Notis Privasi

Heading

Heading

Tujuan Notis Privasi

Notis Privasi ini menerangkan bagaimana Maklumat Peribadi anda dikumpulkan, digunakan, diproses dan didedahkan oleh Takaful IKHLAS sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") serta lain-lain undang-undang dan peraturan perlindungan data yang berkuatkuasa.

Maklumat Peribadi

Kami mengumpulkan Maklumat Peribadi melalui pelbagai cara termasuk melalui laman web ini semasa urusan perniagaan kami dengan anda. "Maklumat Peribadi" adalah maklumat yang dapat mengenal pasti anda dan lain-lain maklumat yang berkaitan dengan anda atau individu lain yang berkaitan dengan anda.

Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan

Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan mengenai anda dan individu yang berkaitan dengan anda bergantung pada hubungan anda dengan kami. Ini termasuk:

  • Maklumat pengenalan dan hubungan

Nama, alamat, e-mel, nombor telefon, jantina, status perkahwinan, tarikh lahir, kata laluan, latar belakang pendidikan, atribut fizikal, rekod, seperti rekod memandu, foto, sejarah pekerjaan, kemahiran dan pengalaman, lesen profesional dan gabungan, hubungan dengan peserta, orang yang dilindungi atau penuntut, dan tarikh dan sebab kematian, kecederaan atau kecacatan.

  • Nombor pengenalan yang dikeluarkan oleh badan atau agensi kerajaan

Nombor kad pendaftaran nasional, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, nombor pasport, nombor pendaftaran cukai, nombor pengenalan tentera, atau nombor lesen pemandu atau lain-lain.

  • Maklumat kewangan dan butiran akaun

Nombor kad pembayaran, nombor akaun bank dan maklumat akaun, sejarah kredit dan skor kredit, aset, pendapatan dan maklumat kewangan lain.

  • Maklumat sensitif

Keadaan perubatan dan keadaan kesihatan anda - Keadaan fizikal atau mental atau perubatan semasa atau sebelumnya, status kesihatan, maklumat kecederaan atau kecacatan, prosedur perubatan yang dilakukan, tabiat peribadi (contohnya, merokok atau pengambilan alkohol), maklumat preskripsi dan lain-lain sejarah perubatan.

Kami mungkin menerima lain-lain maklumat sensitif mengenai kepercayaan agama anda, etnik, pendapat politik, sejarah perubatan keluarga atau maklumat genetik dalam situasi tertentu. Kami juga kemungkinan memperoleh maklumat anda mengenai rekod jenayah atau sejarah perbicaraan undang-undang di mahkamah bagi tujuan proses pencegahan, pengesanan dan penyiasatan penipuan. Kami juga mungkin menerima maklumat sensitif ini jika anda memberikannya secara sukarela kepada kami.

  • Rakaman telefon

Rakaman panggilan dan perbualan telefon dengan kakitangan, wakil atau pusat hubungan kami.

  • Maklumat yang membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan

Lokasi dan pengenalan harta benda yang dilindungi (contohnya alamat harta tanah, plat kenderaan atau nombor pengenalan), rancangan perjalanan, umur, kategori individu yang ingin anda lindungi, nombor sijil dan tuntutan, perincian perlindungan/ pendedahan kepada risiko, penyebab kehilangan, kemalangan sebelumnya atau sejarah kehilangan, pemilikan atau kepentingan pengurusan dalam organisasi, dan takaful atau insurans lain yang anda pegang.

  • Pilihan pemasaran dan maklum balas pelanggan

Anda boleh memberitahu kami mengenai pilihan pemasaran yang diingini, mengikuti pertandingan atau cabutan hadiah atau promosi penjualan lain, atau menjawab soalan kajian kepuasan pelanggan.

Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi

Kami menggunakan Maklumat Peribadi ini untuk:

  • Berkomunikasi dengan anda dan pihak yang terlibat sebagai sebahagian daripada operasi perniagaan kami.
  • Menyalurkan maklumat penting kepada anda mengenai apa-apa perubahan pada polisi perniagaan kami, terma dan syarat, laman web dan lain-lain maklumat pentadbiran.
  • Membuat keputusan dari segi sama ada kami dapat menyediakan perlindungan takaful, perkhidmatan bantuan takaful, termasuk penilaian tuntutan, pemprosesan dan penyelesaian, dan, jika berkenaan, menguruskan tuntutan yang dalam pertikaian.
  • Menilai kelayakan anda untuk rancangan pembayaran, dan memproses sumbangan anda dan lain-lain pembayaran yang berkaitan.
  • Meningkatkan kualiti, latihan dan keselamatan kepada yang lebih baik (misalnya, berkaitan dengan panggilan
  • Mencegah, mengesan, menganalisis, mengurus dan menyiasat jenayah, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram serta menganalisis dan mengurus risiko komersial lain.
  • Menjalankan penyelidikan dan analisis pasaran, termasuk kajian kepuasan pelanggan.
  • Menyalurkan maklumat pemasaran kepada anda (termasuk maklumat mengenai produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh rakan kongsi terpilih) sesuai dengan pilihan yang telah anda nyatakan.
  • Menjadikan pengalaman anda di laman web kami dan platform digital lain istimewa dengan menyampaikan maklumat dan iklan yang sesuaikan kepada anda.
  • Memberi peluang pada anda untuk mengambil bahagian dalam peraduan, cabutan hadiah dan promosi yang serupa, dan untuk mentadbir urus aktiviti berkaitan. Aktiviti-aktiviti sebegini mempunyai syarat dan ketentuan tambahan, yang mungkin mengandungi maklumat tambahan tentang bagaimana kami menggunakan dan mendedahkan Maklumat Peribadi anda, jadi kami menyarankan agar anda membacanya dengan teliti.
  • Menguruskan infrastruktur dan operasi perniagaan kami, dan mematuhi polisi dan prosedur dalaman, termasuk yang berkaitan dengan pengauditan, kewangan dan perakaunan, pengeluaran bil dan bayaran, sistem IT, pengehosan pengkalan data dan laman web, kesinambungan perniagaan, dan pengurusan rekod, dokumen dan cetak.
  • Menyelesaikan aduan, dan menangani permintaan untuk akses atau pembetulan data.
  • Mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikuatkasakan (termasuk undang-undang di luar negara anda), seperti yang berkaitan dengan anti penggubahan wang haram dan anti keganasan, mematuhi proses undang-undang, dan respon terhadap permintaan daripada pihak berkuasa awam dan kerajaan (termasuk yang di luar negara anda).
  • Menetapkan serta mempertahankan undang-undang, melindungi operasi kami atau mana-mana rakan niaga takaful, hak, privasi, keselamatan atau harta dan perbendaharaan kami, anda atau orang lain, dan bagi mencari kaedah penyelesaian sesuai yang ada atau menghadkan risiko kerugian

Bagaimana Kami Mengumpulkan Maklumat Peribadi

Takaful IKHLAS mengumpulkan Maklumat Peribadi melalui pelbagai saluran dan medium. Saluran biasa yang kami sediakan adalah ketika:

  • anda meminta sebut harga untuk produk kami;
  • anda menghantar borang cadangan kepada Takaful IKHLAS untuk penyertaan dalam produk kami;
  • anda berinteraksi dengan mana-mana ejen atau wakil kami;
  • anda menjawab permintaan kami untuk data peribadi tambahan;
  • anda mengakses laman web kami dan melakukan transaksi dalam talian;
  • anda berinteraksi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami;
  • anda dihubungi oleh, dan bertindak balas terhadap telemarketer kami; dan/ atau
  • anda mengambil bahagian dalam sebarang peraduan atau promosi kami.

Pemindahan Maklumat Peribadi ke Luar Malaysia

Oleh kerana ciri tertentu beberapa produk kami, untuk tujuan yang dinyatakan di atas, kami mungkin akan memindahkan Maklumat Peribadi ke pihak yang berada di negara lain. Sebagai contoh, kami mungkin memindahkan Maklumat Peribadi untuk memproses tuntutan takaful perjalanan antarabangsa dan memberikan perkhidmatan bantuan perubatan kecemasan semasa anda berada di luar negara. Kami mungkin memindahkan maklumat ke peringkat antarabangsa pada penyedia perkhidmatan kami, rakan niaga dan pihak berkuasa kerajaan atau awam.

