Soalan Lazim Mengenai Takaful

Heading

Heading

1. Apakah itu Takaful
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya. Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

2. Apakah perbezaan di antara Takaful dan Insurans Konvensional?
TakafulInsurans Konvensional
Berasaskan Semangat Kerjasama Dan 'Tabarru'Semata-Mata Berdasarkan Faktor-Faktor Komersial
Bebas Daripada 'Riba', 'Gharar' Dan 'Maisir'Banyak Terlibat Dengan 'Riba, 'Gharar', Dan 'Maisir'
Majlis Penasihat Syariah (SAC)Tiada Majlis Penasihat Syariah (SAC)
Keuntungan Akan Di Kongsi Di Antara Pengendali (Syarikat) Dan Peserta Berasaskan Mudharabah Atau Yuran Pencapaian PelaburanMempraktikkan Faedah
 

i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.

ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.

iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Apabila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.

iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

[b] Maisir
'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba
'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.

3. Apakah itu Al-Wakalah?
Al-Wakalah merupakan kontrak di mana peserta membenarkan pengendali untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau. Menerusi kontrak ini, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan untuk urusan ini, dan ianya diambil daripada Dana Akaun Ta'awuni (TAP)
4. Apakah dana pelaburan di Takaful IKHLAS?
Ini merupakan dana yang diambil daripada sumbangan peserta dan dilaburkan ke kaunter-kaunter Islam, Sijil Islam Kerajaan, Bond-bond Islam dan Simpanan Tetap dalam Institusi Kewangan Islam.
5. Apakah perbezaan utama di antara PIA, Akaun Pelaburan Risiko Peribadi (PRIA) dan Akaun Pelaburan Risiko Am (GRIA)?
PIA (Akaun Pelaburan Peribadi Akaun Pelaburan Peribadi) adalah dan untuk produk Takaful Keluarga yang mengandungi cirri-ciri perlindungan dan pelaburan tetapi Dana PRIA dan GRIA hanyalah untuk produk Takaful Am yang mengandungi ciri-ciri perlindungan sahaja.
6. Sila terangkan mengenai Dana Akaun Ta'awuni.

Dana Akaun Ta'awuni terdiri darpada dua (2) dana utama:-
a. Dana Perbelanjaan
Dana Perbelanjaan merupakan dana untuk membayar perbelanjaan engurusan,retakaful dan simpanan untuk tujuan teknikal. Menerusi konsep Al-Wakalah yang digunakan di dalam Dana Ta'awuni, Takaful Ikhlas akan mengenakan yuran pengurusan daripada dana ini.

b. Dana Risiko
Dana Risiko merupakan dana untuk membayar tuntutan-tuntutan.

7. Apakah prosedur untuk tuntutan Takaful Keluarga?

Dilanda tragedi dalam kehidupan? Adakah anda salah seorang daripada peserta kami? Jika ya, kami sentiasa di sisi anda untuk membantu. Terdapat berbagai jenis tuntutan yang kami kendalikan. Antaranya:-

  • Tuntutan Kematian
  • Perbelanjaan Kematian Serta-merta
  • Keilatan Kekal dan Menyeluruh (TPD)
  • Manfaat Hospital (HB)
  • Manfaat Pengecualian Sumbangan (WC)
  • Penyakit Kritikal
  • Manfaat Pendapatan Keluarga

Bagaimana Untuk Menghantar Tuntutan Takaful Keluarga

  1. Tuntutan mestilah dimaklumkan secara bertulis dengan serta-merta kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga sebaik sahaja kejadian berlaku. Sila hubungi talian 03-27239999 untuk mendapatkan borang tuntutan.
  2. Keterangan mestilah dilengkapkan oleh pihak (mereka) yang berhak menuntut, di mana manfaat akan dibayar berdasarkan keadaan berikut:-
    a) Wasi
    Kenyataan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh penama yang terdapat dalam borang penamaan (wasi).
    b) Hibah Yang Dicadangkan
    Keterangan hendaklah dilengkapkan dan dibekalkan oleh orang yang bakal menerima bayaran manfaat. Untuk kes yang melibatkan kanak-kanak, kenyataan hendaklah dilengkapkan oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
    c) Orang Yang Diamanahkan
    Keterangan mestilah dilengkapkan dan dibekalkan oleh Orang (mereka) yang diamanahkan.
  3. Dapatkan borang dan hantar semua dokumen-dokumen yang mustahak bagi menyokong tuntutan anda kepada Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga.
  4. Semua salinan dokumen untuk menyokong tuntutan anda mestilah telah disahkan dan disokong/ditandatangani oleh Pesuruh Jaya Sumpah Berdaftar atau kakitangan Takaful IKHLAS.
  5. Semua dokumen yang diperlukan mestilah dibekalkan oleh pihak yang menuntut di atas kos sendiri.
8. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk tuntutan Takaful Keluarga?
Dokumen Yang Diperlukan Jenis Tuntutan
Kematian Kehilangan Upaya Menyeluruh & Kekal (TPD) Perbelanjaan kematian Serta-Merta Manfaat Penepian Sumbangan /Manfaat Pendapatan Keluarga ** Manfaat Pendapatan Hospital Penyakit Kritikal
Borang Tuntutan X X X X    
Keterangan Pegawai Perubatan X X   X   X
Sijil Kematian( Telah Disahkan) /Permit Pengkebumian X   X X    
Sijil Asal Kontrak X X   X    
Laporan Polis/ Laporan Post Mortem (Kes Kemalangan Saja) X X   X    
Bukti Umur Seperti Salinan KP/Sijil Kelahira X     X    
Bukti Hubungan Di Antara Pihak Yang Menuntut Dengan Peserta Seperti : Sijil Perkahwinan X     X    
Borang Tuntutan Kemasukan Ke Hospital         X  
Sijil Kemasukan Ke Hospital, Jika Diperlukan         X  
Nota Pelepasan Keluar Hospital         X  
Borang Tuntutan Penyakit Kritikal           X
Sijil Rawatan Perubatan (Penyakit Kritikal)           X
Laporan Perubatan Sokongan: Seperti Laporan Patologi Bagi Kanse           X
Surat Pentadbiran X          

Nota : 
1) ** Menunjukkan tuntutan bagi manfaat ini hendaklah dibuat menerusi borang tuntutan Kematian/TPD
2) Untuk pertanyaan lanjut berhubung Prosidur Tuntutan, sila hubungi Jabatan Tuntutan Takaful Keluarga di talian 03-27239999

9. Berapa lamakah tempoh tuntutan Takaful Keluarga?
Ia mengambil masa lebih kurang 3 minggu.
10. Bagaimanakah cara pembayaran Tuntutan Takaful Keluarga dibuat?
Pembayaran akan dibuat melalui cek atau secara pembayaran elektronik (e-Payment).
11. Apakah e-Covernote?
IKHLAS Motor menyediakan peserta-peserta kami dengan pengeluaran e-Covernote yang baru atau pun pembaharuan e-Covernote. Ia juga dihubungkan secara elektronik dengan JPJ untuk pembaharuan cukai jalan.
12. Apakah prosedur untuk kemalangan kenderaan?

Anda terlibat dalam kemalangan dan mahu memfailkan tuntutan kepada kami.

Langkah 1 - Buat laporan polis secepat mungkin selepas kemalangan

Langkah 2 -Maklumkan kepada Jabatan Tuntutan kami/ejen/ panel bengkel membaiki kenderaan mengenai kemalangan dan dapatkan borang tuntutan untuk dilengkapkan. Jika kenderaan masih boleh dipandu, hantar kenderaan ke panel bengkel berhampiran, jika tidak sila hubungi no. talian bebas kami 1-300-88-0048 untuk perkhidmatan penundaan.

Langkah 3 - Pastikan anda menghantar dokumen-dokumen sokongan untuk membolehkan kami mempercepatkan proses tuntutan anda.

Langkah 4 - Kebenaran untuk membaiki kenderaan akan dikeluarkan kepada bengkel membaiki kenderaan dalam tempoh 24 jam sebaik saja anggaran pembaikan atau laporan penaksir telah diterima.

13. Adakah peserta dibenarkan untuk menghantar kenderaannya ke mana-mana bengkel pilihannya sendiri?
Ya, tetapi pembaiki hendaklah terdiri daripada ahli panel bengkel kami ataupun beliau boleh pergi ke mana-mana pembaiki Francais. Sekiranya pembaiki adalah ahli panel, sila rujuk senarai ahli panel bengkel kami.
14. Berapa lamakah tempoh proses serahan (surrender) dan tarikh kuatkuasa?

Setelah menerima semua dokumen yang lengkap, ia akan mengambil masa lebih kurang 10 hari bekerja. Serahan ini akan berkuatkuasa pada tarikh surat permohonan diterima.

15. Berapa lamakah tempoh proses serahan (surrender) dan tarikh kuatkuasa?
Setelah menerima semua dokumen yang lengkap, ia akan mengambil masa lebih kurang 14 hari bekerja. Serahan ini akan berkuatkuasa pada tarikh surat permohonan diterima.
16. Saya ingin menukar cara pembayaran daripada Auto debit kepada BIRO. Apakah dokumen yang perlu untuk diserahkan untuk pembayaran melalui Auto Debit/Kad Kredit/FPX dan BIRO?
Syarat-syarat untuk menukar cara pembayaran daripada Auto debit kepada BPA adalah seperti berikut:
a. Borang Permohonan Penukaran (pilihan)
b. Borang BPA (wajib)
i. Borang BPA 1/79
ii. Salinan kad pengenalan (bagi pembayar yang bekerja di Jabatan Kerajaan)
iii. Slip gaji terkini.
iv. ‘Had kelayakan Caruman’
17. Saya ingin menukar nombor Kad kredit/AutoDebit. Apakah prosedurnya?
Anda perlu menghantar:
a. Borang Permohonan Penukaran
b. Isikan borang Autodebit/Kad Kredit yang baru.
18. Kad Kredit saya telah luput. Apakah prosedurnya?
Anda perlu mengemaskini tarikh luput terbaru secara bertulis.
19. Berapa lamakah AutoDebit/KadKredit/FPX dan BIRO akan berkuatkuasa?
a. AD MBB/BSN – 2 minggu dari tarikh pendaftaran.
b. Kad Kredit - 1 hari dari tarikh pendaftaran
c. BPA-2 bulan dari tarikh serahan kepada BPA
d. FPX-45 hari dari tarikh serahan kepada BIMB
20. Bolehkah saya menukar terma sijil?
Berdasarkan garis panduan syarikat, penukaran adalah tidak dibenarkan. Ini kerana jika sekiranya terdapat penukaran, ia akan memberi kesan kepada seluruh caruman dan PIA/PRIA ataupun salah satu caruman akan meningkat/menurun dan akan bermula dari umur kemasukan sijil.
21. Bagaimana sijil saya boleh lupus walaupun terdapat pemotongan berterusan melalui Kad Kredit/Auto debit/BIRO/SI setiap bulan? Adakah wang tersebut telah dipindahkan daripada sijil lama kepada sijil baru?
Ia berkemungkinan berlaku akibat :
a. Pemotongan lambat bermula, lebih kurang 2-3 bulan selepas sijil berkuatkuasa.
b. Bayaran diterima tetapi tiada nombor rujukan (sijil) atau nombor rujukan adalah salah untuk SI/Maybank2U/wang masuk di kaunter bank contoh Maybank, BSN dan lain-lain. Oleh sebab itu, bayaran tidak diterima dan sijil akan tertunggak dan menjadi lupus.
22. Bolehkah saya memiliki lebih daripada satu sijil?
Ya.
23. Status pengeluaran polisi: Bilakah ia dikeluarkan dan dihantar?
a. Kes biasa/tanpa ralat: 10 hari
b. Dengan ralat: lebih daripada 10 hari
24. Bolehkah saya memperbaharui perlindungan Takaful Motor secara atas talian

Anda boleh melayari laman web kami di www.takaful-ikhlas.com.my. Di sini terdapat maklumat lengkap berkenaan pengeluaran e-Covernote secara atas talian dan anda boleh mengikut arahan langkah demi langkah untuk memperbaharui perlindungan Takaful Motor anda.

25. Adakah pembaharuan atas talian juga boleh diguna untuk motorsikal?

Tidak. e-IKHLAS hanyalah untuk Kenderaan-Kereta Persendirian di bawah perlindungan komprehensif sahaja.

Heading

Heading