untuk melabur dalam dana berkaitan pelaburan yang terpilih.

Ini merupakan Rider Takaful yang menyediakan ciri Sumbangan Takaful tambahan yang berfungsi sama seperti akaun simpanan biasa yang ditawarkan oleh institusi kewangan, yang mana ia terikat dengan syarat yang ditetapkan di dalam Sijil Takaful.

Relief

Rider ini menyediakan perlindungan sekiranya Peserta Takaful atau ahli keluarganya meninggal dunia dalam tempoh Sijil Takaful berkuat kuasa.

Pendapatan

Rider ini menyediakan manfaat pendapatan bulanan kepada Peserta Takaful atau keluarga terdekat untuk tempoh yang tinggal di bawah Sijil Takaful sekiranya berlaku kematian, Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) dan / atau didiagnos menghidapi sebarang penyakit kritikal (seperti yang dinyatakan dalam Sijil Takaful) sebelum tempoh matang Sijil Takaful.

Heading

Heading