Pendedahan Maklumat Peribadi

Takaful IKHLAS boleh mendedahkan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan di atas dan menyediakan Maklumat Peribadi kepada pihak tertentu, secara ketat berdasarkan keperluan tersebut untuk:

  • Syarikat dalam Kumpulan MNRB Holdings

Akses ke Maklumat Peribadi dalam Kumpulan adalah terhad kepada individu yang mempunyai keperluan untuk mengakses maklumat tersebut untuk tujuan perniagaan kami.

  • Pengendali takaful dan pihak pengedaran lain

Semasa menjalankan pemasaran dan menyediakan perlindungan takaful, dan memproses tuntutan dan bagi memudahkan prosess pencegahan dan pengesanan kes penipuan, Takaful IKHLAS boleh menyediakan Maklumat Peribadi kepada pihak ketiga seperti pengendali takaful lain atau penanggung insurans, pengendali takaful semula atau penanggung insurans semula, takaful atau insurans dan takaful semula atau insurans semula broker dan perantara dan ejen lain, wakil yang dilantik, pengedar, rakan pemasaran, dan institusi kewangan, firma sekuriti dan rakan perniagaan yang lain.

  • Penyedia perkhidmatan kami

Penyedia perkhidmatan pihak ketiga luaran, seperti profesional perubatan, akauntan, aktuari, juruaudit, pakar, peguam dan penasihat profesional luar lain, penyedia bantuan perjalanan dan perubatan, penyedia perkhidmatan pusat panggilan, bantuan kerosakan, sistem IT, penyedia perkhidmatan sokongan dan penghosan, penyedia perkhidmatan percetakan, pengiklanan, pemasaran dan penyelidikan dan analisis pasaran, bank dan institusi kewangan yang mengendalikan akaun kami, pentadbir urus tuntutan pihak ketiga, penyedia khidmat pengurusan dokumen dan rekod, penyiasat tuntutan dan penyelesai, perunding pembinaan, jurutera, pemeriksa, penterjemah, dan lain-lain perkhidmatan pihak ketiga dan penyedia perkhidmatan luar yang membantu kami menjalankan aktiviti perniagaan.

  • Pihak berkuasa kerajaan dan pihak ketiga yang terlibat dalam tindakan mahkamah

Takaful IKHLAS juga boleh berkongsi Maklumat Peribadi dengan pemerintah atau pihak berkuasa awam lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada, lembaga pampasan pekerja, mahkamah, penguatkuasaan undang-undang, pihak berkuasa cukai dan agensi penyiasatan jenayah), dan pihak ketiga yang terlibat dalam proses undang-undang sivil dan akauntan mereka, juruaudit, peguam dan penasihat dan wakil lain yang kami fikirkan perlu atau sesuai: (a) untuk mematuhi undang-undang yang berlaku, termasuk undang-undang di luar negara, (b) untuk mematuhi proses undang-undang, (c) untuk memberi kerjasama menjawab permintaan daripada industri dan persekutuan dan pihak berkuasa awam dan kerajaan, termasuk pihak berkuasa awam dan kerajaan di luar negara, (d) untuk menguatkuasakan terma dan syarat kami, (e) untuk melindungi operasi kami (f) untuk melindungi hak, privasi, keselamatan kami atau harta dan perbendahraan, anda atau orang lain, dan (g) untuk membolehkan kami mencari kaedah penyelesaian sesuai yang ada atau mengehadkan kerugian kami.

  • Pihak ketiga yang dibenarkan

Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi dengan penerima bayaran, penyedia khidmat kecemasan (perkhidmatan kecemasan kebakaran, polis dan perubatan), peruncit, rangkaian perubatan, organisasi dan penyedia perkhidmatan, perkhidmatan perjalanan, biro kredit, agensi pelaporan kredit, dan orang lain yang terlibat dalam insiden yang menjadi subjek tuntutan, serta pembeli dan calon pembeli atau pihak lain dalam penyusunan semula organisasi, penggabungan, penjualan, usaha sama, penyerahan hak, pemindahan atau transaksi lain yang berkaitan atau yang dicadangkan yang berkaitan dengan semua atau mana-mana bahagian perniagaan, aset atau stok kami.

