Manfaat Kemalangan Diri
Pampasan sekiranya peserta Takaful, pemandu dan / atau penumpang mengalami kecederaan, hilang keupayaan kekal, atau kematian akibat kemalangan kenderaan yang dilindungi.
- Kematian akibat kemalangan & Hilang keupayaan kekal
(Had sehingga: RM100,000.00) - Indemniti Berganda Ketika Cuti Umum Malaysia
(Had sehingga: RM200,000.00)
Manfaat Kemalangan Diri 24-jam Untuk Peserta Takaful sahaja
Perlindungan 24 jam di seluruh dunia untuk peserta Takaful sekiranya hilang keupayaan kekal atau kematian akibat kemalangan yang dialami oleh peserta Takaful, tidak kira sama ada peserta Takaful berada di dalam kenderaan yang dilindungi atau sebaliknya.
- Kematian akibat kemalangan & Hilang keupayaan kekal
(Had sehingga: RM100,000.00)
Manfaat Elaun Kesulitan
Pampasan sekiranya peserta Takaful mengalami hilang keupayaan kekal atau kematian dan / atau kesulitan akibat kemalangan, kehilangan dan / atau kerosakan kenderaan yang dilindungi.
- Bantuan Baki Kad Kredit Islamik
- Bantuan Pembiayaan Pinjaman Kereta Islamik
- Elaun untuk Kereta (Kerosakan/Kehilangan/Kerugian Sepenuhnya (total loss) /Kecurian/Banjir/ pecah dan samun)
Manfaat Program Bantuan Kereta
Program bantuan kenderaan yang akan membantu peserta Takaful atau pemandu sekiranya berlaku kerosakan kenderaan yang dilindungi. Ini termasuk tiada had jarak dan had permintaan tidak terhad.
- Bantuan sisi jalan 24-jam
(TIADA HAD JARAK, TIADA HAD PERMINTAAN) - Bantuan Kerosakan 24-jam
(TIADA HAD PERMINTAAN) - Perbelanjaan Teksi & Penginapan Hotel
Perincian faedah ini dijelaskan dalam rujukan yang dilampirkan.