Ejen Am

Heading

Heading

Kerjaya Impian Anda Bermula Di Sini

Inginkan pendapatan tanpa had? Melancong ke mana sahaja secara percuma? Memperolehi Kelayakan Profesional? Jadi Boss sendiri? Dikenali ramai kerana pencapaian dan kecemerlangan?

  • Potensi pasaran Takaful
  • Ejen Takaful sebagai kerjaya
  • Pendapatan yang boleh anda perolehi
  • Menjadi ejen yang berjaya
  • Pengiktirafan dan penganugerahan
  • Komitmen Takaful IKHLAS kepada kejayaan anda

Apakah Yang Boleh Anda Harapkan

Kerjaya di Takaful IKHLAS akan menawarkan anda peluang untuk menjadi boss kepada diri anda sendiri dan peluang untuk benar-benar mempraktikkan nilai-nilai Islam di dalam kerjaya anda. Di Takaful IKHLAS anda akan diberi penghargaan, dianugerah dan mencapai kepuasan diri. Komitmen anda dalam menawarkan khidmat perundingan kewangan dan memberi jaminan perlindungan akan membantu para pelanggan kami untuk mencari sedikit keselesaan di saat menghadapi bencana tidak diduga. APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN IALAH MENGORAK LANGKAH PERTAMA.
 

Mengapa Menyertai Kami

  • Kami menawarkan jaminan kewangan untuk para pelanggan anda yang tidak ternilai
  • Kami mempunyai kakitangan yang berkelayakan dan tinggi tahap profesionalisme
  • Kami akan memandu anda ke arah kejayaan
  • Kami mengiktiraf pencapaian anda
  • Kami menawarkankan insentif tambahan kepada para pelanggan anda
  • Kami komited kepada tanggungjawab kami untuk membuat bayaran tuntutan yang cekap dan pantas

Sertai Kami Sebagai Ejen Takaful IKHLAS dan Kecapi Kejayaan!

Kerjaya sebagai ejen di Takaful IKHLAS akan membawa anda kepada masa depan yang menyeronokkan dengan kemungkinan pendapatan yang memberangsangkan.Sekiranya anda telah menetapkan sasaran anda dan bertekad serta berusaha keras, tiada apa yang tidak mungkin. Kami akan membantu anda di sepanjang perjalanan anda. Mengapa anda perlu menjadi ejen am Takaful IKHLAS?

  • Ianya merupakan pengendali Takaful baru dengan sokongan padu daripada syarikat induk kami
  • Potensi pendapatan tidak terbatas
  • Kewangan- anda 100% tidak bergantung kepada orang lain
  • Anda menentukan sendiri kejayaan anda
  • Latihan yang bersesuaian, alat bantuan dan bahan-bahan jualan akan diberi untuk menyokong kerjaya anda.

Apa yang membuat Takaful IKHLAS sungguh berbeza?

  • Kami beroperasi berlandaskan model Takaful IKHLAS yang mempunyai pelbagai manfaat untuk para pelanggan
  • Pelaburan kami dalam teknologi membolehkan kami menawarkankan perkhidmatan yang lebih baik
  • Sistem kami yang bersepadu mampu menyokong perniagaan kami
  • Memudahkan urusan perniagaan sebagai contohnya komunikasi internet via FLAS dan Point of Sales (POS)
    Selain daripada anugerah dalam bentuk kewangan, Takaful IKHLAS juga mengiktiraf dayausaha dan etika kerja murni dan baik anda.
    Antara anugerah yang boleh anda perolehi:-
    • Anugerah Pencapaian ejen tertinggi Takaful IKHLAS
    • Konvensyen Luar Negara
    • Pertandingan-pertandingan khas

Kewangan anda 100% tidak bergantung kepada orang lain

Sebagai ejen Takaful IKHLAS anda bebas untuk menentukan laluan dan kejayaan anda darii sudut kewangan, berdasarkan inisiatif dan kemahuan diri. Kami menyediakan alat bantuan dan bahan-bahan jualan dalam menyokong perjalanan anda menuju kejayaan Takaful IKHLAS akan menyediakan sokongan berterusan dalam bentuk bahan-bahan untuk aktiviti-aktiviti latihan, ceramah pemasaran dan promosi. Teknologi kami akan membantu ejen-ejen kami dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan, terutamanya perkhidmatan selepas jualan.

Laluan Kerjaya

Karier anda di Takaful IKHLAS bukan saja disokong padu oleh Ketua Agensi anda, malah kami juga kerap menjadualkan rekruit-rekrut baru dengan Program Peluang Takaful IKHLAS (TOP) sebagai landasan untuk memberi penjelasan mengenainya.

Dari kedudukan awal anda sebagai seorang Ejen ke peringkat seterusnya sebagai Penolong Pengurus Unit (AUM) di mana anda mengendali dan membina sendiri kumpulan anda, sebelum ke tahap seterusnya sebagai Pengurus Unit (UM) dan Pengurus Agensi (AM) iaitu sebagai sebahagian daripada peningkatan karier anda bersama syarikat.
Ketika ini, Pengurus-pengurus Agensi sedang mengendalikan urusan pengambilan dan temuduga ejen. Hantar butir-butir peribadi anda dengan borang permohonan dan alamatkannya kepada:-

Pengurus

Jabatan Agensi Am, Komersial, Motor, Francais & Kerjasama

Takaful Ikhlas Berhad
Tower 11A, IKHLAS Point,
Menara 11A, Avenue 5,
Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur

Atau emel ke: ikhlascare@takaful-ikhlas.com.my

Heading

Heading