MANFAAT KEWANGAN UNTUK PESERTA TAKAFUL IKHLAS YANG TERJEJAS AKIBAT COVID-19

Heading

Heading

17 Mar 2021

Kuala Lumpur, 17 Mac 2021 – Takaful Ikhlas General Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, menawarkan manfaat kewangan COVID-19 kepada peserta yang terjejas akibat pandemik ini melalui inisitiaf terbaharunya iaitu COVID-19 Relief #weprotecteveryone.

“Kami menyedari impak pandemik COVID-19 ini kepada para peserta Takaful IKHLAS. Pelbagai inisiatif telah kami laksanakan bagi meringankan beban para peserta dan yang terbaharu adalah inisiatif COVID-19 Relief #weprotecteveryone”, kata Eddy Azly Abidin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas General Berhad.

“Fokus kami adalah untuk membantu peserta yang terkesan akibat pendamik ini dan memastikan masyarakat mendapat perlindungan bagi melayakkan mereka untuk menerima manfaat tersebut”, jelas Eddy Azly.

Inisiatif ini adalah percuma kepada peserta Takaful IKHLAS yang mempunyai sijil perlindungan individu bagi mana-mana produk Motor, Kebakaran dan Kemalangan Peribadi (P.A.) termasuk kemalangan peribadi secara berkelompok (GPA).

Melalui inisiatif COVID-19 Relief #weprotecteveryone ini juga, peserta akan menerima manfaat elaun khas hospital sebanyak RM1,000 untuk rawatan di hospital atau manfaat tunai sebanyak RM1,000 kepada benefisiari apabila peserta atau orang yang dilindungi meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Menerusi kempen ini, pelanggan turut berpeluang untuk memenangi hadiah berupa perlindungan kemalangan diri IKHLAS P.A. Permata yang menawarkan perlindungan sehingga RM300,000. Pemenang akan dipilih melalui cabutan bulanan yang diberi nama ‘Cabutan Rezeki COVID-19 Relief #weprotecteveryone.’

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman sesawang rasmi Takaful
IKHLAS www.takaful-ikhlas.com.my.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading