Polisi Privasi

Heading

Heading

Kepercayaan merupakan teras utama terbinanya Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS). Atas teras ini, kami komited melindungi privasi individu-individu di dalam hubungan perniagaan dengan kami. Polisi Privasi ini menerangkan cara-cara bagaimana maklumat peribadi anda dikumpul, diguna pakai dan diselia oleh Takaful IKHLAS mengikut undang-undang dan peraturan perlindungan data.

 

Maklumat Peribadi

Kami mengumpul maklumat peribadi melalui pelbagai cara termasuk melalui laman sesawang semasa berurusan dengan anda. “Maklumat Peribadi” adalah maklumat/data yang berkenaan dan berkaitan dengan anda atau individu lain yang mempunyai hubungan dengan anda.

 

Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpul

Maklumat peribadi yang mungkin kami kumpul mengenai anda dan individu yang berkaitan dengan anda bergantung kepada hubungan anda dengan kami. Ini termasuk:

  • Maklumat pengenalan dan hubungan

Nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, jantina, status perkahwinan, tarikh lahir, kata laluan, latar pendidikan, sifat fizikal, rekod berkaitan seperti rekod memandu, gambar, pengalaman pekerjaan, kemahiran dan pengalaman, lesen profesional dan afiliasi- afiliasi, hubungan dengan peserta, orang yang dilindungi atau pihak menuntut, tarikh dan punca kematian, kecederaan atau kehilangan upaya.

  • Nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh badan-badan atau agensi-agensi kerajaan

Nombor kad pengenalan, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, nombor pasport, nombor cukai pendapatan, nombor pengenalan tentera atau nombor lesen memandu atau nombor lesen lain.

  • Maklumat kewangan dan butiran akaun

Nombor kad debit/kredit, nombor akaun bank, sejarah kredit, skor kredit, aset, pendapatan dan lain-lain maklumat kewangan.

  • Maklumat perubatan dan status kesihatan

Kondisi fizikal, mental atau perubatan semasa atau terdahulu, status kesihatan, kecederaan atau maklumat hilang upaya, prosedur perubatan yang dijalani, tabiat peribadi (merokok atau meminum alkohol) maklumat preskripsi dan rekod perubatan.

  • Maklumat sensitif lain

Kami mungkin menerima maklumat sensitif tentang kepercayaan agama anda, etnisiti, pandangan politik, sejarah perubatan keluarga atau maklumat genetik di dalam kes tertentu. Kami mungkin juga menerima maklumat berkenaan rekod jenayah atau sejarah litigasi sivil dalam proses menghalang, mengesan dan menyiasat penipuan. Kami juga mungkin menerima maklumat sensitif jika anda secara sukarela memberikannya kepada kami.

  • Rakaman telefon

Rakaman panggilan telefon dengan kakitangan kami, wakil atau pusat panggilan.

  • Maklumat dalam menyediakan produk dan perkhidmatan kami

Lokasi dan butiran harta yang dilindungi (contohnya, alamat harta, no plat kenderaan atau nombor pengenalan), rancangan perjalanan, umur, kategori individu yang ingin dilindungi, sijil atau nombor tuntutan, perlindungan/maklumat peril, punca kerugian, kemalangan terdahulu atau sejarah kerugian, status anda, pemilikan atau kepentingan pengurusan di dalam sesebuah organisasi, dan takaful atau insurans lain yang disertai.

  • Keutamaan pemasaran anda dan maklum balas pelanggan

Anda boleh memaklumkan kepada kami tentang keutamaan pemasaran anda, menyertai pertandingan, cabutan hadiah atau promosi jualan lain, atau pengertian dalam kaji selidik kepuasan pelanggan.

 

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi

Maklumat Peribadi akan digunakan untuk:

