Latihan Industri

Heading

Heading

Takaful Ikhlas Berhad menawarkan peluang pelajar sarjana muda mengikuti program Latihan Industri. Melalui program ini , syarikat menawarkan peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah belajar dan mengembangkan pengetahuan mereka serta melengkapkan mereka dengan pengalaman yang tidak ternilai di dalam pekerjaan ini. 

Program ini juga meliputi peluang untuk memberi pengalaman perniagaan di dalam industri takaful / insurans, cabarannya dan jangkaannya.

Keperluan permohonan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah mengikuti kursus ijazah pertama di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, sama ada di Malaysia atau di luar negara.
  • Tempoh latihan industri berbeza-beza, sekurang-kurangnya minimum dua belas (12) minggu dan maksimum lima puluh dua (52) minggu.

Prosedur permohonan

Pelajar yang berminat dikehendaki mengemukakan dokumen-dokumen berikut :

  1. Surat permohonan daripada pelajar
  2. kurikulum vitae
  3. transkrip terkini
  4. Surat sokongan daripada Universiti

Dokumen-dokumen diatas mesti dihantar sama ada melalui:

 E-mel kepada: mnrb_internship@mnrb.com.my

Atau

Kurier ke alamat berikut :
MNRB Group Internship
Market Training Department
4th Floor, Bangunan Malaysian Re,
No. 17 Lorong Dungun,
Damansara Height,
50490 Kuala Lumpur

Terma dan Syarat: -

  • Permohonan mestilah sampai kepada pihak kami tiga (3) bulan sebelum program berkuatkuasa.
  • Sila anggap permohonan anda tidak berjaya jika anda tidak mendapat maklum balas dari pihak kami dalam linkungan masa dua (2) bulan.
  • Penerimaan atau penolakan tawaran mestilah di beri notis dalam masa dua (2) hari bekerja setelah menerima tawaran.

Heading

Heading