
- IKHLAS Perlindungan Tenang kini tersedia untuk langganan berkuat kuasa 15 Februari 2022. “Perlindungan Tenang” adalah merupakan inisiatif nasional untuk menyediakan pelan takaful yang mudah dan berpatutan.
- Dengan sumbangan serendah RM75 setahun, peserta layak untuk mendapat jumlah perlindungan maksimum sehingga RM45,000* (*kematian akibat kemalangan untuk umur 16-30 tahun). Produk ini menyediakan perlindungan terhadap kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK) akibat semulajadi atau kemalangan.
- Langganan boleh dilakukan dengan menggunakan Baucar Perlindungan Tenang (PTV) untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak. Kelayakan BKM boleh disemak di https://www.myptv.my/. Sebagai alternatif, langganan juga boleh dilakukan secara bayaran tunai di Pengedar Perlindungan terpilih.
- Sila layari laman web Pengedar Perlindungan Tenang kami untuk melanggan produk Perlindungan Tenang ini.
- Pengedar Perlindungan Tenang: -
- Cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad Seluruh Negara
Sila layari laman web Bank Muamalat untuk maklumat lanjut. - Persatuan Kebajikan Usahawan Mikro Malaysia Nationwide (PKUMM)
Sila hubungi ejen-ejen yang dilantik oleh PKUMM untuk maklumat lanjut. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia Nationwide (PPIM)
Sila hubungi ejen-ejen yang dilantik oleh PPIM untuk maklumat lanjut. - Agrobank Branches Nationwide
Sila layari laman web Agrobank untuk maklumat lanjut.
- Cawangan Bank Muamalat Malaysia Berhad Seluruh Negara
- Risalah IKHLAS Perlindungan Tenang
Klik di sini untuk memapar Risalah IKHLAS Perlindungan Tenang
- Helaian Keterangan Produk (PDS) IKHLAS Perlindungan Tenang
Klik di sini untuk memapar Helaian Keterangan Produk (PDS) IKHLAS Perlindungan Tenang
- Mengenai Perlindungan Tenang
Perlindungan Tenang – Mampu milik dan mudah untuk semua
Perlindungan insurans atau takaful ialah sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan masa depan kerana ia menawarkan jaring keselamatan untuk anda dan keluarga. Ia juga memastikan semua orang mendapat perlindungan dari segi kewangan sekiranya berlaku kematian, kebakaran atau apa-apa yang tidak diingini.
Ia memberikan anda ketenangan fikiran kerana anda tahu bahawa orang tersayang akan menerima sejumlah wang bagi menampung perbelanjaan jika sesuatu berlaku kepada anda.
Melalui Perlindungan Tenang, anda kini boleh membeli atau menyertai pelan perlindungan yang mampu dimiliki dan mudah difahami, dengan proses tuntutan yang senang.
Dapatkan produk Perlindungan Tenang daripada Takaful IKHLAS hari ini.
- Manfaat Perlindungan Tenang
Mampu Milik
Sumbangan dari hanya beberapa ringgit setiap bulan
Pelan boleh diperbaharui setiap tahun
Mudah
Senang difahami
Bayaran sekaligus kepada benefisiari (penama) apabila berlaku kematian
Mudah untuk Disertai
Dapatkan terus di atas talian atau daripada syarikat, pengendali atau wakil insurans/takaful
Juga boleh didapati di cawangan bank terpilih dan syarikat pengendali telefon mudah alih
Proses Tuntutan yang Mudah
Tuntutan yang disertakan dokumen yang lengkap akan dibayar dalam tempoh lima (5) hari bekerja
- Risalah Perlindungan Tenang
Klik di sini untuk memapar Risalah Perlindungan Tenang
- Baucar Perlindungan Tenang FAQ
- Video Perlindungan Tenang
- Video Baucar Perlindungan Tenang