  • Berhubung dengan anda dan orang lain dalam berurusan dengan kami.
  • Menghantar maklumat penting kepada anda berkenaan perubahan kepada polisi kami, terma dan syarat-syarat lain, laman sesawang kami dan maklumat pentadbiran yang lain.
  • Membuat keputusan sama ada untuk menyediakan perlindungan takaful, perkhidmatan bantuan takaful termasuk penilaian tuntutan, pemprosesan dan penyelesaian, dan sekiranya perlu, mengurus pertikaian tuntutan.
  • Menilai kelayakan anda bagi pelan pembayaran, dan memproses sumbangan anda serta pembayaran lain.
  • Menawarkan kualiti, latihan dan keselamatan yang lebih baik (sebagai contoh, merekod atau memantau panggilan telefon yang kami terima).
  • Mencegah, mengesan dan menyiasat jenayah, termasuk penipuan, penggubahan wang  dan menganalisa serta mengurus risiko komersial lain.
  • Menjalankan penyelidikan dan analisis pemasaran, termasuk kajian kepuasan.
  • Menyediakan maklumat pemasaran kepada anda (termasuk maklumat berkenaan produk lain dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh rakan kongsi pihak ketiga) mengikut pilihan yang telah anda nyatakan.
  • Meningkatkan pengalaman anda di laman sesawang kami dengan memberikan maklumat dan iklan yang bersesuaian dengan anda.
  • Membenarkan anda untuk mengambil bahagian dalam pertandingan, cabutan hadiah dan promosi yang seumpamanya, dan untuk mengendalikan aktiviti-akitivit tersebut. Sesetengah aktiviti mempunyai terma dan syarat tambahan, di mana ianya melibatkan maklumat tambahan mengenai cara kami mengguna dan menyelia Maklumat Peribadi anda, justeru kami mencadangkan anda membaca dengan teliti.
  • Menguruskan infrastruktur dan operasi perniagaan, dan mematuhi polisi dan prosedur dalaman, termasuk yang berkaitan dengan pengauditan, bil dan pungutan, sistem IT, data dan penyediaan laman sesawang, kesinambungan perniagaan, dan rekod, dokumen dan pengurusan percetakan.
  • Menyelesaikan aduan dan permohonan bagi mengakses data atau membuat pembetulan.
  • Mematuhi undang-undang dan kewajipan (termasuk undang-undang di luar negara tempat tinggal anda) seperti melibatkan penggubahan wang haram dan anti-keganasan, mematuhi proses undang-undang, dan jawapan terhadap permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan (termasuk yang melibatkan diluar negara tempat tinggal anda)
  • Memantapkan dan mempertahankan hak undang-undang, melindungi operasi kami atau peruntukan mana-mana rakan kongsi perniagaan, hak kami, privasi, keselamatan atau harta anda atau orang lain dan mendapatkan remedi yang ada atau menghadkan kerugian kami.

 

Bagaimana Kami Mengumpul Maklumat Peribadi

Takaful IKHLAS mengumpul Maklumat Peribadi melalui pelbagai saluran. Saluran yang biasa digunakan adalah apabila:

  • anda memohon sebut harga bagi produk kami;
  • anda menghantar borang cadangan kepada Takaful IKHLAS untuk menyertai produk kami;
  • anda berinteraksi dengan mana-mana ejen atau wakil kami;
  • anda memberikan maklum balas kepada permintaan bagi data peribadi tambahan;
  • anda melayari laman sesawang kami dan melalukan transaksi atas talian;
  • anda berinteraksi dengan pegawai perhubungan pelanggan kami;
  • anda dihubungi oleh, dan berhubung/berkomunikasi dengan wakil jualan kami; dan/atau
  • anda menyertai apa-apa pertandingan atau promosi kami.

 

Pemindahan Maklumat Peribadi Di luar Malaysia

Berdasarkan keperluan beberapa produk kami, bagi maksud yang dinyatakan di atas, pihak kami boleh memindahkan Maklumat Peribadi kepada pihak lain yang berada di negara lain. Contohnya, kami boleh memindahkan Maklumat Peribadi bagi memproses tuntutan takaful bagi perjalanan antarabangsa dan dalam penyediaan perkhidmatan bantuan perubatan kecemasan apabila anda berada di luar negara.  Pihak kami boleh menghantar maklumat ke peringkat antarabangsa kepada penyedia perkhidmatan, rakan kongsi dan kerajaan atau pihak berkuasa.

 

Perkongsian Maklumat Peribadi

Takaful IKHLAS boleh memberikan Maklumat Peribadi kepada:

  • Syarikat dalam Kumpulan MNRB Holdings

Akses kepada Maklumat Peribadi dalam kumpulan adalah terhad kepada individu yang mempunyai keperluan untuk memproses maklumat bagi tujuan perniagaan kami.

  • Takaful lain dan pihak pengedaran

Dalam proses pemasaran dan pemberian perlindungan takaful, dan proses tuntutan, Takaful IKHLAS mungkin akan menyediakan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga seperti penyedia takaful atau insurans yang lain, penyedia takaful semula  dan syarikat insurans semula, broker takaful atau insurans dan takaful semula atau insurans semula dan orang hubungan yang lain dan juga ejen, wakil dilantik, pengedar, rakan perhubungan pemasaran, dan institusi kewangan, firma-firma saham dan rakan-rakan perniagaan yang lain.

  • Penyedia Perkhidmatan Kami

Penyedia perkhidmatan pihak ketiga, seperti pakar perubatan, akauntan, aktuari, juru audit, pakar-pakar, peguam dan pakar penasihat luar, penyedia bantuan kesihatan dan pelancongan, penyedia pusat panggilan, bantuan kerosakan, sistem teknologi maklumat, sokongan dan penyedia perkhidmatan, percetakan, pengiklanan, pemasaran dan kajian pasaran dan penyedia perkhidmatan analisis, bank-bank dan institusi kewangan menguruskan akaun kami, pentadbir tuntutan pihak ketiga, penyedia  pengurusan rekod dan dokumen, penyiasat tuntutan dan pelaras, perunding pembinaan, jurutera-jurutera, pemeriksa, penterjemah, dan vendor pihak ketiga yang sama dan juga penyedia perkhidmatan luar yang membantu dalam menjalankan aktiviti perniagaan.

  • Pihak berkuasa Kerajaan dan pihak ketiga yang terlibat dalam tindakan mahkamah

Takaful IKHLAS juga boleh berkongsi Maklumat Peribadi dengan pihak kerajaan dan pihak berkuasa awam (termasuk tetapi tidak terhad kepada, pihak lembaga pampasan pekerjaan, mahkamah, penguatkuasa, pihak berkuasa cukai dan agensi penyiasatan jenayah), dan pihak ketiga proses undang-undang sivil beserta akauntan, juru audit, peguam dan penasihat dan juga wakil-wakil yang perlu ada dan berkenaan, (a) untuk mengikut undang-undang yang diterima pakai, termasuk undang-undang luar negara dimana anda tinggal, (b) mengikut proses undang-undang,(c) menjawab permintaan dari pihak berkuasa awam dan kerajaan, termasuk pihak berkuasa awam dan kerajaan yang berada di luar negara dimana anda tinggal, (d) menguatkuasa terma dan syarat kami, (e) untuk melindungi operasi kami, (f) melindungi hak, rahsia, keselamatan dan harta benda kami, anda dan pihak lain, dan (g) membolehkan pihak kami untuk mendapatkan remedy yang ada menghadkan kerosakan.

  • Pihak Ketiga yang Lain

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi dengan pembayar, penyedia perkhidmatan kecemasan (kebakaran, polis, penyedia perubatan kecemasan), peruncit, rangkaian perubatan, organisasi dan penyedia, syarikat penerbangan, biro kredit, agensi laporan kredit, dan pihak lain yang terlibat dengan tuntutan, serta pembeli dan bakal pembeli atau pihak-pihak lain dalam mana-mana cadangan penyusunan semula, penyatuan, penjualan, perkongsian, tugasan, perpindahan atau transaksi lain yang berkaitan secara langsung atu tidak langsung dengan perniagaan, aset-aset dan stok kami.

 

Keselamatan

Takaful IKHLAS akan mengambil langkah-langkah yang perlu yang bersesuaian denggan undang- undang-undang keselamatan data dan kerahsiaan.  Walau bagaimanapun, tiada jaminan 100% untuk keselamatan data bagi transaksi data yang melalui pelayaran Internet atau sistem penyimpanan data.  Jika anda merasakan interaksi antara anda dan pihak kami sudah tidak selamat (contohnya, jika anda merasa curiga terhadap keselamatan berkaitan Maklumat Peribadi yang ada pada kami), sila maklumkan kepada pihak kami dengan kadar segera.

Apabila Takaful IKHLAS memberikan Maklumat Peribadi kepada penyedia perkhidmatan, pihak perkhidmatan akan dipilih dengan teliti dan mengambil langkah yang perlu bagi memastikan Maklumat Peribadi sentiasa dilindungi dan berada dalam keadaan selamat.

 

Simpanan Maklumat Peribadi

Pihak Takaful IKHLAS akan mengambil langkah yang perlu dalam memastikan Maklumat Peribadi yang diproses adalah boleh dipercayai untuk tujuan penggunaan, tepat dan sempurna seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi.  Takaful IKHLAS akan menyimpan Maklumat Peribadi untuk memenuhi tujuan seperti yang digariskan dalam Polisi Privasi.  Melainkan Maklumat Peribadi tersebut perlu di kekalkan lebih lama seperti yang dikehendaki oleh undang-undang.

 

Maklumat Peribadi Individu Lain

Jika anda memberi Maklumat Peribadi individu lain kepada Takaful IKHLAS, anda bersetuju untuk: (a) memberitahu individu terbabit mengenai isi kandungan Polisi Privasi, dan (b) mendapatkan kebenaran daripada individu tersebut untuk kumpul, guna, selia dan pindah maklumat (termasuk pindahan menyeberangi sempadan) selaras dengan Polisi Privasi.

 

Keutamaan Pemasaran Anda

Pihak kami akan sentiasa memberikan peluang kepada anda untuk memaklumkan kepada kami mengenai keutamaan pemasaran anda, termasuk dalam komunikasi dengan anda. Sila hubungi kami di ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my bagi maklumat keutamaan pemasaran dan juga pilihan untuk menarik diri.

