Cancer Rider

Heading

Heading

Cancer Rider
Produk ini adalah rider kepada IKHLAS Bersama.
Apakah manfaat yang ditawarkan?
 

Manfaat Kanser Tahap Awal
– 30% daripada amaun perlindungan rider akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi di diagnosis dengan salah satu daripada Karsinoma-in-situ, Kanser Prostat Awal, Kanser Tiroid Awal, Kanser Pundi Kencing Awal atau Leukemia Limfositik Kronik Awal.

 

Manfaat Kanser Tahap Akhir
– 100% amaun perlindungan rider atau baki amaun perlindungan rider (sekiranya tuntutan dibuat dalam masa 5 tahun daripada tarikh diagnosis kanser tahap awal) akan dibayar sekiranya orang yang dilindungi di diagnos dengan kanser selain daripada kanser yang dinyatakan di bawah kanser tahap awal.

 

Manfaat Hospice Care
– Sejumlah RM10,000 akan dibayar dalam bentuk ansuran selama 2 bulan sekiranya doktor menyatakan tiada rawatan kuratif lebih lanjut diperlukan atau orang yang dilindungi mempunyai kurang daripada 6 bulan untuk hidup dalam keadaan yang biasa. Bantuan tunai ini adalah untuk mengurangkan beban kewangan ahli keluarga pada waktu yang diperlukan.

 

Elaun Rawatan
– RM100 akan dibayar sebagai elaun harian bagi setiap hari untuk orang yang dilindungi menjalani kemoterapi, radioterapi, immunoterapi atau pembedahan berkaitan kanser. Manfaat ini terhad kepada RM1,000 untuk setiap ulangtahun sijil dan RM10,000 sepanjang tempoh sijil.

Siapakah yang layak memohon?
 

Orang yang dilindungi yang berumur antara 30 hari – 60 tahun

Bagaimana anda boleh memohon?
 

Sila hubungi kami untuk mendaftar hari ini.

E-mel kepada kami di sini

 

Melalui ejen Takaful IKHLAS

Ringkasan

Cancer Rider direka dengan mengambil kira keperluan anda dan orang yang tersayang – produk yang bertujuan untuk memberikan perlindungan komprehensif sekiranya orang yang dilindungi didiagnos dengan kanser supaya anda dan keluarga boleh menumpukan untuk berjuang melawan penyakit dan kami akan menjaga keperluan yang selebihnya.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading