TAKAFUL IKHLAS TAWARKAN CANCER RIDER SEBAGAI MANFAAT TAMBAHAN HADAPI KOS RAWATAN KANSER

Heading

Heading

18 Nov 2021

Kuala Lumpur, 18 November 2021 – Sempena Minggu Saham Digital (MSD) 2021, Takaful Ikhlas Family Berhad (Takaful IKHLAS), anak syarikat milik penuh MNRB Holdings Berhad, telah melancarkan Cancer Rider yang merupakan manfaat tambahan bagi melindungi peserta dan keluarga daripada bebanan kos rawatan penyakit kanser.

Pelancaran Cancer Rider ini telah disempurnakan oleh YABhg Tun Arifin Zakaria, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sempena Majlis Pelancaran Minggu Saham Digital (MSD) 2021 anjuran PNB yang disiarkan khas menerusi laman Facebook dan YouTube rasmi Minggu Saham Digital.

Cancer Rider merupakan manfaat tambahan kepada produk sedia ada daripada Takaful IKHLAS iaitu IKHLAS Bersama dan ianya ditawarkan kepada individu seawal umur 30 hari sehingga 60 tahun. Cancer Rider direka khas dengan mengambil kira keperluan perubatan dan kewangan peserta sekiranya menghidapi penyakit kanser.

“Kanser merupakan salah satu penyakit yang memerlukan rawatan khas dan khusus untuk penyembuhan. Rawatan bagi pesakit kanser pula boleh menelan belanja yang tinggi dengan kos yang meliputi pelbagai aspek seperti ubat-ubatan, pengangkutan dan sebagainya. Dengan adanya Cancer Rider ini, ianya dapat membantu meringankan bebanan kewangan bukan sahaja pesakit, tetapi juga keluarga pesakit,” jelas Zaharudin Daud, Pegawai Yang Bertanggungjawab bagi Takaful Ikhlas Family Berhad merangkap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB.

Cancer Rider menawarkan manfaat amaun perlindungan bernilai sehingga RM1.5 juta kepada peserta. Disamping itu, Cancer Rider juga akan memberikan pampasan sebanyak 30 peratus daripada amaun perlindungan Cancer Rider kepada peserta sekiranya peserta didiagnosis dengan kanser tahap awal seperti karsinoma in situ, leukemia limfositik kronik awal, kanser prostat awal, kanser tiroid awal dan kanser pundi kencing awal. Manakala pampasan sebanyak 100 peratus daripada amaun perlindungan Cancer Rider pula akan diberikan kepada peserta sekiranya didiagnosis dengan kanser tahap akhir.

Cancer Rider juga menyediakan manfaat elaun ‘hospice care’ sehingga RM10,000 kepada peserta dan manfaat ini merupakan yang pertama kalinya diperkenalkan di Malaysia. Disamping itu, Cancer Rider turut menyediakan manfaat elaun rawatan sebanyak RM100 sehari atau sehingga RM10,000 ketika pesakit menjalani rawatan seperti kemoterapi, radioterapi, imunoterapi dan pembedahan pasca kanser.

“Bersempena dengan MSD pada tahun ini, orang ramai yang mendapatkan pelan Cancer Rider atau pelan-pelan takaful keluarga yang lain daripada Takaful IKHLAS berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa melalui peraduan Cabutan Rezeki IKHLAS, dimana Takaful IKHLAS menyediakan hadiah berupa barangan eletronik seperti tablet dan telefon pintar model terbaharu serta pelbagai barangan eletronik. Saya berharap orang ramai akan merebut peluang ini dan menyertai pelan takaful keluarga Takaful IKHLAS sepanjang MSD berlangsung,” tambah beliau lagi.

Selain daripada itu, Takaful IKHLAS juga turut menyediakan e-baucar dengan jumlah keseluruhan bernilai RM15,000.00 untuk dimenangi oleh 300 peserta pelan takaful keluarga yang melanggan produk-produk takaful keluarga daripada Takaful IKHLAS sepanjang MSD 2021 ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Cancer Rider, pelan perlindungan serta perkhidmatan yang lain daripada Takaful IKHLAS, dan juga aktiviti-aktiviti Takaful IKHLAS sempena MSD 2021, orang ramai boleh layari laman-laman media sosial rasmi Takaful IKHLAS seperti di Instagram @takafulikhlas.official dan Facebook Takaful IKHLAS serta laman web rasmi Takaful IKHLAS

www.takaful-ikhlas.com.myatau menghubungi wakil-wakil perunding Takaful IKHLAS di seluruh Malaysia.

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading

Heading