Kami cuba untuk memenuhi permintaan anda untuk menarik diri dalam tempoh masa yang munasabah.  Sila ambil perhatian, jika anda menarik diri seperti yang dinyatakan di atas, pihak kami tidak dapat mengeluarkan Maklumat Peribadi anda dari pangkalan data pihak ketiga yang kami kongsikan. Untuk perhatian juga, jika anda menarik diri, pihak kami masih akan menghantar komunikasi administrasi yang penting yang mana anda tidak boleh menarik diri dari menerimanya.

 

Akses dan Permintaan Pembetulan, Soalan dan Kekhuatiran

Anda mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan Maklumat Peribadi anda.  Anda boleh menghubungi kami di ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my bagi sebarang kekhuatiran atau persoalan dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan pemprosesan  Maklumat Peribadi anda.  Untuk perhatian, ada sesetengah Maklumat Peribadi dikecualikan dari diakses dan diperbetulkan seperti yang dinyatakan di dalam undang-undang perlindungan data privasi tempatan.

 

Maklumat Lain Yang Dikumpul Melalui Laman Sesawang

“Maklumat lain” adalah maklumat yang tidak akan mendedahkan identiti anda secara terperinci, seperti:

  • Maklumat pelayar;
  • Maklumat yang dikumpul melalui cookies, tag pixel dan teknologi lain;
  • Maklumat demografi dan maklumat lain yang anda sediakan; dan
  • Maklumat agregasi.

Kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga berkemungkinan akan mengumpulkan Maklumat Lain dengan beberapa cara, seperti:

  • Melalui pelayar internet anda: Ada maklumat yang tertentu yang selalunya dikumpulkan melalui kebanyakan laman sesawang, seperti alamat IP (contoh: alamat komputer anda di internet), resolusi skrin, jenis sistem operasi (Windows or Mac) dan versi, jenis dan versi pelayar internet, masa melayari dan muka laman sesawang.  Kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk mengira tahap penggunaan laman sesawang, untuk membantu mendiagnosis masalah server, dan pentadbiran laman sesawang terbabit.
  • Penggunaan cookies: Cookies adalah serpihan maklumat yang disimpan secara terus di komputer yang anda gunakan. Cookies membenarkan kami untuk mengenal pasti komputer anda dan mengumpulkan maklumat seperti jenis pelayar internet dan masa yang digunakan di laman sesawang kami, laman yang dilawat, serta keutamaan bahasa.  Kami akan menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan keselamatan, memudahkan pengemudian, maklumat yang dipamerkan akan lebih efektif, untuk menyesuaikan pengalaman anda semasa melayari laman sesawang kami, atau untuk mengumpul maklumat bersifat statistik berkenaan penggunaan laman sesawang kami. Cookies juga membantu kami untuk memperlihatkan kepada anda iklan dan juga tawaran yang menarik perhatian anda.  Kami menggunakan cookies untuk menjejaki maklumbalas anda berkenaan iklan tersebut dan juga menggunakan fail yang lain untuk melihat penggunaan anda di laman sesawang yang lain.
  • Daripada anda: Sesetengah maklumat (contoh, tempat atau keutamaan komunikasi) dikumpulkan secara automatik apabila anda memberikannya kepada kami.  Melainkan, jika disatukan dengan Maklumat Peribadi, maklumat ini tidak akan dapat mengenal pasti anda.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan menggunakan dan mendedahkan Maklumat Lain untuk sebarang tujuan, kecuali kami dikehendaki untuk tidak berbuat demikian di bawah undang-undang tertentu.  Jika kami dikehendaki untuk menggunakan Maklumat Lain sebagai Maklumat Peribadi, sebagai tambahan kepada penggunaan yang disenaraikan dalam bahagian Maklumat Lain Yang Dikumpul Melalui Laman Sesawang di atas, kami akan guna dan dedah Maklumat Lain bagi semua tujuan seperti yang pihak kami gunakan untuk Maklumat Peribadi.

 

Laman Sesawang Pihak Ketiga

Polisi Privasi ini tidak melibatkan, dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerahsiaan maklumat atau aktiviti lain yang dilakukan oleh pihak ketiga, termasuk yang mengendalikan sebarang laman yang mempunyai pautan dengan laman sesawang ini.  Tindakan menyertakan pautan di sesebuah laman sesawang tidak menandakan persetujuan bagi pautan tersebut oleh pihak kami. 

 

Perubahan kepada Polisi Privasi

Pihak kami akan sentiasa menyemak Polisi Privasi dan mempunyai hak untuk membuat sebarang perubahan pada bila-bila masa apabila terdapat sebarang perubahan kepada perniagaan kami dan keperluan undang-undang. Sebarang kemaskini akan kami paparkan di laman sesawang kami.

Sila lihat tarikh “PENGEMASKINIAN TERAKHIR” di bawah Polisi Privasi ini untuk mengetahui tarikh terakhir ianya dikemas kini.

PENGEMASKINIAN TERAKHIR pada 28 Mei 2014

Heading

Heading