Kami Memerlukan Persetujuan Anda

Semasa memohon produk dan perkhidmatan kami, anda akan diminta untuk memberikan Maklumat Peribadi anda kepada kami untuk tujuan mendapatkan khidmat perlindungan. Dengan persetujuan ini dianggap bahawa anda telah memberikan persetujuan (termasuk persetujuan yang tepat dan jelas tanpa ada keraguan melibatkan Maklumat Peribadi orang lain yang berkaitan dengan sijil anda) untuk tujuan proses yang berkaitan di atas. Sekiranya gagal memberikan Maklumat Peribadi yang diperlukan, kami tidak dapat memberikan perlindungan yang dipohon atau khidmat kepada anda.

Maklumat Peribadi Individu Lain

Sekiranya anda memberikan Maklumat Peribadi kepada Takaful IKHLAS mengenai individu lain, anda bersetuju: (a) untuk memberitahu individu berkenaan kandungan Notis Privasi ini, dan (b) untuk mendapatkan persetujuan yang diperlukan secara sah bagi pengumpulan, penggunaan, pendedahan, dan pemindahan (termasuk pemindahan rentas sempadan) Maklumat Peribadi individu tersebut mengikut Notis Privasi ini.

Keselamatan

Takaful IKHLAS akan mengambil langkah-langkah yang sesuai, sesuai dengan undang-undang privasi dan keselamatan data yang berkuatkuasa. Walaubagaimanapun, tiada penghantaran data melalui Internet atau sistem penyimpanan data dapat dijamin selamat 100%. Sekiranya anda mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa interaksi anda dengan kami tidak lagi terjamin (contohnya, jika anda merasakan bahawa keselamatan sebarang Maklumat Peribadi yang mungkin anda telah kongsikan dengan kami telah tergugat), sila maklumkan kepada kami dengan segera.

Apabila Takaful IKHLAS memberikan Maklumat Peribadi kepada penyedia perkhidmatan luar, penyedia perkhidmatan ini akan dipilih dengan berhati-hati dan diminta untuk menggunakan langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan Maklumat Peribadi.

Penyimpanan Maklumat Peribadi

Takaful IKHLAS mengambil langkah yang wajar untuk memastikan bahawa Maklumat Peribadi yang kami proses boleh dipercayai untuk tujuan penggunaannya, serta tepat dan lengkap untuk melaksanakan tujuan yang dijelaskan dalam Notis Privasi ini. Takaful IKHLAS akan menyimpan Maklumat Peribadi untuk jangka masa yang diperlukan bagi memenuhi tujuan yang digariskan dalam Notis Privasi ini kecuali untuk tempoh penyimpanan yang diperlukan lebih lama atau yang dibenarkan oleh undang-undang.

Pilihan Pemasaran

Kami akan memberi anda peluang berkala untuk memberitahu kami pilihan pemasaran anda, termasuk cara komunikasi kami kepada anda. Anda boleh menghubungi kami di ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my atau menulis ke alamat yang dinyatakan di bahagian bawah Notis Privasi ini untuk memberitahu kami pilihan pemasaran anda dan sama ada memilih untuk menerima “opt-in” atau menarik diri “opt-out”.

Kami akan memenuhi permintaan anda untuk menarik diri dalam jangka masa yang munasabah. Harap maklum bahawa jika anda memilih untuk menarik diri seperti yang dijelaskan di atas, kami tidak akan dapat menarik semula Maklumat Peribadi anda dari pangkalan data pihak ketiga yang telah kami kongsikan. Perlu diketahui juga bahawa jika anda memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran dari kami, kami masih boleh menghantar komunikasi berkaitan pentadbiran penting lain yang mana perkara ini tidak ada apa-apa pilihan.

Permintaan Akses dan Pembetulan, Pertanyaan dan Keperihatinan

Anda berhak untuk mengakses, dan membetulkan Maklumat Peribadi anda. Sila hubungi kami di ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my untuk sebarang permintaan atau jika anda mempunyai pertanyaan atau memerlukan penerangan mengenai bagaimana kami memproses Maklumat Peribadi. Sila ambil perhatian bahawa Maklumat Peribadi tertentu mungkin dikecualikan untuk akses atau pembetulan sejajar dengan undang-undang privasi dan perlindungan data yang berkuatkuasa.

Maklumat Lain yang Kami Kumpulkan Melalui Laman Web

"Maklumat Lain" adalah maklumat yang tidak mendedahkan identiti khusus anda, seperti:

  • Maklumat pelayar web internet;
  • Maklumat yang dikumpulkan melalui cookies tag piksel dan teknologi lain;
  • Maklumat demografi dan maklumat lain yang anda berikan; dan
  • Maklumat gabungan.

Kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami dapat mengumpulkan Maklumat Lain dengan pelbagai cara, termasuk:

  • Melalui pelayar web internet anda: Maklumat tertentu dikumpulkan oleh kebanyakan laman web, seperti alamat IP anda (iaitu, alamat komputer anda di internet), resolusi skrin, jenis sistem operasi (Windows atau Mac) dan versi, jenis dan versi penyemak imbas internet, masa lawatan dan halaman yang dikunjungi. Kami menggunakan maklumat ini untuk tujuan seperti menghitung tahap penggunaan laman web, membantu mendiagnosis masalah pengguna, dan mentadbir urus laman web kami.
  • Menggunakan cookies: Cookies adalah maklumat yang disimpan terus di komputer yang anda gunakan. Cookies membolehkan kami mengenali komputer anda dan mengumpulkan maklumat seperti jenis pelayar web internet yang digunakan semasa di laman web kami, halaman yang dikunjungi, pilihan bahasa. Kami mungkin menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan keselamatan, untuk memudahkan navigasi, untuk memaparkan maklumat dengan lebih berkesan, untuk memahami kehendak anda melalui pengalaman anda semasa mengunjungi laman web kami, atau untuk mengumpulkan maklumat statistik mengenai penggunaan laman web kami. Cookies membolehkan kami menyampaikan kepada anda iklan atau tawaran yang kemungkinan besar menarik perhatian anda. Kami juga dapat menggunakan cookies untuk menilai respon anda terhadap iklan kami dan kami mungkin menggunakan cookies atau fail lain untuk meneliti penggunaan laman web anda yang lain.
  • Dari anda: sesetengah maklumat (misalnya, lokasi anda atau alat komunikasi pilihan) adalah dikumpulkan semasa anda memberikannya secara sukarela. Kecuali, apabila digabungkan dengan Maklumat Peribadi, maklumat ini tidak boleh mengenal pasti anda secara peribadi.

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin menggunakan dan mengungkapkan Maklumat Lain untuk tujuan apa pun, kecuali jika kami diminta untuk melakukan sebaliknya di bawah undang-undang yang berkuatkuasa. Sekiranya kami diminta untuk mengambil Maklumat Lain sebagai Maklumat Peribadi berdasarkan undang-undang yang berkuatkuasa, maka, selain penggunaan yang disenaraikan di bahagian "Maklumat Lain yang Kami Kumpulkan" di atas, adalah dibolehkan bagi kami menggunakan dan berkongsi Maklumat Lain untuk semua tujuan penggunaan dan perkongsian Maklumat Peribadi.

Laman Web Pihak Ketiga

Notis Privasi ini tidak menangani, dan bertanggungjawab terhadap, privasi, maklumat atau amalan lain dari mana-mana pihak ketiga, termasuk pihak ketiga yang mengendalikan laman web yang mana laman web ini mengandungi pautannya. Penyertaan pautan di laman web tidak bermaksud menyokong laman web yang dipautkan oleh kami.

Perubahan pada Notis Privasi ini

Kami menyemak semula Notis Privasi ini secara berkala dan berhak untuk membuat perubahan pada bila-bila masa sejajar dengan perubahan keperluan perniagaan dan undang-undang syarikat kami. Kami akan paparkan nota pemberitahuan di laman web kami setiap kali dikemas kini.

Sila lihat tarikh "KEMAS KINI TERAKHIR" di bahagian bawah Notis Privasi ini untuk melihat tarikh terakhir ia dikemas kini.

Cara Menghubungi Takaful IKHLAS

Untuk sebarang pertanyaan mengenai Notis Privasi ini, aduan, akses Maklumat Peribadi, pembetulan atau permintaan untuk mengubah Maklumat Peribadi anda, sila hubungi Takaful IKHLAS melalui maklumat berikut:

Jabatan Pengurusan Perhubungan Pelanggan
Takaful IKHLAS
IKHLAS Point
Tower 11A, Avenue 5
Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200, Kuala Lumpur
No telefon: 03-2723 9696
No. faks:03-2723 9998
Emel: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my
Laman sesawang: https://www.takaful-ikhlas.com.my/

KEMAS KINI TERAKHIR pada 16 Ogos 2021

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading